Sunday, 31 May 2020

Happy 5th Birthday Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t . Alhamdulillah , tanggal 28 Mei 2020 baru ni , usia Adam Fitri sudah mencecah 5 tahun . Syukur Ya Allah kerana berikan kesihatan yang baik kepada Adam dan membesar dengan baik sekali . Mohon doa kalian supaya Adam Fitri membesar dengan sihat walafiat serta menjadi anak soleh . Aamiin . 

Jika tahun lepas , kami sempat buat majlis hari jadi . Combine dengan kakaknya sekali , Zara Faleesya . Kira lagi meriah kan . Tapi tahun ni , kami sambut besederhana je la sebab sekarang ni musim PKP dan berbelanja pun kena la berhemah juga kan .

Tetapi untuk Adam , sebab tak de majlis yang ramai orang , jadi kami order kek special tahun ni . Masa order memang dah bayangkan dia happy lepas tengok . Sekali memang betul , memang dia teruja bila nampak dan tak sabar nak potong . Alhamdulillah . Sekali beli hadiah , memang tak sah la kalau tak bagi kat kakaknya sekali . 



Turning FIVE means you have become 5 times cuter , 5 timer smarter , 5 times taller , 5 timer sweeter and 5 timer cooler .

Alhamdulillah . Setiap anak ni memang ada sejarah dia tersendiri . Kalau siapa follow blog Eraz dulu-dulu , Adam ni asalnya ada kembar masa awal wife pregnant . Tapi tuhan tu maha adil . Kembarnya tak sempat berkembang dengan baik dan gugur di awal minggu lagi . Tapi sempat tengok masa 1st scan tu . Then bila pergi scan kali kedua , dah takde . 

Dan Adam juga hampir-hampir nak jadi anak Penang sebab wife nak bersalin awal . Sebelum pergi Penang atas urusan kerja , memang sudah pergi jumpa doktor untuk minta khidmat nasihat . Semua ok . Tetapi tibe-tibe hari terakhir tu dah mula rasa contruction . Tapi biasa-biasa je . Masa on the way balik tu baru yang sebenar tetapi pagi esoknya pergi check up , terus doktor kata dah ada bukaan . Itu Adam . Wassalam .

Friday, 29 May 2020

Happy 9 th Anniversary ! #FadliFify

Assalamualaikum w.b.t semua . Rasanya sejak menulis blog ni , ada la dalam 2 ke 3 posting berkaitan dengan Anniversary ni kot . Lepas tu hilang dari radar dari jadi blogger . Tapi hari ni nak sambung tulis la ikut mood . Haha . Domain pun dah renew . So, kita mulakan ok ! 

Alhamdulillah , pejam celik pejam celik , dah 9 tahun perkahwinan kami dan bergelar suami isteri . Dapt berkongsi semuanya bersama . Dari menyewa dan sekarang dan memiliki rumah sendiri . Dari berdua dan sekarang dan ber empat . Syukur Alhamdulillah . 


Susah senang dikongsi bersama dan doakan kami semoga kekal ke akhir hayat serta hingga ke Jannah ! Kali ni kena dalam musim PKP Covid 19 . So nak bawa keluar bercuti pun tak boleh . Nak bawa keluar makan-makan pun tak boleh . Jadi kita celebrate mana patut di rumah je la . 

Bersyukur pada Allah telah mengirimkanku jodoh sebaik dirinya . Semoga kebahagiaan dan keberkatan selalu mengiringi kami . Aamiin ya Rabbal 'alamii .

Thank you semua . Wassalam .

Friday, 15 May 2020

Bila Zara Faleesya Dah Jadi Pembaca Blog ERAZFADLI.COM

Bila Zara Faleesya Dah Jadi Pembaca Blog ERAZFADLI.COM | Assalamualaikum w.b.t . Tajuk tu buat Eraz terharu ok . Haha . Dulu masa aktif giler menulis di blog kesayangan ni , memang niat untuk jadi tatapan dan bacaan Zara dan Adam bila dah besar . Tak sangka perkara itu jadi satu kenyataan .

Zara Faleesya

Kenapa jadi satu kenyaataan ? Sebab dalam minggu ni , dia cuba SEARCH nama dia dalam GOOGLE dan jumpa gambar serta cerita dia dalam blog Papa dia . Korang rasa ? Subhanallah . Tak tahu nak kata apa . Sebenarnya Zara memang dah pandai membaca masa di tadikan . Tapi Eraz takde la tunjuk lagi blog tu . Tak sangka pula sekarang dia ter google ni . Terus dia baca dan tunjuk kat Eraz .

Eraz pun ada lagi , tibe-tibe lebih excited dan tunjuk pada dia posting dari awal dia dalam perut Mama lagi . Nampak dia terharu sangat bila baca . Ya Allah , tak tahu nak kata apa .

Disebabkan itulah , hari ni Eraz muncul dengan entri terbaru ni . Rase-rasenya perlu ni kembali ke blog . Errrmmmm . Nanti kalau Papa dah tak larat nak menulis kat sini , maybe Zara or Adam boleh sambung . Kan . Satu idea yang menarik .