Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni nak cerita pada Grab Car.. Masa baru perkenalkan dulu di sini, memang tak rasa pun nak guna.. Ya la, jarang sangat guna teksi ke bas ke sekarang ni di Kota Bharu.. Sebabnya bila fikir pada bas atau teksi, tambang bukan isu sangat sebab memang diperlukan masa tu walaupun kadang-kadang tinggi juga teksi caj katanya.. Masa lagi satu.. Memang masa ni memainkan peranan.. Kalau boleh tak nak bazirkan masa menunggu kan..
Tapi Eraz sendiri mula naik grab bila kereta wife rosak.. Masa tu dari office drive ke bengkel dan kereta kena bermalam di situ.. Nak minta wife datang ambil, kereta di yang kena tinggal.. Kereta kita di rumah masa tu.. Wife kita hantar pegi keje.. Terus terfikir nak cuba Grab Car.. Terus ambil Grab dan ke rumah untuk ambil kereta.. Masa request, sekejap je dapat dan harga pun murah.. Masa tu dah pandai guna Promo lagi.. Haha..
Itu kali pertama dan perkhidmatan memang ok.. Dan lepas tu, terus la guna grab bila nak ambil kereta di bengkel untuk bawa balik.. Mula dari situ, mula la Grab ni bermain dalam fikiran terutama bila ada urusan di jabatan yang tempat parking nya memang masalah.. So bila nak jimat masa, request Grab.. Save masa untuk cari parking dan masa tu dah pandai guna Promo yang Grab bagi.. Jadi macam urah giler!
Ini pengalaman Eraz di Kota Bharu sebagai pengguna lelaki la.. Kalau wanita, Eraz tak pasti la sejauh mana nak guna atau tidak kalau seorang diri.. Tapi kalau berdua atau lebih, itu tak de hal.. Bergantung kepada keyakinan masing-masing.. Yang pastinya di sini, Eraz sebagai pengguna Grab sendiri di Kota Bharu, memang berpuas hati..
Kepada pemandu teksi yang baca entri ni mungkin, maaf sebab lebih utamakan Grab sebab nak kejar masa.. Itu memang sangat penting sekarang.. Bayangkan kalau lunch break hanya sejam, memang masa tu sangat berharga.. Wassalam..