Friday, 2 March 2018

Lazz Susu Kambing - Rahsia Awet Muda Dan Diet Anda

Assalamualaikum w.b.t.. Bila ramai yang diluar sana yang masih memanggil dengan panggilan 'adik' walaupun hakikatnya umur lebih tua, terasa ni macam awet muda sangat.. Boleh tak kalau nak cakap, Alhamdulillah.. Bukan yakin yang Eraz ni sebenarnya awet muda, tapi Alhamdulillah walaupun umur dah 35 tahun, tapi Allah kurniakan  kesihatan yang baik dan kelihatan seperti muda mudi yang umur 20 tahun.. Yakin tu penting.. Hehe..

Tapi kalau kelihatan muda pun, kesihatan tetap kena jaga kan.. Dan jangan disangka orang yang badan kurus cantik tu tiada penyakit ya.. Cuba yang kurus-kurus tu pergi buat check up.. Hanya untuk pastikan kesihatan tu betul-betul baik atau tidak.. Jadi, bagi yang tak suka nak ambil supplement, mesti kena cari jalan lain untuk dapatkan bekal sesuatu bagi dapat kesihatan yang baik..


Siapa kat sini pengemar susu? Haaa.. Hari ni Eraz nak kongsi satu benda menarik pasal susu kambing yang mempunyai Vitamin C dan E.. Kata nak awet muda kan.. Tahu kan apa kelebihan dua vitamin tu? Jangan pula dah baca perkataan susu kambil tu, korang tak nak baca terus.. Cuba baca sikit.. Eraz dulu pun memang tak boleh dengar kambing ni.. Terus tolak tepi.. Tapi selagi tak cuma, selagi tu la tak tahu kan.. Jadi, bagi yang nak mengekalkan awet muda dan juga nak diet, Eraz nak suggest LAZZ SUSU KAMBING..


Alhamdulillah baru-baru ni Eraz diberikan peluang merasa sendiri LAZZ SUSU KAMBING.. Dan kali ni Eraz dapat merasa perisa.. LAZZ SUSU KAMBING ASLI dan LAZZ SUSU KAMBING PRACAMPURAN KURMA.. Bila dapat, memang tak ragu-ragu nak try sebab nak tahu macam mana rasanya.. 

Pertama sekali memang cuba yang original dulu.. LAZZ SUSU KAMBING ASLI.. Pertama sekali nak beritahu dan terbukti benar dari review yang lain, tak rasa manis.. Jangan la tak minum pula tak rasa terlalu manis.. Ianya hanya secukup rasa.. Bila dah kurang manis tu, terbukti la baik untuk kesihatan kan.. 


Lepas tu cuba pula LAZZ SUSU KAMBING PRACAMPURAN KURMA.. Kali ni sebab ada campuran kurma, memang rasanya lain la sikit.. Serius.. Tapi masih tak rasa terlampau manis dan bila sebut susu kambing, mesti terbayangkan bau hamis kan.. Tidak kawan-kawan.. Sedapnya tanpa bau hamis.. Kanak-kanak atas 2 tahun pun pasti boleh minum punya.. Lazz Susu Kambing ni memang sesuai untuk diminum suam panas mahupun sejuk untuk kana-kanak..


Untuk kanak-kanak, contoh terdekat ialah anak saudara Eraz sendiri.. Dalam mencuba banyak susu formula, Lazz Susu Kambing ni juga la yang melekat sampai sekarang.. Sebati sudah.. Dan ibunya yang menyusukan anak kedua sekarang pun mengamalkan minum juga disamping dapat menjadikan susu badan yang banyak.. Sedia maklumkan yang memang kurma dan susu kambing ni antara milkbooster yang paling berkesan..

Ok.. Di bawah ini merupakan makluman lengkap kenapa Lazz Susu Kambing ini boleh menjadi Rahsia Awet Muda Dan Diet Anda juga untuk menjaga kesihatan korang semua.. 

1. Perihal Gula Sukrosa

Gula ini merupakan kombinasi antara glukosa dan fruktosa, kebiasaannya dalam nisbah 50:50.. Ia lebih dikenali sebagai gula pasir yang dihasilkan daripada tebu atau bit gula (sugar beets) yang ditanam di seluruh dunia..

Apabila sukrosa ditambah ke dalam makanan, tubuh manusia perlu memprosesnya menggunakan kedua-dua kaedah.. Glukosa akan terus ditukarkan menjadi tenaga manakala fruktosa pula akan diasingkan dan dihantar ke hati untuk diproses sebagai penyimpanan lemak..

Yang lebih menarik, TIADA kandungan gula sukrosa  Lazz Susu Kambing Asli dan ini membuktikan Lazz Susu Kambing memberi kebaikan kepada pengguna..

2. Gula Laktosa

Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus..

Dalam Lazz Susu Kambing adalah gula semulajadi dalam susu. Jumlah gula laktosa ialah 7.9 untuk 100 gram. 100 gram tersebut boleh digunakan untuk 5 kali bancuhan. Tak ada gula tambahan di dalam susu kambing. Ini menunjukkan Lazz Susu Kambing mengandungi kandungan gula yang rendah.

3. Vitamin C

Selain itu, di dalam Lazz Susu Kambing juga kaya dengan Vitamin C semulajadi di dalam susu. Seperti yang semua tahu, Vitamin C bagus untuk kulit..

Vitamin C telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal.. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dalam jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang tinggi dengan Vitamin C dapat mengurangkan berat badan..

 Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan..

4. Vitamin E

Selain itu, terdapat juga Vitamin E di dalam Lazz Susu Kambing yang mempunyai pelbagai kebaikan.. Antaranya ialah, mengekalkan kelembapan kulit membantu mengurangkan parut, agen pencerahan kulit, agen anti penuaan dan banyak lagi..

5. Analisis Dilakukan di UKM

Untuk memastikan Lazz Susu Kambing ini selamat diminum oleh orang ramai,  satu kajian telah dilakukan di UKM UNIPEQ untuk mengkaji bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan Lazz Susu Kambing ini..  Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang terdapat di dalam Lazz Susu Kambing bermanfaat kepada pengguna dan bebas dari penggunaan bahan-bahan yang membahayakan pengguna..

Dan.. Akhir kata, LAZZ Susu Kambing ni, memang sesuai untuk semua golongan yang tinggal dalam satu rumah.. Mulalah kita jaga kesihatan, dan mungkin boleh mulakan meminum LAZZ Susu Kambing ni.. Untuk lebih detail atau tempahan, korang boleh rujuk maklumat di bawah ok.. 


Tel : 013 308 3354 | 018 2777 290 
FaceBook : LAZZ Susu Kambing
Instagram :  LazzSusuKambingHQ 
Harga Lazz Susu Kambing Asli : RM45.90 ( SM) dan RM50.90 ( Sabah dan Sarawak ) 
Harga Lazz Susu Kambing PraCampuran Kurma : RM47.90 ( SM) dan RM52.90 ( Sabah dan Sarawak ) 

**Khidmat penghantaran ke rumah disediakan


3 comments:

  1. Serius sedap walaupun kurang manis. Lepas tu sesuai utk org yg diet mcm sy...

    ReplyDelete
  2. Mmg terbaik..
    Pilihan kami 1 keluarga
    Jimat, tak payah nk pikir susu mn utk ank atau utk maknya sndiri

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.