Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. Terima kasih kepada wakil Hotel Perdana, Kota Bharu.. Buat kali yang keberapa ya agaknya Eraz berpeluang untuk mencuba sendiri dan menjadi antara orang yang pertama menjelajah ‘kawasan’ Perdana Street Food kali ini.. Perdana Street Food yang dianjurkan oleh Hotel Perdana ini telah bermula pada 15 Mac 2018 baru ni dan akan berakhir pada 15 April 2018.. Ingat ya, sebulan sahaja.. Kalau terlepas yang ini, rugi tu.. Food Street sebelum ini, Eraz pergi 3 kali.. Rekod personal.. Hehe..
Jika siapa yang sudah pergi tahun lepas atau sebelum-sebelum ini, kali ini Perdana Street Food kembali ke kawasan sekitar kolam yang serba cantik itu.. Masa untuk Perdana Street Food ini ialah bermula 6.30 petang sehingga 10.30 malam.. Nak makan situ boleh, nak ‘take away’ pun boleh.. Mana-mana yang selesa ok..
Gambar di atas merupakan suasana di Perdana Street Food.. Ini gambar sebelum Maghrib ya.. Dan jangan risau, walaupun malam, ianya cerah dan suasana akan bertukar menjadi lebih romatik sikit orang kata.. Hehe.. Semua gerai tersusun di sekitar kolam renang berkenaan.. Meja makan di tengah-tengah.. Jadi sangat senang untuk korang ke mana-mana untuk tempah makanan..
Kalau siapa-siapa yang dah pernah pergi sebelum ini, korang harus pergi lagi sebab ada beberapa menu baru yang mengancam orang kata.. Apa antara yang baru? Desserts meletop iaitu Crepe Suzette dan Sweet Pasta.. Mungkin susah ni nak jumpa di kedai-kedai biasa.. Tapi Perdana Street Food bagi kesenangan untuk mencuba..
Crepe Suzette
Sweet Pasta
Sekarang kan Ais Kepal sangat viral di tepi jalan kan.. Tapi Perdana Street Food tak nak la yang senang untuk didapatkan ke situ.. Jadi khas untuk kali ini, disediakan Ais Kepal Buah-Buahan.. Memang kaya dengan rasa dan buah-buahan la..
Dan yang paling menjadi perhatian Eraz ialah Dim Sum.. Bukan setakat Eraz, wife pun meang suka Dim Sum ni.. Kalau tahun lepas memang takde langsung Dim Sum.. Tapi kali ni, alhamdulilah.. Tersedia dengan 3 set menarik untuk korang cuba..
Tidak ketinggalan juga kali ini mereka menyediakan Laksa Utara dan Soto Ayam merupakan antara menu baru yang diperkenalkan kali ini.. Rasanya? Memang ummphh.. Memang kami masing-masing cuba baru ni.. Dah nama menu baru, wajib la cuba kan.. Tapi juga, Perdana Street Food masih lagi mengekalkan menu-menu menarik sebelum ini seperti ikan bakar, Kway Teow Kerang, Char Kway Teow, pelbagai jenis Roti Canai, Burgers, Lok-Lok, Teppanyaki, Shawarna dan pelbagi jenis minuman yang korang boleh pilih..
Selepas selesai mencuba menu-menu menarik di sana, sempat kami bergambar bersama rakan blogger yang lain dan juga bersama orang-orang hebat Hotel Perdana..
Untuk tempahan dan pertanyaan, korang boleh hubungi 07-7458888 atau fak : 09-7588855
Korang juga boleh lawati :
Website : www.hotelperdanakotabharu.com
Facebook : HotelPerdanaKotaBharu
Instagram : @hotelperdana_kotabharu