Sunday 9 July 2017

AFMegastar | Himpunan Semua Bekas Pelajar AF

AFMegastar | Himpunan Semua Bekas Pelajar AF
AFMegastar | Himpunan Semua Bekas Pelajar AF

AFMegastar | Himpunan Semua Bekas Pelajar AF - Assalamualaikum w.b.t.. Baru ni ada terbaca dalam satu blog pasal AFMegastar ni.. Bila baca details, macam sangat menarik ni.. Rasanya AFMegastar ni akan menjadi kenyataan sebab ramai bekas pelajar AF dari musim pertama sampailah ke AF 2016.. Katanya pada awal Julai baru ni, semua mereka telah hadir untuk ujibakat semula untuk pihak produksi memilih peserta AFMegastar yang terbaik dari segi vokal dan persembahan.. Harap bukan populariti semata-mata..

Bila akan mula berlangsung tu, belum pasti lagi.. Katanya dalam Instagram Pak Nil ada terselit video ujibakat nyanyian Amylea AF 3 dan Bob AF 2.. Tapi muka tidak dipaparkan.. Hanya suara kedengaran.. Dalam Harian Metro 08 Julai 2017 semalam, Idayu AF 3 ada memberitahu juga telah hadir pada ujibakat berkenaan.. Bekas pelajar AF dulu memang ramai berbakat cuma tidak dapat diketengahkan.. Harap AFMegastar akan membantu bekas pelajar AF yang terbaik ini menjadi yang terbaik! 

Mungkin juga sudah tidak ada program AF 2017 sebab mesti Astro akan ketengahan AFMegastar ni kan.. Adakah mereka akan dikurung masa pelajar AF? Rasanya macam tidak kot sebab ramai mereka dah bekeluarga dan mungkin yang ada business sendiri kan.. Maybe akan jadi macam peserta Gegar Vaganza.. Bebas! Setiap hujung minggu, ada konsert.. Tapi semua tu belum terjawab.. Hanya produksi AFMegastar sahaja yang tahu.. So tunggu..

6 comments:

  1. Ooo yeke. Patutla Af2017 tak nampak bayang lagi. Akan datang la ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. Kalau jadi, gempak la sikit.. AF baru dah tak releven kot.. Hehe..

      Delete
  2. Uishhhhhhhhhh macam hebat gila je ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Kita tunggu dan lihat.. 😊

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.