Wednesday, 6 June 2018

Wangian Untuk Lelaki Aktif | Dashing Hitman dan Dashing Golden Boot

Assalamualaikum w.b.t .. Dashing dan Eraz ni sebenarnya dari zaman sekolah kot.. Dan lebih aktif di zaman belajar di USM dulu-dulu.. Jangan ingat Eraz belajar di USM tu 5, 6 tahun yang lepas.. Harapa maklum Eraz masuk USM tahun 2002 lagi.. Sekarang 2018.. So agak-agak dah berapa tahun? Zaman tu zaman bedak lagi.. Hehe.. Lamanya dengan Dashing..

Dan sekarang Dashing memang sentiasa up to date orang kata.. Ada saje produk terbaru yang mereka keluarkan nampaknya.. Memang tak pernah lama la dengan produk sedia ada.. Mesti bertambah.. Dan terkini khas untuk lelaki-lelaki yang aktif dan mahu kekalkan wangi tu.. Lelaki sekarang memang dah hebat sebab walau apa pun keadaan, wangi tu wajib! Siapa setuju?

Wangian Untuk Lelaki Aktif | Dashing Hitman dan Dashing Golden Boot

Mana-mana lelaki yang aktif dan sentiasa berpeluh tu, ini antara penyelesaian yang korang boleh cuba ok.. Wangian terbaru untuk lelaki aktif dari Dashing ni, dua-duanya lengkap dengan Deodorant Spray dan Eau De Toilette.. See, tak pernah tak lengkap kan.. Dua-dua sekali keluar.. Deodorant Spray dan Eau De Toilette juga ada dua jenis ok.. 

Apa yang menariknya Deodorant Spray ni ialah ia memberi perlindungan 24 jam dan juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan.. Takde la lelaki aktif berasa tak selesa kan? Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.. Alhamdulillah.. 

Dashing – HITMAN



Bauan baru Dashing Hitman adalah aroma kesegaran daripada citrus dan ice cucumber yang menjadikan wangian ini lebih kepada daya penarik seseorang pemakai dan pastinya meningkatkan keyakinan diri setiap lelaki aktif..

Dashing – GOLDEN BOOT



Dashing Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih menggoda kerana ia adalah bauan dari ekstrak daun Rhubarb dan Pimento, yang mana akan menyerlahkan lagi kehangatan maskulin seseorang pemakai lantas memberikan aroma kelelakian yang memukau dan tidak dapat dilupakan..

Tu dia.. So mana satu pilihan korang? Kalau Eraz sendiri, memang dua-dua tu sesuai.. Kalau dapatkan kedua-duanya, boleh gilir-gilir pakai.. Tapi yang pasti, dua-dua tu memang mempunyai dua bau yang berbeza dan boleh membawa kita ke dua dunia yang berbeza.. Gitu.. Hehe...


Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.dashing.com.my atau terus ke laman Facebook mereka di www.facebook.com/Dashing.MY

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.