Thursday, 28 September 2017

Bila Dah Sampai Masanya

Assalamualaikum w.b.t.. Aura positif memang kena sentiasa ada dalam diri supaya hidup ni tak stress sangat.. Dan, mesti dah ada yang perasan dengan gambar dibawah ni.. Atau mungkin ada yang tak follow media sosial Eraz, kita cerita kat sini sikit.. Menerusi gambar tu, memang Eraz dah letak caption siap-siap, "Bdk umur 4 thn je pun pegang nk buka pintu.. Skali patah.. Papa tak marah pun syg, mmg dh tahu akn patah sb mgkn dh smpi masanya..".. 


Sebenarnya ini bukan pemegang pertama yang patah.. Ini ialah kali ke tiga.. Maksudnya hanya satu je lagi masih yang asal.. Dua di hadapan, dua-dua tu dah tukar lain.. First, Eraz sendiri yang pegang dan patah.. Kedua, pun Eraz juga di sebelah driver.. Masa tu dah fikir, biasa la kalau kereta dah lama, dah habis bayar, mesti ada barang lama kan.. So pergi ke beli kat kedai spare part kereta.. Ada yang original dari proton dan tidak.. Tapi Eraz lebih suka guna yang original.. Walaupun warna hitam, tapi ok la.. Tak de cacat cela pun..

Then baru ni, Zara nak buka pintu untuk masuk dalam kereta, then patah! Zara memang cuak la muka sebab risau Papa marah.. Senyap je.. Tapi Eraz terus bagitau dia masa tu juga supaya mood dia tak kacau.. "Papa tak marah pun.. Takpe.. Masuk je dalam kete.. Papa buka pintu..".. Thats it.. Then alhamdulillah, mood dia ok je.. Dalam kepala memang fikir positif.. Sebab yang depan dua2 pun dah tukar kan..

Bayangkan kuat mana la sangat budak umur 4 tahun kan.. Hehe.. Kalau boleh tukar sendiri, memang dah buat dah.. Mentol ke apa, boleh la.. Bateri ke.. Ini sebab kena buka bahagian dalam pintu, memang tak la buat sendiri.. Bagi upah pada yang pakar je la.. Habis cerita.. 

3 comments:

  1. boleh bayangkan muka zara macam mana hahahaa

    ReplyDelete
  2. Betul tu...kete sye pun sama..empat2 pmegang pintu dah tukar..yerla dh lama.berhujan berpanas..tp mmg cuak la sspe yg kna..time dia..siap nk ganti..pdhl..kita dh mklumkan brg tu cmnr..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.