TAG La, 'Ubat' Orang Pelupa | Assalamualaikum w.b.t.. Pernah tak dalam hidup korang pernah terlupa letak barang.. Cari punya cari sampai bersepah rumah tapi tak jumpa.. Kalau jumpa tu syukur.. Tapi kalau tak jumpa??? Atau anak kecil main dan dia tak tahu letak kat mana barang tu? Pernah pernah kan walaupun hanya sekali.. Jangan tipu! Cuba citer.. Hehe.. Ok! Hari ni Eraz nak buat entri pasal 'ubat' orang pelupa ni terutama yang selalu lupa mana la dia letak barang.. Hehe.. Biasanya kunci rumah, kunci kenderaan atau handphone!
Ini penyelesainya.. Percaya atau tidak Eraz nak cerita ni, korang boleh 'panggil' barang yang korang tak ingat letak kat mana tu.. Mudah je.. Guna TAG La! Memang bergunalah benda ni.. Kali pertama dengar ke TAG LA ni? Meh ni cerita sikit.. Korang mesti berminat punya..
TAG La ni merupakan satu alat Bluetooth Tracker, yang telah direka untuk menjadi 'ubat' kepada orang untuk mencari barang hilang sepantas mungkin.. Fungsi TAG La ni boleh kata lebih kepada memberitahu kepada kita kedudukan barang yang kita tinggalkan atau yang kita cari tu.. Tak percaya ke? Kena cuba.. Mana fungsi TAG La ni..?
Macam mana fungsi TAG La..?
PERTAMA
Korang boleh letakkan TAG La dalam beg, wallet atau barang berharga korang yang lain.. Biasa barang yang kita selalu guna la..
KEDUA
Kalau barang korang berada dalam lingkungan 75 kaki dan korang nak cari barang tu, gunakan "tracker" dan cari! TAG La akan berbunyi yang mana memudahkan korang buat carian!
KETIGA
Handphone.. Pentingkan.. Tak jumpa? Haaa... Tekan mana-mana satu TAG La yang aktif untuk membuat handphone yang 'hilang' tu berdering.. Walaupun ia pada mode senyap.. Menarikkan..
KEEMPAT
Dengan TAG La juga, korang boleh menandakan lokasi terakhir korang, aplikasi ini secara automatik mencatat waktu terakhir dan tempat terakhir korang meletakkan barang tu.. Jadi, jika korang berhenti di suatu tempat dan kehilangan sesuatu, korang boleh tahu nak cari kat mana..
KELIMA
Boleh digunakan untuk selfie.. Dengan TAG La juga korang boleh mengambil gambar yang sempurna.. Wow.. Sbb TAG La berfungsi utk jd remote yg boleh diakses dr jauh.. Cayalah!!
Tapi.. Sebelum menggunakan TAG La ni, korang kena la dulu download aplikasi TAG La application.. Ikut cara gambar di atas ya.. Dari situ, baru la korang boleh dapat aktifkan TAG La korang.. Kalau korang masih lagi kurang faham tentang TAG La, korang boleh tengok video promo yang dorang buat.. Memang menarik!
Macamana? Mudah, Menarik dan Da Boom kan.. Memang memudahkan kerja kita mencari dengan adanya TAG La ni.. Eraz memang dah ada satu warna favourite Eraz ni, biru.. So! Korang pun rasanya kena la ada juga.. Mana tahu memang berguna di saat korang memerlukan..
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :
Laman Web Rasmi : https://tagla.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/taglaTM/
Instagram : https://www.instagram.com/taglaofficial/?hl=en
Tidak risau lagi dengan adanya TAG La..
eraz blh guna ni sbb slalu lupa..hihi
ReplyDeleteCik Nor memahami.. Haha.. 😅
Deletekita pun guna ni..alam dia bunyi kuat
ReplyDeleteKan.. Bgs!! 😊
DeleteKena cari satu ni. Banyak makan semut asyik lupa je huhu
ReplyDeleteHehe.. Eraz pun sama ni..
Deletememang sesuai ni..kena ada dalam simpanan...sekarang cepat pelupa.
ReplyDeleteHehe.. Ramai perlukan ni..
DeleteWah.. Hebat juga inovasi ini..
ReplyDeleteModel yang kat bawah sekali.. Siapa nama. Lupa saya..
Teknologi terkini.. Model? Tak kan tak kenal? Haha..
DeleteWah.. Hebat juga inovasi ini..
ReplyDeleteModel yang kat bawah sekali.. Siapa nama. Lupa saya..
Teknologi terkini.. Model? Tak kan tak kenal? Haha..
DeleteMacam menarik
ReplyDeleteItu la.. Tak kenal maka tak cinta.. 😊
Delete