Tuesday, 16 January 2018

Pengguna DASHING | Berpeluang Memang Lawatan 4D3N Ke Manchester, UK

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa pengguna Dashing kat sini? Atau baru nak berjinak dengan produk Dashing? Eraz sendiri memang dah kenal Dashing ni dah lama.. Bermula dari zaman belajar dulu lagi.. Sejarah Eraz bermula dengan Bedak Talkum.. Pernah try dengan warna Biru dan Hijau.. Ingat lagi bau dia.. Itu dulu-dulu la.. Tapi sekarang dan yang terkini serta eksklusif lagi, apa produk terbaru Dashing? Haaaa.. Ini nak cerita..


Terima kasih kepada Dashing sebab hadiahkan kepada Eraz dua produk istimewanya ialah 1) Limited Edition Deodorant Body Spray dan 2) Hattrick Limited Edition EDT.. Alhamdulillah.. Sampai ke di tangan, terus buka dan test bau.. Ternyata bau itu adalah Dashing! Haha.. Dan yang Limited Edition ni memang sangat istimewa sebabnya bau sangat maskulin.. Deodorant Body Spray dan Limited Edition EDT tu memang dua bau yang berbeza.. Korang kena try..



Dan apa yang istimewa lagi, dengan setiap pembelian mana-mana produk DASHING atau ELITE juga dalam satu resit, korang berpeluang menang lawatan 4 hari 3 malam ke Manchester, UK.. Fuyoooo.. Caranya senang saje.. Whatsapp dengan jelas Nama seperti dalam IC, no. IC dan Nama kedai Pembelian ke no. +6016-9972373.. Sangat mudah!.. Siapa-siapa yang terutamanya Die Hard Football Fans memang patut cuba cabutan bertuah ni..


Peraduan Let’s Go Manchester ni sebenarnya merangkumi hadiah menarik, Penginapan percuma, 4 hari 3 malam perjalanan pergi balik ke Manchester, United Kingdom untuk 6 pemenang bertuah termasuk tiket VIP untuk menonton pertandingan secara langsung antara MCFC vs MU sebagai hadiah utama.. Terbaik!!


Bukan itu sahaja ya.. Ianya termasuk lawatan ke Muzium Bola Sepak Kebangsaan dan Stadium seperti Old Trafford, Etihad dan Anfield. Selain itu, terdapat peluang untuk berinteraksi dan meminta autograf daripada beberapa Legenda MCFC. Di samping itu juga, terdapat Magical Mystery Tour iaitu mereka akan dibawa ke lokasi yang berkaitan dengan band muzik popular iaitu The Beatles..

Jadi tunggu apa lagi.. Kepada semua peminat Dashing samada yang dah lama guna produk Dashing atau baru nak berjinal guna, boleh join ok.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu kan.. Jadi selamat maju jaya semua.. Wassalam..

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.