Monday, 19 February 2018

Bila Jumpa 'Port' Baik !

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya Eraz dan kamera memang tak dapat dipisahkan.. Memang dari dulu suka ambil gambar.. Ada ketika ambil gambar tapi tak tahu nak letak caption apa.. Hehe..

Kalau jumpa port cun je, mesti rasa nak snap gambar atau selfie.. Tapi bila sebut bab selfie ni, rasa macam cerewet la sikit.. Kadang-kadang bila selfie, mesti ada yang tak kena.. Macamtu juga dengan bergambar biasa atau dengan cermin..

Halangan lain ialah bila keluar dengan anak-anak.. Bila keluar satu keluarga yang meriah ni, handphone memang duduk dalam poket je la.. Tak sempat sangat dah nak tengok handphone, buka kamera dan ambil gambar sebab mata ni duk tengok anak-anak yang aktif.. Eraz ni memang jenis bapak yang tak boleh anak hilang dari radar mata ni.. 

Tapi ada ketika keluar dengan wife je, anak-anak kat sekolah, haaaa masa itu la nak snap itu ini.. Bila jumpa yang cun, baru la boleh share dengan orang lain..


2 comments:

  1. wahhh port baik untuk " me time "... hihihi...

    pekabar eraz...

    ReplyDelete
  2. mmg mcm tu lizz pun same juga..hehe

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.