Assalamualaikum w.b.t.. Siapa peminat Kopi kat sini? Peminat biasa ke, peminat tegar? Haaa.. Hari ni Eraz nak share dengan korang ada brand kopi yang boleh buat korang rasa bagaimana rasa kopi yang sebenar.. Kalau orang tu peminat Kopi, memang mereka boleh tahu la mana kopi yang best, mana yang tak best kan.. Eraz ni, kalau tengok warna hitam tu cun, dan rasa manis tu cukup, memang wow dah.. Haha.. So hari ni, Eraz nak share dengan korang semua padal THE KOPPI ! Menarik ok.. Sila baca.. Haha..
Sebagai permulaan, The Koppi ni merupakan Kopi Organik.. So bila dah namanya kopi organik ni memang pilihan yang bijak la kan.. Eraz sendiri memang seorang yang elak dari menggunakan bahan-bahan 3 in 1.. Wife pun memang tak suka guna 3 in 1.. Bukan apa, memang tak pasti apa kesannya menggunakan 3 in 1.. Tapi pada Eraz dan wife, better mengelak dari mengubati kan..
Alhamdulillah, bila dikenalkan dengan The Koppi, memang Eraz excited nak cuba.. Dapat je The Koppi, terus cuba.. Masa tu tak tahu lagi dalam Sachets atau serbuk yang biasa.. Bila dah buka parcel yang dapat, baru dapat tahu.. Walaupun pun bukan dalam Sachets, memang tak rasa give up, terus juga teruja nak cuba.. So terus kacau kopi tu bagi sebati dengan gula secukup rasa.. Dan....
Dan terus bau tu naik.. Bau kopi sebenar.. Alahai.. Dengan warna hitamnya, memang fuh!! Dari segi rasa, memang berbeza dari yang lain.. Inikan kopi organik.. Segi rasa, korang kena la pandai buat campuran kopi, air dan gula ya.. Baru la rasa tu betul.. Kalau terlebih kopi, memang la pahit.. Kalau kurang kopi, terlebih gula, lain la rasanya.. Haha.. Klu korang masukkan kopi secukupnya untuk secawan, masukkan air dan gula secukupnya, memang wow la!!!
- Dihasilkan secara eklusif serta organik
- Dipetik segar satu persatu dengan tangan
- Keluaran yang terhad setiap batch
- Kualiti sentuhan tersendiri atau artisan
- Handroasted atau di panggang sendiri
- Rasa yang unik, betul-betul rasa kopi yang sebenar
- Bebas bahan kimia dan bahan tambahan seperti marjerin , gula , garam , bijan , gandum , arang dan tempurung kelapa
- Rendah kandungan kafein , tidak menyebabkan sakit perut , sakit kepala , migrain , mual , lesu badan atau yang alah kafein
- Bebas bau kopi dalam urine , ia di proses sendiri bukan OEM
- Menjadi milkbooster ibu-ibu dan banyak lagi kelebihan The Koppi ni
Bagaimana Proses The Koppi Di Lakukan ?
Eraz pun baru tahu ni.. Jadi jom sama-sama kita tambah ilmu ok.. Kenal tak itu pokok apa? Itulah pokok kopi.. kebun kopi The Koppi ni terletak di Perak.. Mereka mengamalkan perladangan sihat, bebas penggunaan sebarang racun dan bahan kimia, caranya kulit buah kopi di kopek dan di recycle balik kemudian di tabur pada pangkal pokok kopi agar ia di kompos menjadi baja.. The Koppi juga menggunakan baja yang di buat sendiri dengan menggunakan kacang soya, gula merah dan sejenis garam kemudian di peram selama 2 minggu.. Alhamdulillah.. Yakin minum The Koppi..
Ini pula buah kopi.. Eraz juga baru nak kenal buah kopi ni sebenarnya.. Info tepat yang Eraz dapat, The Koppi menggunakan dua jenis baka kopi iaitu Robusta dan Liberica..
Dan ini pula bunga kopi..
Kredit : Klik > Sumber Gambar & Info
Bagaimana kopi di hasilkan :
- Mula-mula wajiblah memetik buah-buah kopi dahulu untuk proses pengasingan kulit
- Buah - buah kopi ni akan di pecahkan dengan menggunakan mesin Pulper
- ''Fermentation Process'' apakah itu ? haa selepas buah kopi selesai di pecahkan dan diasingkan kulit dan buah , ini adalah proses merendamkan biji kopi yang telah di kopek kulitnya dan ia mengambil masa 3 hari bagi betul hilang selaput yang rasanya manis tu , dan air selalu akan di tukar.
- Bila dah selesai proses fermentation , biji kopi akan di keringkan , kaedah pengeringan yang paling cepat di lakukan dengan menjemur biji kopi di dalam bekas aluminium atau talam besi dan mengambil masa dalam 4-7 hari pula .. fuhh rumit jugak yee
- Dalam gambar boleh di lihat biji kopi yang sudah bersih di rendam
- Gambar dalam no 6 adalah biji kopi yang dah benar-benar kering.
- Seterusnya , biji kopi yang dah betul - betul kering di tumbuk sebab masih ada tempurung , so bila tempurung dah pecah kena asingkan pulak tempurung tu dengan cara manual .. wehh agak leceh jugak rupanya .. huhu
- Bila dah selesai di asingkan , biji kopi tersebut akan di panggang dengan mesin khas .. cara memanggang adalah menggunakan pemanggang yang mempunyai fungsi angin panas / hot blower , alah macam guna hair dryer tu .. bukannya di panggang atas api tau , selesai di panggang , biji kopi akan di simpan selama 3 hari untuk mendapatkan aroma kopi (proses Degasses ) kiranya bagi minyak-minyak kopi keluar , selepas itu baru lah ianya di kisar halus ~
So macamana yang info yang Eraz share hari ni? Terima kasih The Koppi sebab hasilnya kopi yang bagus ni.. Eraz memang tak segan nak share pasal benda elok ni kan.. Cuma lepas ni harap The Koppi dapat buat dalam bentuk Sachets pula.. Lagi mudah.. Kita leh tambah gula or susu je lepas tu.. Tak perlu tapis.. Hehe..
Untuk maklumat yang lebih lengkap, korang boleh layari media sosial di bawah dan whatsapp no. di bawah ok!
Facebook: www.facebook.com/thekoppi
Instagram: @thekoppi
Whatsapp: Www.wasap.my/60189235644
waaa, fiza ni dah la penggemar kopi dan teh.hihi
ReplyDeletemacam kenal gambar haha , sekejap je habis Koppi ni sebab sedap
ReplyDelete