Assalamualaikum w.b.t.. Cabaran ni memang akan berlaku pada semua ibubapa yang ada anak kecil.. Ini terutamanya pada ibubapa yang kedua-duanya bekerja.. Kalau salah seorang tak bekerja, better la kot.. Macam kami yang dua-dua bekerja ni dan office hour pula tu, memang agak mencabar la.. Ini baru anak dua.. Tapi alhamdulillah, semua terkawal.. Tapi tak boleh nak sampai office tersangat awal la.. On time tu biasa.. Haha..
Pagi-pagi kena kejutkan anak-anak dengan baik sebab kalau mereka bad mood, kacau la aktiviti seharian dia nanti dan kita sendiri nak bersiap pergi kerja pun akan terbantut.. Kejut elok-elok, offer kalau mereka nak susu.. Kalau macam liat nak pergi mandi terus, offer mereka buat aktiviti mereka suka dulu selain minum susu, tengok tv dulu ke..
Then macam Eraz, memang kami biasa buat kalau sorang mandikan, sorang lagi siapkan.. Senang kan.. Kerjasama.. Bila anak dah terbiasa, dengan siapa-siapa pun dia boleh bersiap.. Biasa kalau kami, Adam la dulu akan dimandikan sebab memang request dari Kakak Zara.. Bila Adam mandi, barulah Kakak Zara akan mandi.. Bila mereka dah siap, bagi mereka buat apa mereka suka, baru la kami boleh bersiap..
Cabaran lain kalau tiba-tiba dah bersiap, Adam buang air besar la pula.. Tak kan nak bagi dia naik kereta macam tu je kan.. Mesti la kena bersihkan dulu.. Buang semula stoking, lepat lengan baju, lepat kaki seluar dan semua yang perlu la.. Basuh-basuh bagi wife lak siapkan sebab jenis Adam, kalau nak basuh berak pun, mesti semua kena buat baju seluar sebab dia akan main air.. Sebab tu kalu wife yang kena basuh, memang sampai tudung la basah.. So Eraz bantu..
Kalau masa nak keluar tadi awal, disebabkan kena masuk bilik air semula, delay la kami sampai ke office.. Kami jarang keluar asing-asing walaupun dengan kereta masing-masing.. Wife biasa anta Adam, Eraz hantar Zara.. Tapi hari ni, dua-dua nak naik kereta Eraz.. Haha.. So tak kisah la.. Wife boleh terus ke tempat kerja sebab tempat kerja dia memang susah cari parking dan masuk awal sikit.. Balik nanti, wife akan ambil dua-dua sebab dia balik awal..
Banyak lagi cabaran sebenarnya.. Tapi inilah pengalaman yang akan dikenang bila mereka dah besar nanti.. Mesti rindu punya..
I can feel u. Saya pun rasa mcm tu. Huhuhu.. Mencabar sungguh bila ada anak kecik ni
ReplyDeleteKan.. Tapi pengalaman yang tidak dapat dijual beli.. :)
DeleteMemang banyak cabaran bila ada anak kecik ni. Apa yang penting kita kena sabar hadapi kerenah mereka
ReplyDeleteBetul2.. Tak nak juga rosakkan mood kan..
DeleteBetul. Kalau mood diorang tak elok hancus program ooo..
DeleteKesian juga pada mereka kalau ke taska n tadika dengan bad mood kan..
DeleteMmg mencabar dan tercabar..ha3
ReplyDeleteCabaran tu.. Hehe..
Delete