Wednesday, 6 June 2018

Kini Tanpa Caj GST 6% di Souq Ramadan @ Perdana | Buffet Ramadan 2018

Souq Ramadan @ Perdana | Buffet Ramadan 2018 - Assalamualaikum w.b.t .. Tu diaaa.. Kita up lagi sekali walaupun di minggu terakhir Ramadan 2018.. Kenapa? Sebab bermula Jun 2018, tiada lagi caj GST dan harga sekarang lagi murah berbanding awal Ramadan hari tu.. So tunggu apa lagi, kalau tak sanggup nak tengok gambar-gambar di bawah ni, boleh la pergi hari ni sampailah ke akhir Ramadan untuk menjamu selera bersama keluarga dan kawan-kawan ok.. Apa menu yang ada? Haaa...


Kurma ini adalah wajib dimana-mana tempat berbuka puasa.. Tak perlu diterangkan kenapa sebab semua umat islam dah tahu kan.. Kurma yang ada di Souq Ramadan @ Perdana ni memang banyak jenis.. Paling minimum pun ada 5 jenis yang koran boleh pilih.. Alhamdulillah kita mulakan dengan yang baik ok.. Seterusnya kita pergi ke menu utama ok!

Menu Ramadan pada tahun ini bertemakan menu tradisi kampung dan juadah ala Timur Tengah.. Perasan tak ada perkataan 'Souq' tu? Souq tu bermaksud pasar atau bazar dalam bahasa Arab. So kali ni ada lebih dari 185 sajian dari seluruh Malaysia termasuk menu pilihan dari Timur Tengah.. Kumpulan Chef yang diketuai oleh Eksekutif Chef Ibrahim Abu Lasi akan menyediakan menu bufet yang menyelerakan dengan menu yang berbeza setiap hari dan akan dihidangkan secara bergilir-gilir untuk 6 hari pusingan..


Nasi Mendy Kambing
 

Nasi Mendy Ayam










Tu diaa.. Amacam dengan menu utama tu? Antaranya ada Kari kambing Gearbox, Gulai Kawah Daging Tetel, Kari kepala Ikan, Gulai Ayam Kampung Sumatera dan Daging Salai masak Lemak Mangga Muda.. Semua boleh buat tak senang duduk kan.. Hehe.. 








Bila dah tengok gambar kat atas tu, automatik dah dapat tahu itu pencuci mulut kan.. Selesai makan main menu, mesti ditamatkan dengan pencuci mulut kan.. Seperti sebelum-sebelum ni, pencuci mulut ni memang tak dapat dikira sebab memang pelbagai orang kata.. Nak rasa yang macamana? Semua boleh pilih ikut citarasa..

Selain daripada itu, Hotel Perdana juga membuat kelainan dari segi program kemasyarakatan di mana pihak hotel akan bekerjasama dengan ketua ketua kampung untuk memberi sumbangan kepada golongan yang betul betul memerlukan dengan memotong RM1 setiap pembelian di Hotel Perdana..

Sebarang pertanyaan atau persoalan korang boleh ke :

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.