Friday, 5 July 2019

Cara Tukar Tupperware Rosak Di Stokis

Assalamualaikum w.b.t . Memang jadi sejarah la semalam . First time kot rasanya Tupperware kat rumah tu rosak . Dua-dua penutup air kami yang warna biru tu rosak macam rapuh . Wife kata , sayang tengok bekas tu sebab masih elok tapi penutup rosak .

So dia cadangkan p tukar yang baru di stokis . Abam ya kan saje lah ! Tapi tak pernah p tukar so tak tahu prosedur la . Then kami semalam berdua pergi try and error .

SEBELUM

Senang je rupanya . Sebab first time , p la kaunter pertama dulu . Sekali staf tu kata , terus ke kaunter belakang tempat ambil barang order . Tanpa tanya no. ahli ke , apa ke . Disebabkan takde orang sangat , wife terus ke kaunter tu dan serahkan dua penutup tu pada staf yang ada .

Then dia tanpa tanya apa-apa sebab kami dah beritahu nak tukar . Dia check dan terus ke belakang . Bawa keluar yang baru . Serah pada kami dan kami balik . Haha . Walaupun dapat ganti warna putih dan merah , takde hal la . Janji boleh guna kan .

SELEPAS

Senang kan ? Haha . So korang , kalau ada Tupperware yang rosak , walk in ke stokis berdekatan ok . Terima kasih . Sekian sharing . Pastikan yang Original ok . Hehe .
Read more ...