Monday, 4 March 2019

Terlayan ' Touch Your Heart ' tvN Asia

Assalamualaikum w.b.t . Bila dah peminat drama Korea zaman-zaman Winter Sonara , Autumn In My Heart , My Love Patzzi dan lain - lain dulu , memang akan tetap teringin nak tengok walaupun umur dah masuk pakcik - pakcik . Hehe . Untuk rekod , last layan drama di TV ialah pada awal tahun 2017 lepas , drama ' Innocent Defendant ' . Lepas tu stop sebab tak rasa nak tengok . Tapi sekarang , bila dah teringin , tertengok iklan di channel mana tah , ada drama ' Touch Your Heart ' .


Bila dah tahu tajuk , tengok iklan , Eraz hanya kenal heronya saje sebab hero ni memang zaman drama popular My Girl dulu . Maksudnya dia memang lagi tua dari Eraz la . Si heroin tu kalau google , memang orang lama juga tapi tak kenal . Sorry .

Hero : Lee Dong-wook


Heroin : Yoo In-na


Drama ni pasal kisah perintaan antara seorang pelakon terkenal (si heroin) yang berada di zaman kejatuhan dan kegelapan akibat skandal dengan seorang peguam yang lurus . Lurus ke ? Ya la ala ala sikap di mahkamah la . Bila tahu sinopsis tu , terfikir juga , best ke tidak . Tapi bila tengok pada Episod ke 5 , ade juga kes mahkamah menarik terselit , jadi best . Lawak pun boleh jalan .

Si heroin tu decide untuk membuat kemunculan semula dengan satu projek best dan terpaksa menyamar bekerja sebagai setiausaha si hero . Si hero pula , seorang peguam yang workaholic juga yang selalu menang kes-kes . Macamana mereka boleh bercinta tu , panjang la nak cerita . Kisah mahkamah pun menarik dalam ni , bukan jenis yang direct kita boleh teka siapa yang bersalah .

Setiap minggu ditayangkan dua episod pada hari Khamis dan Jumaat di channel tvN Asia .Tak ingat no berapa . Masa , malam . Lupa sebab main rekod je . Nak tengok live , jangan harap la .

Sunday, 3 March 2019

Petama Kali ke KBB Burger & Steak

Assalamualaikum w.b.t . Bukan main popular lagi KBB Burger & Steak ni Kota Bharu tapi orang Kelantan ni pertama kali sampai . Haha . Tapi kalau nak ikutkan macam tu la , kalau dah memang tempat tu di kawasan sendiri , pasti susah punya nak sampai . Betul tak ? By the way , nak share sikit pengalaman ke sana .

Malam tu Eraz berpeluang makan di bahagian dalam . Memang cantik , selesa . Disebabkan ramai orang , memang pihak KBB Burger & Steak sediakan meja dan kerusi di luar kedai . Meriah kan . Setiap kali lalu , memang tengok je , tak pernah nak singgah . Tapi malam tu , Allah aturkan kami sampai juga ke sana .

Dalam hati nak makan yang simple je walaupun ada la rasa macam lapar sikit . Haha . So bila sampai kedai , tengok makanan atas meja orang lain , keciknya burger dia , kenyang ke ? Itu persoalan dalam hati la .

Bila rasa macam ala-ala lapar sikit , terus order Burger Meat Extreme . Ala kecik je kan , bukan besar pun . Wife pun beriya order Salmon dan anak-anak share Burger Ayam . Tapi Salmon takde la pula , habis . Disebab kan wife memang dah kenyang katanya , dia share dengan anak je .

Sekali sampai Eraz punya , ok dalam hati kata cepat ni habis . Sekali , bukan main susah lagi nak habiskan . Serius daging dia memang padu , mengenyangkan . Haha . Padan muka . Gambar kat bawah ni Eraz punya .



Ini wife dan anak-anak punya .


Ini adik ipar Eraz punya . MIL pun ikut sekali malam tu . Sambil-sambil bawa anak ambil angin luar . Satu lagi menu , tak sempat nak snap . Rosted Chicken . Gambar yang last tu , lupa nama dia tapi  harga kalau tak silap dalam RM 79 . Nanti Eraz update .

Akan datang lagi nanti ? Ya pasti . Insyaallah . Pasti berkunjung lagi . Boleh la try menu lain pula .

Saturday, 2 March 2019

ERAZFADLIDOTCOM akan kembali ? !


Assalamualaikum w.b.t . Ya Allah , tak tahu nak kata la bab rindu nya pada blog ni wei ! Haha . Tapi memang tak sempat nak selit langsung nak buat entri baru . Dalam hati memang nak menulis tulis dan tulis .

Disebabkan masih sayang juga la , setiap tahun tak pernah miss untuk renew domain ni . Risau pulak history yang dah dipublish sebelum ni akan hilang . Cerita sendiri dan anak-anak banyak tercatat ni . Bila anak-anak besar , mesti mereka happy dapat baca semua ni semula .

Insyaallah dalam masa terdekat , Eraz akan cuba untuk aktifkan balik walaupun tak pasti pembaca masih ada ke tidak sekarang . Minat tu tetap ada , cuma masa memang sangat-sangat mencemburui orang kata .

Kerja masa biasa cuma sekarang aktif dalam #ProjekRM1000seMinggu yang sangat memberi hasil ni sampai dipermudahkan urusan untuk qulified ke VVIP Trip Kunming .

Blog ni akan kekal menjadi Personal dan Parenting Blog yang sangat sesuai dengan keadaan Eraz sekarang . Ok , publish yang ni dulu , next ? Coming soon .