Sunday, 31 May 2020

Happy 5th Birthday Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t . Alhamdulillah , tanggal 28 Mei 2020 baru ni , usia Adam Fitri sudah mencecah 5 tahun . Syukur Ya Allah kerana berikan kesihatan yang baik kepada Adam dan membesar dengan baik sekali . Mohon doa kalian supaya Adam Fitri membesar dengan sihat walafiat serta menjadi anak soleh . Aamiin . 

Jika tahun lepas , kami sempat buat majlis hari jadi . Combine dengan kakaknya sekali , Zara Faleesya . Kira lagi meriah kan . Tapi tahun ni , kami sambut besederhana je la sebab sekarang ni musim PKP dan berbelanja pun kena la berhemah juga kan .

Tetapi untuk Adam , sebab tak de majlis yang ramai orang , jadi kami order kek special tahun ni . Masa order memang dah bayangkan dia happy lepas tengok . Sekali memang betul , memang dia teruja bila nampak dan tak sabar nak potong . Alhamdulillah . Sekali beli hadiah , memang tak sah la kalau tak bagi kat kakaknya sekali . 



Turning FIVE means you have become 5 times cuter , 5 timer smarter , 5 times taller , 5 timer sweeter and 5 timer cooler .

Alhamdulillah . Setiap anak ni memang ada sejarah dia tersendiri . Kalau siapa follow blog Eraz dulu-dulu , Adam ni asalnya ada kembar masa awal wife pregnant . Tapi tuhan tu maha adil . Kembarnya tak sempat berkembang dengan baik dan gugur di awal minggu lagi . Tapi sempat tengok masa 1st scan tu . Then bila pergi scan kali kedua , dah takde . 

Dan Adam juga hampir-hampir nak jadi anak Penang sebab wife nak bersalin awal . Sebelum pergi Penang atas urusan kerja , memang sudah pergi jumpa doktor untuk minta khidmat nasihat . Semua ok . Tetapi tibe-tibe hari terakhir tu dah mula rasa contruction . Tapi biasa-biasa je . Masa on the way balik tu baru yang sebenar tetapi pagi esoknya pergi check up , terus doktor kata dah ada bukaan . Itu Adam . Wassalam .

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.