Thursday, 11 January 2018

"Make budu juga dia dih.."

Assalamualaikum w.b.t.. "Make budu juga dia dih.." Itu dalam bahasa Kelantan.. Kalau bahasa standard, "Makan budu juga dia..".. Situasi ni berlaku dua kali masa beli  budu di kedai runcit dekat area taman tempat tinggal dan dengan makcik yang sama.. Dua kali pergi beli, dua kali juga di bagi statement tu.. Harus la makan buduk makcik.. Nak kekal awet muda.. Hehe.. Memang selalu pergi beli barang runcit kat kedai tu, tapi budu tu jarang-jarang la sebab tunggu nak habis, baru restock kan..


Yang pasti, tak semua orang Kelantan itu makan budu.. Ada setengah tu siap bagitau tak nak budu kalau nak beli nasi kerabu or apa-apa menu yang akan ada budu.. Tak bukan orang Kelantan je yang makan budu, orang luar Kelantan pun ada makan budu ni.. Try la cuba.. Insyaallah melekat.. Makan pula dengan ulam.. Kalau ada tempoyak, lagi la best.. Power!

Berbalik pada topik asal tadi, mungkin sebab penampilan Eraz kot yang buat makcik tu tak percaya.. Tapi kenapa pula dengan penampilan.. Mungkin ada sebab lain juga.. Dan pernah sekali masa awal-awal berjinak membeli di kedai tu, pernah dia tanya Eraz ni kerja doktor ke? Bagus makcik ni, mesti pelanggan.. Kita pun layan la juga borak.. Yang pasti, kita bukan doktor ya.. Hehe..

7 comments:

  1. Akak makan budu..lagi plak orang NS..stok budu memang ada je kat rumah

    ReplyDelete
  2. haha..bakpo ore tak cayo eraz mkn budu, tgk muka thu doh budu cap tere..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok tahu la bakpo mokcik tu tanyo gitu.. Bukan sekali, dua kali dia tanya pada hari berlainan.. Hehe..

      Delete
  3. Gaya cam oreng KL kot..ha3..
    Budu mmg lazat..pergg😋

    ReplyDelete
  4. Agaknya gaya Kelantan tu tak ada kot

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.