Saturday, 30 September 2017

Belut Goreng Kunyit

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa kat sini pernah makan belut? Ke dah biasa sangat? Eraz ni, memang dari kecik, kawan-kawan duk cerita pasal belut.. Itu dan ini.. Tapi sampai ke sudah tak pernah try.. Pernah sekali sebelum ni, ada kawan ajak makan kat Sushi King.. Then kat situ kan ada menu berasaskan belut.. Tapi sikit je la belut tu.. Bukan yang goreng punya.. So try sekali dengan nasi jepun tu.. Sedap.. Lembut.. Tak de tulang.. So kalau ke Sushi King, memang akan ambil kalau lalu depan mata.. Haha..


Dan baru ni, masa makan kat luar, ada banyak menu belut kat situ.. Tak mampu lagi rasanya nak try yang sup-sup.. So decide order Belut Goreng Kunyit.. Goreng-goreng ni, kering la sikit kan.. So tak de masalah la nak makan kot.. So order la untuk seorang makan.. Bila dapat, memang nampak la kering tu.. So bila makan, banyak tulang rupanya.. Orang tua macam Eraz dan wife, memang belasah je la walapun ade tulang.. Tapi bila Zara dan Adam nak try juga, memang kena hati-hati la buang tulang tu...

Rasanya? Ok la.. Tapi mungkin sebab belut kan kecil, then bila gorang garing sikit, jadi tak puas nak makan rasanya.. Nak buang tulang lagi.. Haha.. Tapi bukan serik ya, lepas ni mesti akan order lagi.. Mungkin menu lain pula.. Hehe..

Thursday, 28 September 2017

Bila Dah Sampai Masanya

Assalamualaikum w.b.t.. Aura positif memang kena sentiasa ada dalam diri supaya hidup ni tak stress sangat.. Dan, mesti dah ada yang perasan dengan gambar dibawah ni.. Atau mungkin ada yang tak follow media sosial Eraz, kita cerita kat sini sikit.. Menerusi gambar tu, memang Eraz dah letak caption siap-siap, "Bdk umur 4 thn je pun pegang nk buka pintu.. Skali patah.. Papa tak marah pun syg, mmg dh tahu akn patah sb mgkn dh smpi masanya..".. 


Sebenarnya ini bukan pemegang pertama yang patah.. Ini ialah kali ke tiga.. Maksudnya hanya satu je lagi masih yang asal.. Dua di hadapan, dua-dua tu dah tukar lain.. First, Eraz sendiri yang pegang dan patah.. Kedua, pun Eraz juga di sebelah driver.. Masa tu dah fikir, biasa la kalau kereta dah lama, dah habis bayar, mesti ada barang lama kan.. So pergi ke beli kat kedai spare part kereta.. Ada yang original dari proton dan tidak.. Tapi Eraz lebih suka guna yang original.. Walaupun warna hitam, tapi ok la.. Tak de cacat cela pun..

Then baru ni, Zara nak buka pintu untuk masuk dalam kereta, then patah! Zara memang cuak la muka sebab risau Papa marah.. Senyap je.. Tapi Eraz terus bagitau dia masa tu juga supaya mood dia tak kacau.. "Papa tak marah pun.. Takpe.. Masuk je dalam kete.. Papa buka pintu..".. Thats it.. Then alhamdulillah, mood dia ok je.. Dalam kepala memang fikir positif.. Sebab yang depan dua2 pun dah tukar kan..

Bayangkan kuat mana la sangat budak umur 4 tahun kan.. Hehe.. Kalau boleh tukar sendiri, memang dah buat dah.. Mentol ke apa, boleh la.. Bateri ke.. Ini sebab kena buka bahagian dalam pintu, memang tak la buat sendiri.. Bagi upah pada yang pakar je la.. Habis cerita.. 

Wednesday, 27 September 2017

Pendaftaran Domain erazfadli.com Berjaya Diperbaharui Untuk Kali Ke-5


Assalamualaikum w.b.t.. Syukur alhamdulillah.. Pendaftaran Domain erazfadli.com Berjaya Diperbaharui untuk kali ke-5.. Alhamdulillah.. Untuk tahun-tahun sebelum ni, tak risau sangat pun sebab sampai masa je, terus renew macam biasa.. Tapi untuk kali ni, ada kegusaran orang kata.. Haha.. Sebabnya ada perubahan no. kad kredit yang disetkan dari awal.. Sebelum ni dah set kad kredit Maybank.. Tapi disebabkan tukar kad baru, no. kad pun berubah..

Mendapat arahan untuk tukar no. kad yang baru tapi Allah saja yang tahu apa cabarannya dari awal sampailah berjaya.. Makan masa berbulan kot sebab tak kena cara.. Semua ni berpunca nak login ke G Suite.. Tak boleh guna email gmail biasa.. Email yahoo pun tak boleh guna.. Email office yang basednya google pun tak boleh.. Sakitnya hati..

Berkali-kali try dan try, masih tak berjaya.. Akhir sekali Allah bagi petunjuk untuk gunakan akaun email domain ni sendiri iaitu admin@erazfadli.com.. Try guna, sekali log in je, terus dapat.. Cepat-cepat tukar no. kad kredit yang baru tu then berjaya! Alhamdulillah.. Lega wei...

Sayang giler kot kalau tiba2 hilang domain ni.. Bila 20 Ogos lepas dapat email "Registration of erazfadli.com successfully renewed", lega teramat.. Senyum sampai ke telinga la.. Hehe.. Pengalaman orang kata.. Leh jadi pengajaran dan leh juga bagi panduan pada kawan-kawan yang lain kan.. Alhamdulillah.. So erazfadli.com 'hidup' macam biasa.. Hehe..

Wednesday, 20 September 2017

Tips Membeli Kereta Terpakai

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa kat sini yang biasa beli kereta terpakai ataupun ada hasrat nak beli selepas ini? Kalau dah biasa beli tu, mungkin dah ada pengalaman la kan.. Tapi kalau untuk yang pertama kali, jangan la terus terjah ke kedai kereta terpakai tu.. Nanti kan tak pasal-pasal kena tipu.. At least bawa la kawan yang sudah ada pengalaman bab membeli atau ada pengalaman pasal kereta.. Ataupun cuba la tanya Mr. Google bab-bab tips.. Insyaallah boleh membantu..

Sumber : Google

Dah sebut tentang tips tu, kat sini Eraz nak share beberapa Tips Membeli Kereta Terpakai.. Insyaallah ianya boleh membantu.. Kalau ada yang nak tambah, boleh la tambah di bahagian komen ok.. Takde masalah.. Sama-sama kita kongsi ilmu untuk kegunaan orang lain juga.. Selain dapat menghindarkan kawan-kawan kita kena tipu, dapat juga pahala kan.. Ilmu yang mereka dapat dari kita tu, tak akan hilang..

Jadi apa Tipsnya? Korang kena bagi masa sikit dalam seminit je untuk tonton video ni.. Cara penyampaiannya memang senang untuk korang faham.. Boleh dengar tips dan fikirkan dengan lebih details lagi.. Kalau si pembuat video ni nak cerita penuh, mahu setengah jam video ni.. Haha.. So sila tonton video di bawah :


Macamana? Dapat tangkap antara tips yang diberi? Kalau tak dapat, tengok la sekali lagi.. Apa yang penting di sini, selain dapatkan sedikit ilmu sebelum ke kedai kereta terpakai, korang perlu juga bawa kawan yang ada pengalaman.. Insyaallah, ianya akan banyak membantu.. Nak lebih senang dan mudah lagi? Haaa... Senang je..

Korang terus ke laman web showroom.car.. Di laman web tu, korang boleh tengok semua jenis kereta terpakai yang ada.. Kereta buatan Malaysia, luar Malaysia dan semua maklumat penting la.. Lagi senang, korang boleh filter terus ciri-ciri apa yang korang nak.. Memang senang.. Dan penting juga untuk korang tahu, pilihlah kereta terpakai tu berdasarkan tahun keluaran kereta berkenaan.. Kenapa? Sebabnya harganya memang berbeza? Tak percaya? Cuba ke showroom.car dan filter jenis kereta dan tahun keluaran kereta berkenaan.. Hasilnya? Hehe.. So pilihlah dengan bijak! Wassalam..

Monday, 18 September 2017

Sport Mens Watches Gaya Unggul

Assalamualaikum w.b.t.. Kepada wanita di luar sana yang pening tak tahu apa nak belikan untuk suami, ayah atau tunang tersayang, senang saja.. Pilih mana-mana mens watches yang ada di pasaran.. Tapi kalau banyak sangat jenis jam tangan pun susah nak buat pilihan kan? Jadi hari ini kita bagi fokus dulu kepada jam tangan sporty yang sangat trendy untuk lelaki.. Jadi, tak kisah yang membaca hari ini lelaki atau wanita, mari kita tengok apa gaya terkini jam tangan sport!


Okay jenama jam tangan sport pertama ialah Casio G-Shock.. Jam tangan ini bukan main-main ya.. Memang tahan lasak dan mempunyai pelbagai reka bentuk yang menawan hati! G-Shock sudah lama diminati orang ramai sampai ada yang gila mengumpul setiap rekaan edisi terhad yang dikeluarkan saban tahun.. Jangan ingat jam tangan sport tidak boleh dipakai secara formal ya. Gaya sport watches boleh sahaja digunakan untuk kerja sekiranya warna tidak begitu terang jadi pilih warna biasa seperti kelabu, hitam atau biru jika anda mahukan lebih versatiliti..


Tengok gambar ini.. Jam tangan nampak biasa saja kan? Jangan terpedaya, sport watch ini berjenama Maserati.. Ya, jenama kereta sport yang mewah itu.. Okay, anda tak payah la beli jam tangan sport mahal begini tapi kita cuci mata tengok sahaja.. Tak salah kan? Kalau nak beli jam tangan sport yang serupa, boleh saja kerana banyak jenama lain yang lebih mampu dimiliki dengan reka bentuk yang serupa..



Post tak lengkap tanpa bercerita tentang jam tangan moden zaman kini iaitu smart watch yang khas untuk kecergasan harian.. Anda minat bersukan? Mahu berjinak dengan penjagaan kesihatan? Elok mencuba jam tangan seperti Fitbit yang sangat bergaya dan dapat dipakai untuk apa sahaja situasi seperti bersukan atau untuk ke tempat kerja dan hari biasa. Jadi mana satu sport watch pilihan anda?