Assalamualaikum w.b.t . Salam Nuzul Al-Quran semua . Alhamdulillah , hari ni dah masuk ke hari ke 17 Ramadan 1442H . Walaupun tak dapat sambut raya sebab tak boleh rentas daerah , aktiviti puasa macam biasa je la kan . Tapi suasana pada hari raya pertama Aidilfitri lepas ni tak tahu la macamana tu lagi . Haha .
Berbalik pada topik asal , UPSR dimansuhkan . Apa pendapat korang guys ? Apa perasaan korang bila baca berita ni ? Untuk Eraz sendiri , ini bukan kali pertama terkesan . Masa tahu takde peperiksaan akhir setiap tahun untuk murid tahun 1 dan seterusnya tu pun dah frust .
Tambah-tambah pula anak sendiri yang terlibat . Macam-macam berfikir .
Macamana nak nilai akademik anak kita ?
Macamana pengajaran di sekolah jika tak de peperiksaan ? Seserius mana .
Bila UPSR ni pula mansuh , tak tahu nak kata apa .
Susah tau nak komen panjang . Tapi cukuplah sekadar rasa macam risau untuk anak-anak .
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.