Friday 23 June 2017

ZaraAdam | Bila Dapat Topi Baru

Assalamualaikum w.b.t.. Inilah budak-budak.. Bila dapat satu benda yang baru, memang akan ulang la guna or pakai sepanjang petang tu.. Ini kisahnya pada satu hari, kami keluar dan nampak banyak topi.. Design memang untuk budak2 sebab imej kartun.. So memang teruja la terutama Zara bila kami suruh pilih.. So Zara memang terus pilih design Frozen dan warna cantik kegemaran Mama dia iaitu Ungu.. Adam pun sebab dah memang minat Upin Ipin, terus la nak yang tu.. Bila tengok semua gambar watak kat topi, memang semua dia tahu nama la..


Ini Adam.. Sampai je rumah, kami bukak topi.. Then lepas tu, dia cari balik dan bawa naik ke sofa.. Terus pakai sambil tengok Upin Ipin.. Dia tak sedar Eraz snap gambar ni.. Pakai topi style terbalik tu pun dia sendiri pakai.. Pengaruh siapa, tak tahu la.. Banyak juga berjaya snap gambar budak ni main2 dengan topi.. Ke depan, ke belakang, semua ada.. Heppy betul dia.. Tapi yang tak best, malamnya nampak topi tu dah terconteng.. Hehe..


Ini Zara.. Masa duk senyap2 tangkap gambar Adam, Zara nampak.. So mula la suruh Papa ambil gambar dia pula.. Macam2 la pulak Papa kena layan.. Hehe.. Warna topi pun dah matching dengan baju dah.. Disebabkan dia pilih sendiri topi tu, memang dia suka.. Itu semua berlaku pada hari beli ya.. Tapi kalau tengok kan hari, rasanya mereka tak pakai dah.. Cuma bila teringat je cari.. 

8 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.