Tuesday, 10 November 2020

Bila TADIKA Dan TASKA Tutup Masa PKPB

Assalamualaikum w.b.t. Ya Allah lamanya tak menulis. Tapi hati dan jari ni ore kelate royak terketak ketak nok menaip gapo hok ado dale palo nih! Haha. So kite mula hari ni la, mana tahu entri hari boleh bawa blog erazfadli.com aktif semula. Walaupun tak aktif, setiap tahun renew je domain. Sayang la guys! Jatuh bangun blog ni, pencapaikan satu ketika dulu dalam kategori blog personal amat membanggakan ok! Haha.

Hari saje je datang idea nak menulis pada penutupan Tadika dan Taska disebabkan oleh perintah PKPB untuk majoriti negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis. Walaupun PKBP, masih ada parent yang masih bekerja mencari rezeki dan ada juga yang full Work From Home. Ok, tak nak tulis panjang, nanti korang penat baca. Baca status salah seorang friend FB Eraz ni.



Ok, dah baca kan? Tapi sebelum ni, korang kena faham dulu, pendapat ni atas penilaian masing-masing bergantung kepada situasi ya. Bagi Eraz, ini mungkin korang boleh kaitkan pendapat peribadi bagi Eraz yang tinggal di Kelantan.

Apa yang Eraz dengar ni, tak semua juga Taska dan Tadika tutup tapi yang berdaftar bawah KPM or JPN rasanya di arahkan tutup. Termasuklah tadika anak Eraz iaitu Adam. Sekolah tutup mengejut bagi seluruh Malaysia tu dah satu hal walaupun bagi negeri tidak PKPB. Dan tadika or Taska pun ditutup juga. Memang boleh buat ramai parent terkejut tambah-tambah yang dua2 bekerja.

Ada betul juga kata status FB kat atas tu, taska tadika tutup tapi mall or tempat lain, buka macam biasa. Macam bercanggah la. Baik mereka selamat di tadika dari keluar ke tempat camtu walaupun Eraz memang dah lama tak bawa anak-anak ke tempat yang ramai orang ni.

Dalam satu hal lagi, bagi ibubapa yang dua2 bekerja, memang malam la boleh fokus kelas online jika ada. Dan kami mengharapkan anak-anak masih tidak penat pada masa tu. Itu satu hal, bagi ada sekolah yang cikgunya buat video dan sent pada pelajar, itu masih. Bayangkan ada sekolah yang hantar maklum, sila buat homework dari mukasurat itu dan ini. Camne?

Memang parent tu faham dan boleh jawab semua soalan tu, tapi cara nak mengajar tu, tak semua parent ada. Matematik, boleh je selesaikan, tapi cara nak explain? Bacaan Melayu dan Inggeris, boleh je sebut, tapi setiap huruf yang single tu pun ada bunyi kan? Kalau parent takde basic tu, camne nak ajar macam cikgu. Ada sape2 faham ke? Haha. 

#Tibe-tibe rasa macam nak sambung belajar ambil Diploma Perguruan.

#Taktahu sampai ke tak apa yang Eraz nak luahkan ni. Haha.

Thursday, 27 August 2020

Happy 7th Birthday Zara Faleesya

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah , bulan Julai 2020 lepas, genap umur kakak 7 tahun. Hanya tuhan je la yang tahu apa perasaannya. Macam tak sangka pun tapi memang syukur sangat-sangat kerana kakak membesar dengan baik serta sihat walafiat. Siapa yang baca entri blog ini, doakanlah juga kesihatan dan kesejahteraan anak-anak Eraz ok. Terima kasih.

Entri ni kita macam throwback la juga sebab tak sempat nak buat entru terus selepas sambut birthday kakak hari tu. Kalau last year rasanya kami ada la buat majlis sikit untuk dua-dua family dari Kota Bharu dan Machang.

Tapi disebabkan masih dalam tempoh PKPP ni, jadi buat kecil-kecil je la. Yang penting ada kek yang kakak request tu. Makan sikit-sikit je. Lebih kepada fun untuk anak-anak.



Papa dan Mama doakan semoga kakak menjadi anak yang solehah, jadi kebangaan kami berdua dan keluarga serta dipermudahkan segala urusan serta sihat walafiat hendaknya. Lepas kakak baca apa yang Papa tulis ni, terus bagitahu ok. Hehe.


Sunday, 31 May 2020

Happy 5th Birthday Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t . Alhamdulillah , tanggal 28 Mei 2020 baru ni , usia Adam Fitri sudah mencecah 5 tahun . Syukur Ya Allah kerana berikan kesihatan yang baik kepada Adam dan membesar dengan baik sekali . Mohon doa kalian supaya Adam Fitri membesar dengan sihat walafiat serta menjadi anak soleh . Aamiin . 

Jika tahun lepas , kami sempat buat majlis hari jadi . Combine dengan kakaknya sekali , Zara Faleesya . Kira lagi meriah kan . Tapi tahun ni , kami sambut besederhana je la sebab sekarang ni musim PKP dan berbelanja pun kena la berhemah juga kan .

Tetapi untuk Adam , sebab tak de majlis yang ramai orang , jadi kami order kek special tahun ni . Masa order memang dah bayangkan dia happy lepas tengok . Sekali memang betul , memang dia teruja bila nampak dan tak sabar nak potong . Alhamdulillah . Sekali beli hadiah , memang tak sah la kalau tak bagi kat kakaknya sekali . 



Turning FIVE means you have become 5 times cuter , 5 timer smarter , 5 times taller , 5 timer sweeter and 5 timer cooler .

Alhamdulillah . Setiap anak ni memang ada sejarah dia tersendiri . Kalau siapa follow blog Eraz dulu-dulu , Adam ni asalnya ada kembar masa awal wife pregnant . Tapi tuhan tu maha adil . Kembarnya tak sempat berkembang dengan baik dan gugur di awal minggu lagi . Tapi sempat tengok masa 1st scan tu . Then bila pergi scan kali kedua , dah takde . 

Dan Adam juga hampir-hampir nak jadi anak Penang sebab wife nak bersalin awal . Sebelum pergi Penang atas urusan kerja , memang sudah pergi jumpa doktor untuk minta khidmat nasihat . Semua ok . Tetapi tibe-tibe hari terakhir tu dah mula rasa contruction . Tapi biasa-biasa je . Masa on the way balik tu baru yang sebenar tetapi pagi esoknya pergi check up , terus doktor kata dah ada bukaan . Itu Adam . Wassalam .

Friday, 29 May 2020

Happy 9 th Anniversary ! #FadliFify

Assalamualaikum w.b.t semua . Rasanya sejak menulis blog ni , ada la dalam 2 ke 3 posting berkaitan dengan Anniversary ni kot . Lepas tu hilang dari radar dari jadi blogger . Tapi hari ni nak sambung tulis la ikut mood . Haha . Domain pun dah renew . So, kita mulakan ok ! 

Alhamdulillah , pejam celik pejam celik , dah 9 tahun perkahwinan kami dan bergelar suami isteri . Dapt berkongsi semuanya bersama . Dari menyewa dan sekarang dan memiliki rumah sendiri . Dari berdua dan sekarang dan ber empat . Syukur Alhamdulillah . 


Susah senang dikongsi bersama dan doakan kami semoga kekal ke akhir hayat serta hingga ke Jannah ! Kali ni kena dalam musim PKP Covid 19 . So nak bawa keluar bercuti pun tak boleh . Nak bawa keluar makan-makan pun tak boleh . Jadi kita celebrate mana patut di rumah je la . 

Bersyukur pada Allah telah mengirimkanku jodoh sebaik dirinya . Semoga kebahagiaan dan keberkatan selalu mengiringi kami . Aamiin ya Rabbal 'alamii .

Thank you semua . Wassalam .

Friday, 15 May 2020

Bila Zara Faleesya Dah Jadi Pembaca Blog ERAZFADLI.COM

Bila Zara Faleesya Dah Jadi Pembaca Blog ERAZFADLI.COM | Assalamualaikum w.b.t . Tajuk tu buat Eraz terharu ok . Haha . Dulu masa aktif giler menulis di blog kesayangan ni , memang niat untuk jadi tatapan dan bacaan Zara dan Adam bila dah besar . Tak sangka perkara itu jadi satu kenyataan .

Zara Faleesya

Kenapa jadi satu kenyaataan ? Sebab dalam minggu ni , dia cuba SEARCH nama dia dalam GOOGLE dan jumpa gambar serta cerita dia dalam blog Papa dia . Korang rasa ? Subhanallah . Tak tahu nak kata apa . Sebenarnya Zara memang dah pandai membaca masa di tadikan . Tapi Eraz takde la tunjuk lagi blog tu . Tak sangka pula sekarang dia ter google ni . Terus dia baca dan tunjuk kat Eraz .

Eraz pun ada lagi , tibe-tibe lebih excited dan tunjuk pada dia posting dari awal dia dalam perut Mama lagi . Nampak dia terharu sangat bila baca . Ya Allah , tak tahu nak kata apa .

Disebabkan itulah , hari ni Eraz muncul dengan entri terbaru ni . Rase-rasenya perlu ni kembali ke blog . Errrmmmm . Nanti kalau Papa dah tak larat nak menulis kat sini , maybe Zara or Adam boleh sambung . Kan . Satu idea yang menarik .