Saturday, 29 July 2017

Bila Nama-Nama Alif Naik Serentak

Assalamualaikum w.b.t.. Entri terakhir sebelum ni pada hari Rabu, 19 Julai baru ni.. Sepuluh hari lepas.. Astaghfirullah.. Bukan sengaja tak nak buat entri baru.. Idea tu ada.. Gambar-gambar juga ada.. Tapi, kekangan masa dan tempat.. Kalau dulu, Eraz sangat selesa update blog melalui phone.. Sekarang tak jumpa lagi apps yang sesuai untuk update blog dengan iPhone.. Frust! So last update pasal SNDLipstick By Siti Nordiana.. Siapa nak order, boleh refer entri tu ok..


Mulanya nak buat entri pasal dinner semalam atau pasal di KL baru ni.. Tapi fikirkan hari ni Sabtu, so nak santai2 sikit la.. Teringat hal semalam yang gegarkan seluruh Malaysia.. Nama 'Alif' memang sangat popular sekarang.. Mula2 satu nama Alif yang naik di media sosial.. Lepas tu nama satu lagi Alif naik dengan kisah yang lain pula.. Lepas tu ada masa sikit, skodeng la twitter.. Wow.. Ramai orang duk bercakap pasal Alif.. Artis2 pun tak ketinggalan..

Kisah apa? Tak perlu la Eraz cerita kat sini secara details sebab rasanya semua orang dah tahu kot.. Kebenaran, apa yang berlaku di saat itu, apa yang berlaku disebalik, hanya mereka yang tahu.. Korang jangan salah orang pula ya.. Alif ni tak termasuk Alif Satar ya.. Haha...
Read more ...

Wednesday, 19 July 2017

SNDLipstick By Siti Nordiana

SNDLipstick By Siti Nordiana | Assalamualaikum w.b.t.. Terbaru dari Siti Nordiana dalam dunia perniagaan iaitu memperkenalkan Moisturising Matte Lip Cream SNDLipstick By Siti Nordiana.. Untuk permulaan, Nana mengeluarkan dua warna pilihan iaitu Honeybee dan Honeylatte.. Sejak diperkenalkan dua tiga minggu yang lepas, nampaknya SNDLipstick ni memang mendapat perhatian ramai.. Ramai yang dapatkan kedua-duanya terus.. Nak tengok warna macamana? Ada Honeybee dan Honeylatte.. Tengok gambar di bawah :

SNDLipstick By Siti Nordiana
SNDLipstick By Siti Nordiana

Ok.. Sebelum beli, sure nak tahu apa ciri-cirinya kan.. Mesti la nak tahu juga apa kelainan yang ada dengan SNDLipstick By Siti Nordiana ni kan.. Isteri Eraz memang salah seorang yang pakai SNDLipstick By Siti Nordiana ni dan sejak hari mula-mula pakai hari tu, sampailah ke hari ini, memang dia tak guna lipstick yang lama dah.. Ok ciri-ciri yang Eraz boleh share ialah :

1. Mesra wuduk.. Siti Nordiana memang menitik berat pasal aspek ini.. So memang kalau korang nak ambil wuduk, SNDLipstick memang senang je nak tanggal.. Berbeza dengan jenama yang lain, sangat mengambil masa untuk bersihkan.. Tapi SNDLipstick, sangat senang.. Alhamdulillah..

2. Warnanya memang bold dan cantik.. Kalau tak nak pakai jenis yang terang2, boleh la lepas pakai tu, lap la sikit.. Betul tak? Bergantung pada si pengguna..

3. Ada siap2 ada moisturiser.. So memang bibir akan sentiasa lembap.. Itu ciri best apa.. Bibir tak kan nampak or rasa kering..

4. Bau? Bau pun ada.. Best dan sweet sangat kata wife..

SNDLipstick By Siti Nordiana
SNDLipstick By Siti Nordiana

Ok tak ciri-ciri tu? Kalau nak rasa sendiri, boleh try dulu ok.. Mesti puas hati punya.. Dengan pembelian dengan Authorized SNDLipstick By Siti Nordiana melalui pemilik Instagram : @pengantinmusimsalju_, korang juga akan dapat FREE GIFT yang menarik.. Dengan Authorized SNDLipstick By Siti Nordiana (IG : @pengantinmusimsalju_) sahaja boleh dapat FREE GIFT ni.. Ianya sebagai penghargaan kepada customer2.. Apa FREE GIFT nya? Macam-macam.. Jumlah FREE GIFTnya pun mengikut jumlah lipstick yang dibeli..

SNDLipstick By Siti Nordiana
SNDLipstick By Siti Nordiana

So tunggu apa lagi? Boleh order sekarang kerana untuk pengeluaran pertama ini memang stok sangat terhad.. Mengikut Authorized SNDLipstick By Siti Nordiana (IG : @pengantinmusimsalju_)nya, memang sekarang menjadi hot sale sebab customer kalau dah beli, memang dah beli satu dah, terus beli dua.. Sebab kalau tengok di Instagram @sitinordiana sendiri, dia selalu buat video pemakaian lipstick yang memang senang dan cantik.. Macamana nak tempah??

SNDLipstick By Siti Nordiana
SNDLipstick By Siti Nordiana

CARA TEMPAHAN :

1. Terus whatsapp ke No. +6 017-977 3382 sekarang! Beritahu berminat untuk dapatkan SNDLipstick ok..
Susah nak save dulu no. di phone? Boleh klik No. ini ok.. >> http://www.wasap.com/60179773382

2. Boleh juga ke IG rasmi Authorized SNDLipstick By Siti Nordiana ini iaitu @pengantinmusimsalju_

Bila dah order tu, korang akan terus dapat SNDLipstick By Siti Nordiana dan FREE GIFT yang cun punya.. Tak rugi.. Jom ramai-ramai try ok.. Wassalam..

SNDLipstick By Siti Nordiana
SNDLipstick By Siti Nordiana
Read more ...

Monday, 17 July 2017

Kencing Manis Boleh Membunuh !


KENCING MANIS BOLEH MEMBUNUH!

Assalamualaikum w.b.t.. Jika dahulu, kita selalu beranggapan bahawa penyakit jantung merupakan pembunuh NO. 1 dunia.. Namun, dengan kemajuan teknologi sekarang, penyakit jantung boleh dirawat pada peringkat awal.. Bahkan, melalui pembedahan, pesakit jantung masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa.. Selari dengan kemajuan ini, pola penyakit kronik juga berubah.. Kita sedar atau tidak, penyakit ‘silent killer’ kini bukan lagi penyakit jantung, tetapi penyakit kencing manis atau diabetes..

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh National Health and Morbidity Survey 2015, peratusan rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis meningkat kepada 17.5 peratus pada tahun 2015 berbanding tahun 1996 yang hanya 11.6 peratus [1].. Peningkatan peratusan ini sebenarnya selari dengan peningkatan kadar peratusan masyarakat kita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti..

Lebih mengejutkan lagi ialah ramai di antara kita yang tidak sedar sebenarnya mereka menghidapi penyakit kencing manis.. Ini kerana, ramai di antara kita masih lagi menyangka yang penyakit kencing manis ini hanya menyerang golongan veteran seperti pak cik-pak cik yang sudah pencen, bekas tentera yang meluangkan masa bermain dam aji di warung kopi, atau warga tua yang berusia 50 tahun ke atas..

Sedangkan pola penyakit kencing manis kini sudah pun berubah.. Dan perubahan ini sangat ketara dan membimbangkan kerana orang muda yang berusia seawal 30-an juga boleh menghidap sakit kencing manis.. Perubahan pola penyakit kronik ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang kita sendiri secara sedar sering kita amalkan dalam kehidupan seharian..

Budaya melepak di kedai makan sehingga larut malam, habit makan process food dan fast food seperti nugget, sosej, kentang dan pengambilan gula yang melebihi 10 sudu dalam satu hari.. Budaya yang sudah menjadi kebiasaan dan dianggap normal inilah yang menyebabkan ramai golongan muda bahkan kanak-kanak sudah menghidapi penyakit kencing manis stage 1 dan 2.. Potensi menghidap kencing manis lebih tinggi jika seseorang itu sering mengambil minuman bergas yang mengandungi gula yang tinggi..

Lebih membimbangkan, penyakit kencing manis ini merupakan kesan sampingan yang bermula dengan masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Seseorang yang obes berisiko untuk mendapat penyakit yang digelar penyakit 3 serangkai, iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ketiga-tiga penyakit ini saling bersangkut-paut. Tidak hairanlah jika rakyat Malaysia merupakan penghidap penyakit kencing manis tertinggi di Asia Tenggara. Melalui statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai [2]..

Penyakit kencing manis ini berlaku apabila organ pankreas manusia tidak dapat menghasilkan insulin.. Pankreas merupakan organ badan yang akan menghasilkan insulin apabila badan menghantar isyarat menunjukkan kadar peningkatan glukos atau gula dalam saluran darah secara tiba-tiba. Bila kita makan, glukos yang terdapat dalam makanan tersebut akan ditukar menjadi tenaga dan disimpan sebagai lemak [3].

Namun, bagi pesakit kencing manis, organ pankreas mereka tidak lagi mampu untuk menghasilkan insulin yang diperlukan.. Kesannya, glukos yang terdapat di dalam darah tadi tidak dapat diserap masuk ke dalam sel-sel badan dan juga tisu badan.. Bila badan kita sudah tak lagi sensitif dengan peningkatan glukosa dalam darah dan insulin tidak dapat dihasilkan dengan baik, maka glukosa tadi akan kekal di dalam saluran darah dan berlakulah peningkatan kadar gula dalam badan.. Dari situ akan terjadinya simptom-simpton lain akibat jangkitan kencing manis seperti luka sukar sembuh, mata mengalami rabun / silau, sering pening kepala dan juga peningkatan darah (bacaan blood pressure meningkat)..

Penyakit kencing manis ini digelar ‘silent killer’ kerana penyakit ini boleh membuatkan penghidapnya rabun atau lebih teruk lagi buta, mengalami komplikasi buah pinggang, jangkitan luka yang tidak sembuh yang akhirnya akan menyebabkan kecacatan kekal, sakit jantung dan strok.. Lebih menyedihkan lagi, penyakit kencing manis ini tidak boleh di ubati dengan perubatan moden tetapi ia hanya mampu di kawal melalui ubat-ubatan atau suntikan insulin kekal untuk seumur hidup..

Dalam Bahasa mudahnya, pesakit kencing manis akan bergantung hidup pada ubat-ubatan untuk sepanjang hayat kerana organ pankreas yang tidak lagi mampu berfungsi dengan baik.. Hanya dengan menukar gaya hidup melalui kawalan pengambilan gula dan suntikan insulin atau pengambilan pil, pesakit kencing manis boleh menikmati kehidupan seharian seperti biasa..

BAGAIMANA MENGELAK DARIPADA TERKENA PENYAKIT KENCING MANIS?


Seperti yang kita sedia maklum, punca utama penyakit kencing manis adalah berpunca daripada pengambilan gula berlebihan dalam badan pada setiap hari. Kadar gula maksima yang sesuai untuk badan dalam sehari hanyalah sekitar 6 sudu teh sahaja.. Apabila kita mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula melebihi 6 sudu teh sehari, maka dari sinilah kita akan mula terdedah kepada penyakit kencing manis..

Secara perlahan-lahan, organ pankreas dalam badan kita akan mengecut dan tidak dapat berfungsi dengan baik.. Ketika itu kadar insulin dalam badan kita akan berkurangan dan bermulalah kencing manis dalam kehidupan kita..

Untuk mengelakkan masalah kencing manis ini, terdapat beberapa cara antaranya dengan mengurangkan pengambilan gula harian anda.. Cuba kurangkan sehabis mungkin kadar gula yang anda ambil setiap hari.. Sekiranya anda pergi ke kedai makan, pesan minuman yang kurang gula atau pesan minuman buah-buahan tanpa gula.. Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2 liter sehari bagi membantu buah pinggang anda berfungsi dengan baik dan membantu melancarkan proses perkumuhan dalam badan anda..

Namun, bagi sesetengah orang, agak sukar bagi mereka untuk mengurangkan pengambilan kadar gula.. Ada kalanya seseorang itu akan mengalami masalah seperti menggigil, kekejangan otot dan rasa tidak senang duduk atau seperti ingin pitam kerana kekurangan gula dalam badan.. Kebiasaannya pesakit yang sedang dalam risiko awal kencing manis akan mengalami simptom seperti ini.. Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom seperti ini, maka anda boleh menggantikan pengambilan gula kepada pengambilan pemanis semulajadi stevia.. Dipasaran terdapat pelbagai produk yang telah dijual yang menggunakan 100% bahan semulajadi diproses daripada daun stevia.

 

GANTIKAN PENGAMBILAN GULA DENGAN STEEVYA!


Antaranya adalah jenama STEEVYA. Produk yang dihasilkan oleh bumiputera dan disahkan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta melalui beberapa ujikaji makmal dan disahkan TIADA bahan merbahaya.. Produk STEEVYA ini juga merupakan produk stevia cecair pertama yang mengandungi Vitamin C didalamnya yang mana vitamin C ini berfungsi sebagai ejen imunisasi badan dalam membantu pertumbuhan sel-sel badan.. Seperti yang kita ketahui, penghidap kencing manis akan berhadapan dengan masalah luka sukar sembuh.. Maka dengan pengambilan vitamin C yang mencukupi, maka sel badan dapat membantu merawat luka-luka yang terjadi tadi..

Dalam keaadaan kegawatan ekonomi, untuk membeli stevia yang agak mahal dipasaran adalah berat bagi mereka yang mempunyai kekurangan dari segi kewangan.. Namun, dengan adanya produk STEEVYA, maka tiada lagi masalah bagi semua individu untuk berubah menjadi lebih sihat.. Kerana, produk STEEVYA ini dijual pada harga yang amat berpatutan.. Hanya dengan RM 49.00 sahaja, anda boleh mendapat sebotol stevia semulajadi dengan 50ml yang mana sebotol ini sudah mencukupi untuk kegunaan sekeluarga selama 2 - 3 minggu (berdasarkan penggunaan 2x sehari bagi 3 ahli keluarga)..

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA? Layari website ini: www.steevya.net Ingin membeli secara online produk STEEVYA? Layari: www.steevya.com   Masih sempat untuk anda semua melakukan langkah pencegahan dalam badan anda.. Gantikan penggunaan gula kepada penggunaan STEEVYA yang lebih baik dan bebas kalori serta selamat. Jagalah kesihatan anda. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan dengan STEEVYA.. Selamat mencuba!  

TESTIMONI STEEVYA


 

 

 

 

 

Read more ...

Saturday, 15 July 2017

Bila Mengantuk Di Pejabat

Assalamualaikum w.b.t.. Kali ni nak buat entri berunsur diari sikit.. Hehe.. Tak tahu kenapa kat office ni rasa sejuk giler lak.. Orang lain takde lak bagtau apa-apa.. Rasa macam nak buka pintu office dan keluar ambil udara panas.. Haha.. Kalau kat rumah macam ni, terasa best kalau dapat buat macam gambar di bawah.. Tapi biasanya kalau kat rumah pun, takdenya nak tidur sebab anak-anak sure ajak teman main.. Hehe..


Kalau bukan puasa sunat syawal hari ke-6 hari ni, memang awal-awal dah buat kopi panas dan letak tepi pc ni.. Tapi tak boleh la pulak hari ni.. Tapi takpe, janji dapat tunaikan puasa 6 ni, alhamdulillah.. Ngantuk ke apa ke, ada ubat lain kan.. Esok hari Raya lagi! Hehe.. 

Korang pernah ke tidur kat office macam ni.. Masa lunch break la? Kalau Eraz, memang tak boleh lelap mata.. Tak selesa.. Batal tu hanya untuk sendal belakang di kerusi je.. Tapi bila sekali sekala try bantal empuk tu letak kat kepala, tak mustahil hanyut kot.. Haha..

Read more ...

Thursday, 13 July 2017

Bila FB Throwback Gambar Fotografi Outdoor

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Tahun 2017 ni merupakan ulang tahun perkahwinan Eraz yang ke - 6 tapi bukan bertarikh hari ni.. Tarikh nya hujung bulan lepas.. Tapi kenapa hari ni disebut-sebut? Sebabnya tiba-tiba En. Facebook ni buat throwback letak gambar 6 tahun yang lepas dengan gambar fotografi outdoor kami.. Eraz dan wife memang upload lambat sebab nak tunggu gambar-gambar fotografi outdoor ni..


Itu merupakan salah satu gambarnya la.. Alhamdulillah hasil yang diberikan oleh jurukamera memang terbaik.. Gambar, latar belakang, suasana dan pengantinnya semua terbaik.. Haha.. Eraz kaku la sikit masa tu sebab tak biasa kan.. Lokasinya memang cantik.. Walaupun hidup di Kelantan, Eraz first time sampai sana..

Jurukamera memilih Pantai Senok, Bachok, Kelantan.. Masa tu memang tak sepopular sekarang.. Takde orang pun masa kami duk shooting tu.. Tapi sekarang agak popular la.. Cumanya biasa la ada segelintir yang buat onar dengan buang sampah merata.. Merosakkan permandangan je.. Imej pun rosak..

Masa kami pergi ni, memang dah cantik.. Tapi masa ni orang belum explore habis lagi.. Apa2 pun hasil, memang terbaik! Puas hati.. Kenangan sampai bila2 ni.. Tapi tiba2 terfikir CD softcopy duk kat mana.. Haha.. Ya la, masa banjir dlu, memang banyak barang rosak kan.. Errmmmm....
Read more ...

Tuesday, 11 July 2017

Kenapa Si Kecil Suka Sangat Buka Peti Ais?

Kenapa Si Kecil Suka Sangat Buka Peti Ais? | Assalamualaikum w.b.t.. Peti Ais dengan si Kecil memang tak dapat dipisahkan kot.. Anak-anak Eraz sendiri pun memang dua-dua tu memang tak boleh kalau nampak peti, terus nak buka.. Kakak Zara dah ok dah sekarang, tapi tukar la pulak turn kepada Adam Fitri.. Tapi kalau tak panggil atau larang sikit, memang duduk kat situ la jawabnya.. Haha..

Kenapa Si Kecil Suka Sangat Buka Peti Ais?

Anak-anak korang macamana? Dalam sehari tu, berapa kali mereka pergi buka peti ais.. For sure korang rasa tak selesa kan.. Risau pun ada.. Macam-macam rasa.. Budak kecil biasa la, kalau dah buka peti ais, memang dia akan explore habis-habisan.. Tak mustahil juga akan tumpah sesuatu.. Haha.. So hari ni Eraz nak share kepada mereka berbuat demikian.. Puncanya la.. Lepas dah tahu apa puncanya mungkin boleh buat langkah pencegahan dan keselamatan untuk elakkan anak daripada mendapat bahaya..

Ini apa yang Eraz baca dan boleh share dengan korang semua.. Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin menyebabkan si kecil kita dari usia 10 bulan hingga 6 tahun sangat suka buka pintu peti ais.. Ini antaranya:

1. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi

Bayi dan kanak-kanak memang terkenal dengan sikap ingin tahu mereka yang tinggi.. Mereka asyik lihat papa dan mama buka pintu peti ais jadi keinginan untuk mencuba turut ada dalam fikiran mereka. Bila dapat peluang memang tak akan dilepaskan..

2. Menarik perhatiannya

Bentuk objek peti ais itu sendiri sangat menarik perhatian si kecil.. Apatah lagi jika selalu memerhatikan orang dewasa buka dan tutup pintu peti ais serta mengeluarkan pelbagai barangan daripadanya..

3. Kagum dengan pencapaian sendiri

Biasanya mula-mula si kecil hanya kerap berdiri depan peti ais sambil cuba membuka pintunya tetapi tidak berjaya.. Namun, hasil tak mengenal erti putus asa jangan terkejut kalau anak anda akhirnya berjaya membuka sendiri pintu peti ais.. Kali pertama berjaya, anak anda akan ketawa gembira dan bangga dengan pencapaiannya.. Selepas itu mereka akan jadikan tabiat buka peti ais sebagai satu aktiviti wajib setiap hari.. Bertabahlah mama!

4. Cari makanan atau minuman kegemaran

Mereka tahu dalam peti ais ada banyak makanan dan minuman yang disimpan oleh papa dan mama. Mungkin juga ada makanan dan minuman yang mereka tidak dibenarkan makan.. Jadi si kecil berusaha untuk mendapatkan makanan dan minuman kegemarannya di dalam peti ais..

5. Melatih kemahiran tangan

Dari sudut positif, kebolehan si kecil membuka pintu peti ais adalah satu bentuk kemahiran motor halusnya apabila mereka semakin mahir menggunakan tangan.. Jadi, tabiat membuka pintu peti ais boleh juga menjadi satu rangsangan positif pada perkembangan kemahiran tangannya..

6. Si kecil memang bijak

Bukankah sikap semula jadi si kecil memang meniru perbuatan orang dewasa.. Sebenarnya mereka sedang meneroka persekitaran dan belajar banyak perkara daripadanya dan sememangnya si kecil anda budak bijak!

Ok tak punca-punca tu? Macam menarik je kan.. Anak-anak Eraz kalau kali pertama berjaya buka peti ais tu sendiri, memang boleh recall la macamana reaksi mereka.. Tapi.. Kalau dah sampai kerap sangat buka peti ais tu, bahaya juga.. Kena ambil langkah berjaga-jaga la pulak.. Kita la kena pastikan keselamatan mereka..

Kenapa Si Kecil Suka Sangat Buka Peti Ais?
Gambar Hiasan - Sumber En. Google

Berikut antara langkah keselamatan yang mesti dilakukan bagi mengelakkan anak diancam bahaya.. Insyaallah.. Sama-sama kita praktikkan..

1. Jangan biarkan anak berseorangan di dapur kerana bimbang dia akan buka dan masuk dalam peti ais.

2. Jauhkan plug peti ais daripada jangkauan si kecil..

3. Jangan simpan ubat atau sebarang makanan/minuman yang tidak sesuai untuk anak kecil dalam peti ais..

4. Jika boleh segala makanan/minuman dalam botol/bekas kaca jauh daripada capaian anak bila dia membuka peti ais..

Wassalam.. Semoga entri ini membantu dan memberi maklumat kepada semua..

Kredit : PA & MA
Read more ...

Monday, 10 July 2017

Cabaran Bersiap Awal Pagi - Bila Ada Anak Kecil


Assalamualaikum w.b.t.. Cabaran ni memang akan berlaku pada semua ibubapa yang ada anak kecil.. Ini terutamanya pada ibubapa yang kedua-duanya bekerja.. Kalau salah seorang tak bekerja, better la kot.. Macam kami yang dua-dua bekerja ni dan office hour pula tu, memang agak mencabar la.. Ini baru anak dua.. Tapi alhamdulillah, semua terkawal.. Tapi tak boleh nak sampai office tersangat awal la.. On time tu biasa.. Haha..

Pagi-pagi kena kejutkan anak-anak dengan baik sebab kalau mereka bad mood, kacau la aktiviti seharian dia nanti dan kita sendiri nak bersiap pergi kerja pun akan terbantut.. Kejut elok-elok, offer kalau mereka nak susu.. Kalau macam liat nak pergi mandi terus, offer mereka buat aktiviti mereka suka dulu selain minum susu, tengok tv dulu ke..

Then macam Eraz, memang kami biasa buat kalau sorang mandikan, sorang lagi siapkan.. Senang kan.. Kerjasama.. Bila anak dah terbiasa, dengan siapa-siapa pun dia boleh bersiap.. Biasa kalau kami, Adam la dulu akan dimandikan sebab memang request dari Kakak Zara.. Bila Adam mandi, barulah Kakak Zara akan mandi.. Bila mereka dah siap, bagi mereka buat apa mereka suka, baru la kami boleh bersiap..

Cabaran lain kalau tiba-tiba dah bersiap, Adam buang air besar la pula.. Tak kan nak bagi dia naik kereta macam tu je kan.. Mesti la kena bersihkan dulu.. Buang semula stoking, lepat lengan baju, lepat kaki seluar dan semua yang perlu la.. Basuh-basuh bagi wife lak siapkan sebab jenis Adam, kalau nak basuh berak pun, mesti semua kena buat baju seluar sebab dia akan main air.. Sebab tu kalu wife yang kena basuh, memang sampai tudung la basah.. So Eraz bantu..

Kalau masa nak keluar tadi awal, disebabkan kena masuk bilik air semula, delay la kami sampai ke office.. Kami jarang keluar asing-asing walaupun dengan kereta masing-masing.. Wife biasa anta Adam, Eraz hantar Zara.. Tapi hari ni, dua-dua nak naik kereta Eraz.. Haha.. So tak kisah la.. Wife boleh terus ke tempat kerja sebab tempat kerja dia memang susah cari parking dan masuk awal sikit.. Balik nanti, wife akan ambil dua-dua sebab dia balik awal..

Banyak lagi cabaran sebenarnya.. Tapi inilah pengalaman yang akan dikenang bila mereka dah besar nanti.. Mesti rindu punya.. 
Read more ...

Sunday, 9 July 2017

AFMegastar | Himpunan Semua Bekas Pelajar AF

AFMegastar | Himpunan Semua Bekas Pelajar AF
AFMegastar | Himpunan Semua Bekas Pelajar AF

AFMegastar | Himpunan Semua Bekas Pelajar AF - Assalamualaikum w.b.t.. Baru ni ada terbaca dalam satu blog pasal AFMegastar ni.. Bila baca details, macam sangat menarik ni.. Rasanya AFMegastar ni akan menjadi kenyataan sebab ramai bekas pelajar AF dari musim pertama sampailah ke AF 2016.. Katanya pada awal Julai baru ni, semua mereka telah hadir untuk ujibakat semula untuk pihak produksi memilih peserta AFMegastar yang terbaik dari segi vokal dan persembahan.. Harap bukan populariti semata-mata..

Bila akan mula berlangsung tu, belum pasti lagi.. Katanya dalam Instagram Pak Nil ada terselit video ujibakat nyanyian Amylea AF 3 dan Bob AF 2.. Tapi muka tidak dipaparkan.. Hanya suara kedengaran.. Dalam Harian Metro 08 Julai 2017 semalam, Idayu AF 3 ada memberitahu juga telah hadir pada ujibakat berkenaan.. Bekas pelajar AF dulu memang ramai berbakat cuma tidak dapat diketengahkan.. Harap AFMegastar akan membantu bekas pelajar AF yang terbaik ini menjadi yang terbaik! 

Mungkin juga sudah tidak ada program AF 2017 sebab mesti Astro akan ketengahan AFMegastar ni kan.. Adakah mereka akan dikurung masa pelajar AF? Rasanya macam tidak kot sebab ramai mereka dah bekeluarga dan mungkin yang ada business sendiri kan.. Maybe akan jadi macam peserta Gegar Vaganza.. Bebas! Setiap hujung minggu, ada konsert.. Tapi semua tu belum terjawab.. Hanya produksi AFMegastar sahaja yang tahu.. So tunggu..
Read more ...

Saturday, 8 July 2017

DeXandra Perfume Selamat 'Terbang' Kepada Pembaca Bertuah ERAZFADLI.COM

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah minggu lepas sudah selamat poskan DeXandra Perfume kepada Dua Pembaca ERAZFADLI.COM yang mana telah meninggalkan komen dalam ranking dua terbanyak sepanjang bulan Jun 2017 yang lepas.. Alhamdulillah.. Ianya sebagai satu penghargaan kepada mereka yang sudi singgah di blog Eraz dan meninggalkan kesan.. Satu perfume sudah mendarat dan satu lagi insyaallah akan dapat hari ni dan esok.. Semoga mereka berpuas hati dengan bau yang Eraz pilih.. Itu diantara yang Top Selling..

Untuk Bulan Julai 2017 ini, Eraz akan kekalkan gift kepada dua orang juga yang meninggalkan komen tertinggi di blog ini sepanjang bulan Julai 2017 ini.. Untuk bulan ni, kita masih kekalkan untuk hadiahkan DeXandra Perfume.. So! Hari ni baru 08 Julai.. Jauh lagi nak sampai 31 Julai kan.. So semua orang berpeluang untuk merasa wanginya DeXandra Perfume ni.. Hehe.. DeXandra di antara nama yang sedang orang sebut-sebut.. 



By the way, siapa-siapa yang nak order DeXandra Perfume, boleh whatsapp Team kami terus.. Dan kami akan respon serta boleh suggest jika tak sure nak dapatkan perfume yang jenis macamana.. Ada banyak pilihan sebenarnya.. Whatsapp terus ke no. 017-977 3382.. Nanti bagitahu dapat info dari blog ERAZFADLI.COM.. Dapat FREE POSTAGE!!!! FREE GIFT? Try whatsapp dulu ok.. Hehe.. 

Siapa yang nak jana pendapatan sebagai agent dropship, pun boleh whatsapp ke no. 017-977 3382 juga.. Margin keuntungan sangat tinggi.. Surirumah pun ramai join.. Insyaallah dapat membantu suami kan.. Student pun ada.. Macam-macam background..
Read more ...

Friday, 7 July 2017

Nasib Orang Memberi Hutang

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya entri ni ada dalam draf dari tahun 2015 lagi.. Tapi entah mengapa la agaknya Eraz tak poskan kepada umum.. Bila buka balik dari draf, memang ayat-ayat yang Eraz kaitkan pada isu semasa masa tu dah tak releven.. Hehe.. So kali ni, kita delete semua yang ditulis, tinggal gambar je.. Fokus pada tajuk entri, Nasib Orang Memberi Hutang..

Perkara biasa kot berlaku hal ini.. Gambar di bawah ni Eraz jumpa di Facebook je masa tu.. Terus copy masuk dalam draf blog.. Gambar berkenaan menyenaraikan dilema yang dialami oleh orang yang memberi hutang kepada kawannya.. Dah la berbakti kepada kawan, tapi mendapat nasib yang kurang baik pula kan.. Tapi, kepada sesiapa yang membaca entri ini dan dialah yang meminjam wang kawannya, sila la bertindak mengikut apa yang sepatutnya.. Jom baca sikit :


#SalamJumaat

#Akhirnya entri draf 2015 publish!!
Read more ...

Thursday, 6 July 2017

TAG La, 'Ubat' Orang Pelupa

TAG La, 'Ubat' Orang Pelupa | Assalamualaikum w.b.t.. Pernah tak dalam hidup korang pernah terlupa letak barang.. Cari punya cari sampai bersepah rumah tapi tak jumpa.. Kalau jumpa tu syukur.. Tapi kalau tak jumpa??? Atau anak kecil main dan dia tak tahu letak kat mana barang tu? Pernah pernah kan walaupun hanya sekali.. Jangan tipu! Cuba citer.. Hehe.. Ok! Hari ni Eraz nak buat entri pasal 'ubat' orang pelupa ni terutama yang selalu lupa mana la dia letak barang.. Hehe.. Biasanya kunci rumah, kunci kenderaan atau handphone!

Ini penyelesainya.. Percaya atau tidak Eraz nak cerita ni, korang boleh 'panggil' barang yang korang tak ingat letak kat mana tu.. Mudah je.. Guna TAG La! Memang bergunalah benda ni.. Kali pertama dengar ke TAG LA ni? Meh ni cerita sikit.. Korang mesti berminat punya..


TAG La ni merupakan satu alat Bluetooth Tracker, yang telah direka untuk menjadi 'ubat' kepada orang untuk mencari barang hilang sepantas mungkin.. Fungsi TAG La ni boleh kata lebih kepada memberitahu kepada kita kedudukan barang yang kita tinggalkan atau yang kita cari tu.. Tak percaya ke? Kena cuba.. Mana fungsi TAG La ni..?


Macam mana fungsi TAG La..?

PERTAMA
Korang boleh letakkan TAG La dalam beg, wallet atau barang berharga korang yang lain.. Biasa barang yang kita selalu guna la..

KEDUA
Kalau barang korang berada dalam lingkungan 75 kaki dan korang nak cari barang tu, gunakan "tracker" dan cari! TAG La akan berbunyi yang mana memudahkan korang buat carian!

KETIGA 
Handphone.. Pentingkan.. Tak jumpa? Haaa... Tekan mana-mana satu TAG La yang aktif untuk membuat handphone yang 'hilang' tu berdering.. Walaupun ia pada mode senyap.. Menarikkan..

KEEMPAT
Dengan TAG La juga, korang boleh menandakan lokasi terakhir korang, aplikasi ini secara automatik mencatat waktu terakhir dan tempat terakhir korang meletakkan barang tu.. Jadi, jika korang berhenti di suatu tempat dan kehilangan sesuatu, korang boleh tahu nak cari kat mana..

KELIMA
Boleh digunakan untuk selfie.. Dengan TAG La juga korang boleh mengambil gambar yang sempurna.. Wow.. Sbb TAG La berfungsi utk jd remote yg boleh diakses dr jauh.. Cayalah!!


Tapi.. Sebelum menggunakan TAG La ni, korang kena la dulu download aplikasi TAG La application.. Ikut cara gambar di atas ya.. Dari situ, baru la korang boleh dapat aktifkan TAG La korang.. Kalau korang masih lagi kurang faham tentang TAG La, korang boleh tengok video promo yang dorang buat.. Memang menarik!



Macamana? Mudah, Menarik dan Da Boom kan.. Memang memudahkan kerja kita mencari dengan adanya TAG La ni.. Eraz memang dah ada satu warna favourite Eraz ni, biru.. So! Korang pun rasanya kena la ada juga.. Mana tahu memang berguna di saat korang memerlukan.. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :

Laman Web Rasmi : https://tagla.com.my/

Tidak risau lagi dengan adanya TAG La..
Read more ...

Wednesday, 5 July 2017

Siapa 'mdrop'?

Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya hal ni dah ramai yang tahu kot.. Tapi mungkin ada juga yang belum tahu.. So Eraz citer la juga kat sini sebabnya Eraz memang baru tahu.. Hehe.. Kisah insan yang bernama 'mdrop'.. Berkaitan dengan pos Laju.. 

Dah lupa samada sebelum raya ke lepas raya, ada beli satu barang melalui Lazada ke 11street.. Dah lupa dah.. Tapi dapat selepas raya.. Dapat email notification kata barang dah shipping.. So diaorg bagi la Tracking No.. Biasa Tracking No ni bermula dengan EN, EP kan.. Tapi kali ni LG.. Pelik tapi benar bagi yang belum tahu cerita.. 

Tak was2 sebab bila semak tracking, ada rekod.. So tunggu je la abg pos laju datang hantar barang ke pejabat.. Dan semalam masa semak tracking, barang dah sampai.. "Items delivered to mdrop".. Ok dah sampai.. Tapi kenapa tak staf bawa ke workstation kan.. Tapi siapa 'mdrop'?? Misteri.. Barang tak de, tapi status tak sampai.. Tak ke pelik.. Haha..


Fikir punye la fikir.. Rupa-rupanya abg Posmen dah dropkan barang tu guna Pos Ekspress rupanya di Pondok Pengawal.. Patut la ada penerima nama 'drop'.. 'm' tu tak tahu apa maksudnya.. Ingatkan Mohd ke apa kan.. Haha.. Patutla Tracking No. tu bermula LG, lain dari biasa.. Itu la kisahnya semalam.. Mesti ramai tak tahu hal ni kan.. Tapi Eraz first time tahu.. Hehe..
Read more ...

Tuesday, 4 July 2017

Perlukan Kereta Yang Lebih Besar Ke?

Assalamualaikum w.b.t.. Bila travel ke luar Kelantan untuk beberapa hari, terus terfikir akan anak-anak serta bagasi.. Cukup ke dalam bonet? Selesa ke anak-anak.. Ya la, barang mungkin boleh adjust.. Tapi anak-anak, kesian la kalau tak selesa.. Memang dah ada yang suggest supaya beli kereta yang lebih besar.. Tapi pendapat sendiri, lain pula.. 

Alhamdulillah.. Kereta yang Eraz pakai sekarang dah habis bayar loan bank.. So memang tak terikat dan bulan-bulan dah bebas dari hutang.. Lega.. Keadaan kereta pun alhamdulillah sangat ok.. Tak pernah buat hal.. Sekali sekala tu ada la.. Biasa kalau kereta dah habis bayar kan.. Tak boleh lari dah.. Kereta wife pula, ...

Kereta wife pula pun sama juga.. Alhamdulillah dah habis bayar.. Walaupun tak besar, tapi cukup untuk wife drive pergi kerja dan bawa tempat-tempat sekitar Kelantan ni.. Alhamdulllah juga tak buat onar sangat.. So rasa macam sayang giler la pada dua-dua kereta ni..


Gambar di atas tu masa on the way balik ke Kelantan masa raya baru ni.. Adam masih kami letakkan dalam car seat sebab memang dia patut ada dalam tu.. Haha.. Dan dia sendiri pun ok.. Tak de la kata buat perangai menangis nak keluar dari cari seat.. Kakak Zara dah duduk sendiri kat belakang.. So kalau bab nak tidur, Adam tidur dalam car seat...  Kakak Zara akan tidur landing atas tilam yang kami sediakan.. Nampak macam selesa je walaupun Zara tak boleh nak luruskan kaki sepenuhnya.. 

Bab barang memang tak payah cakap la.. Sebab Raya kali ni memang dari malam raya sampailah ke raya ke 5, kami memang tak balik rumah.. Ulang alik dari rumah Ma Abah Eraz, rumah Ma Mertua dan terus ke Terengganu.. Bonet penuh dah bahagian kaki di belakang pun penuh.. Setakat ni boleh kata cukup la space tu..

So perlukan kami berdua timbulkan lagi isu supaya belikan kereta baru yang lebih besar? Kena buat loan lagi.. Terikat bulan2 paling tidak 9 tahun kan.. Next year tak sure samada Adam masih perlu duduk dalam car seat atau tidak.. Keputusan kami, bukan sekarang.. Sekarang kami selesa dengan kereta sekarang dan semoga Allah berikan kelancaran kereta berkenaan baik-baik sahaja.. Hehe..

#Coretat
Read more ...

Monday, 3 July 2017

Tahniah kepada Dua Pembaca ERAZFADLI.COM


Assalamualaikum w.b.t.. Seperti yang dijanjikan dalam entri ini, ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017, hari ini Eraz akan senaraikan dua orang pembaca yang meninggalkan komen terbanyak di entri-entri blog erazfadli.com sepanjang bulan Jun 2017.. Kiranya ada gift kecil la untuk Raya 2017 ni ok.. So ini Top 5 nya dan Top 2 akan mendapat sebotol seorang DeXandra Perfume ok.. Tahniah :

No.  1 : aziekz (21)
No. 2 : Lisa Nurulain (21)
No.  3 : mrhanafi (13)
No.  4 :Maha Mahu (13)
No. 5 : Kin Naz (9)

So kepada Aziekz dan Lisa Nurulain, boleh whatsapp kepada Agen Berdaftar DeXandra Perfume ini, no. 017-977 3382 maklumat seperti Nama. Alamat dan No. Telefon untuk tujuan pengeposan.. Nanti mereka akan respon ok.. Tahniah sekali lagi..

Bagaimana dengan Bulan Julai 2017? Rasa-rasa ada lagi ke yang nak cuba potong jumlah komen Aziekz dan Lisa Nurulain? Atau orang yang sama akan dapat kalau Eraz nak bagi gift lagi? Hehe.. Takpe, untuk Bulan Julai 2017 ini, Eraz nak belanja korang lagi DeXandra Perfume.. Tapi masih terhad untuk 2 orang la.. Kira Top 2 ok.. So jom ramai2 meriahkan entri-entri blog erazfadli.com ok!

Siapa nak order DeXandra Perfume, hari ni hari terakhir SALE RAYA 2017 ya.. Hanya RM 100 sahaja untuk 2 botol.. So jangan pula menyesal bila harga dah kembali asal.. Whatsapp terus ke no. 017-977 3382.. Nanti bagitahu dapat info dari blog ERAZFADLI.COM.. Dapat FREE POSTAGE!!!!

Read more ...

Saturday, 1 July 2017

DeXandra Perfume Murah !

Assalamualaikum w.b.t.. Entri khas hari Sabtu untuk pengguna DeXandra Perfume dan juga bakal pengguna DeXandra Perfume.. Ini kira hari-hari terakhir untuk korang dapatkan DeXandra dengan harga yang sangat murah! Hanya guna RM 100, dah boleh dapat 2 botol besar 35 ml.. Dan banyak jenus bau yang ada untuk korang pilih.. Sale Ramadhan dan Raya ni dah berjalan selama hampir sebulan dan akan tamat pada 03 Julai ini..


Inilah masanya korang nak dapatkan DeXandra Perfume sebabnya harga tengah rendah giler.. Berbaloi-baloi orang kata kalau nak beli.. Kalau memang korang setia dengan DeXandra, better beli lebih dari satu untuk simpan stok perfume lepas habis sebab bila tarikh promosi tamat, still boleh beli tapi dengan harga biasa la..

Harga Biasa :

Semenanjung : RM 65 sebotol / RM 120 dua botol
Sabah / Sarawak : RM 70 sebotol / RM 130 dua botol

HARGA PROMOSI SALES RAYA :

Semenanjung : RM 55 sebotol / RM 100 dua botol
Sabah / Sarawak : RM 60 sebotol / RM 110 dua botol

Nak dapatkan FREE POSTAGE? Boleh.. Takde masalah.. By the way kalau free postage ni kira macam korang pergi beli dikedai la kan.. Ini lagi best, order je online then perfume sampai depan mata tanpa bayar duit pos pun.. So special kepada pembaca blog ini akan dapat FREE POSTAGE.. So untuk tahu korang dapat tahu maklumat dari blog ini, korang ikut arahan ini semasa whatsapp :

TAIP, "DEX ERAZFADLI.COM" dan hantar ke 0179773382

Mereka akan reply message korang dan layan apa sahaja korang nak tanya ok.. So tunggu apa lagi.. Dapatkan DeXandra Perfume korang sekarang.. Inilah masanya korang nak beli kalau dah nak hampir habis atau nak try kan.. Kena cepat.. 


TAIP, "DEX ERAZFADLI.COM" dan hantar ke 0179773382 SEKARANG!!!
Read more ...