Monday 16 October 2017

Pendedahan Awal Anak-Anak Kepada Persembahan Pentas

Assalamualaikum w.b.t.. Sedia maklum kalau di Kelantan ni, jarang sekali ada persembahan pentas macam di KL.. So pendedahan kepada anak-anak pun kurang la.. Kita yang dah tua ni, tak kisah la sangat.. Tapi bagi Eraz, untuk anak-anak yang sedang membesar ni penting.. Dan kebetulan wife dapat tahu ada satu pertandingan ala-ala teater antara staf USM Kubang Kerian.. Then kami plan untuk masa anak ke sana.. Event tu malam.. Mampu kah bertahan sampai ke akhir atau sekejap je.. Haha..

Kenapa fikir macam tu? Sebabnya Adam memang budak yang aktif.. Memang tak duduk diam.. Malam pula tu kan.. Tapi.. Alhamdulillah.. Memang Zara dan Adam dua-dua memang diam je tengok persembahan.. Zara memang maintain tengok sampai habis.. Adam pula sekerat jalan, tidur dalam riba.. Tak pe la. at least takde yang mengamuk nak balik kan.. Tak sangka juga mereka 'seronok' tengok persembahan tu..


Disebabkan persembahan tu tamat lewat sikit, so esoknya dua-dua tak pergi tadika dan taska.. Kasi rehat di rumah sahaja.. Risau juga kalau Zara ke tadika, mengantuk dalam kelas kan.. So lepas ni, kalau ada lagi persembahan macam ni atau mungkin persembahan pentas bercorak lain pula, kena bawa lagi.. Hanya untuk memberi pendedahan awal kepada mereka..

4 comments:

  1. yeah , ty keji2 pun mummy daddy galakkan.. more self confident nnt

    ReplyDelete
  2. Persembahan pentas ni dapat melatih si manja supaya tak takut untuk berdepan dengan khalayak ramai dan juga dapat melatih PR skill diaorang.. good job zara & adam & daddy eraz jugak (thumbs up)

    ReplyDelete
  3. skrang ni diaorang 'tengok' je dulu, nanti ada peluang, bolehla diaorang cuba sertai performance tu. hehe

    ReplyDelete
  4. Salam singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/hectic.html

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.