Wednesday, 6 June 2018

Kehidupan Seorang Ibu Bapa Kepada Zara Faleesya | Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t.. Ini lumrah bila jadi ibu bapa.. Bila dah ada anak, sekejap je kita akan rasa cepatnya anak aku ni membesar.. Kalau sebelum ni baby lagi, tapi sekarang dah 5 tahun kakaknya dan adik dah masuk 3 tahun.. Dua-dua bukan lagi duduk di nursery.. Sorang dah masuk tadika dan seorang lagi dah masuk Taska.. Dua-dua dah mula dapat pendidikan yang formal orang kata..


Biasa itu la yang berlaku tambah-tambah lagi bila kedua-dua ibubapa bekerja.. Bila dua-dua bekerja, bermula dari isteri masuk kerja habis pantang, anak akan terus ke nursery.. Macam Adam Fitri, umur dua bulan, dah ke nursery.. Kecik-kecik dah kena duduk dengan orang tak kenal.. Hehe.. Tapi alhamdulillah masa kat nursery, semuanya baik-baik belaka.. Sampai la mereka dah besar.. Alhamdulilah..


Inilah Adam Fitri yang baru sahaja genap umur 3 tahun hujung Mei lepas.. Mungkin kah ini anak bongsu kami? Hehe.. Tiada yang mustahil kan.. Tapi realitinya buat masa ini, inilah anak bongsu kami.. Sampai sekarang, Adam sendiri memang bahasakan diri sebagai Adik.. Kalau ada jumpa dengan sepupu yang lebih kecil, dia akan bahasakan diri sebagai Adik Abang.. Haha.. Sangat aktif.. 


Kakak yang cantik jelita macam Mama ni akan masuk 5 tahun pada Julai ni.. Umur  4 tahun dah masuk tadika.. Adik pun akan menyusul next year.. Alhamdulillah progressnya sangat ok.. Alhamdulillah.. Pilihan kami tepat.. 2020 nanti dah masuk Darjah 1.. Ya Allah.. Terima kasih atas kurniaan ni.. Alhamdulillah semua membesar dengan baik sekali.. 

Cabaran kami sebagai ibu bapa ialah bila cuti tak selari.. Jadi hati Papa ni memang terusik dengan diri sendiri orang kata.. Nak bawah jalan2 susah, nak bawak bercuti pun susah.. Ada halangan.. Tapi mungkin itu sekarang.. Lepas ni kita tak tahu kan.. Mungkin sekarang life hujung minggu anak tak sama dengan dengan anak orang lain.. Tapi lepas ni? Tak siapa yang tahu.. Selalu doakan semoga dipangjangkan umur supaya dapat membesarkan mereka dengan baik.. Insyaallah..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.