Monday, 7 August 2017

Bila Zara Request Pizza

Assalamualaikum w.b.t.. Kami ni suami isteri dari mula kahwin sampai lah sekarang, tak berapa gemar sangat makan malam di luar.. Kalau tak sempat memasak pun, at least akan take away lauk2 tertentu.. Tapi ada ketika, nak juga udara luar dan bawa anak2 keluar makan kan.. So semalam lepas kerja, decide dengan wife, tak payah masak dan makan kat luar je la.. Ada satu tempat di Cherang KB tu.. Tapi..

Sebelum sampai tempat tu, tiba2 Zara request nak makan Pizza.. Dah pandai request ya sekarang? Hehe.. Hancus selera Papa nak makanan lain.. Mama pun.. Hehe.. So ikut la selera Zara semalam.. Kebetulan selajur kedai yang kami nak pergi tu memang ada Pizza Hut yang PHD dan Gino Pizza.. So ajak Zara ke Gino Pizza la sebab pernah sekali ke situ dan ternyata best! Hehe.. Pesan jenis Pizza pun ikut selera Zara juga.. Nasib baik best! Haha.. Ternyata kali kedua ke sana, Pizza memang best! Cuma kami ada roti, tak sampai2.. Terlupa kot.. So cashier tak kire la.. Haha..

Alhamdulillah, bila ikut selera dia, banyak la dia makan.. Perut anak lebih dipentingkan sekarang ni.. Janji di selesa dan kenyang.. Itu Zara.. Tapi apa Adam Fitri buat sepanjang kami menjamu selera? Adam memang kena perhati lebih sikit.. Mula2 sampai tu ok lagi duduk tepi kami tapi lepas tu, dia mula turun nak keluar kedai.. Papa la ikut sekejap.. Rupanya nak pergi cari kucing di kedai sebelah.. Dah jumpa kucing, balik semula ke Gino Pizza..


Pizza sampai, dia makan sikit then pegang pizza, bangun terus ke ruang hadapan kedai.. Dia buat catwalk kat situ la pula.. Tapi alhamdulillah, tak keluar dari kedai.. Kire ok la.. Takde la kami duduk bangun, duduk bangun kan.. Adam ni memang budak yang aktif sikit.. Suka explore itu ini.. Tapi last masa kami nak ajak balik, boleh dia duduk santai depan pintu.. Adoi..

Entri Pertama pada Gino Pizza.. SINI.. Tunggukan juga pengumuman dua pembaca bertuah ERAZFADLI.COM

13 comments:

  1. Hehe biasa la tu. Anak kinah pun sama. Ada la sekejap duduk kat baby chair pastu nak turun berjalan ke sana sini. Senak perut eh makan kat luar. Sekarang ni apa-apa pun take away je. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Tapi setiap anak, memang lain caranya.. Hehe..

      Delete
    2. Tula. Sementara nak besar ikutkan je la.

      Delete
    3. Betul2.. Layan.. Nanti rindu.. Kan..

      Delete
  2. Budak2 mmg suka pizza Kan. Nak makan pun senang

    ReplyDelete
  3. Hehehe zara dah pandai dah buat pilihan makanan apa yang dia suka... amboi adam siap catwalk lagi tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. Dah pandai sekarang.. Adam tu memang biasa duk ulang alik.. Hehe...

      Delete
  4. hehe. comel je tngok teletah anak2 ni..

    ReplyDelete
  5. First time dengar nama GINO pizza tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure di negeri lain ada ke tak.. Tapi pizza dia sedap..

      Delete
  6. bila anak dah pandai memilih memang kena ikut selera mereka je la kan. janji dorang nak makan :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.