Monday, 26 June 2017

Dapat Gift Hari Raya dari Agen Prudential BSN Takaful

Assalamualaikum w.b.t.. Salam 02 Syawal kepada semua.. So macamana hari ni? Dah siap- siap keluar beraya ke? Biasanya kalau di Kota Bharu ni, semalam (Hari Raya Pertama), trafik atas jalan raya tu takde la teruk sangat.. Kalau nak merasa teruk, haaaa, hari ni la jawapannya.. Try la tanya geng Kelantan yang lain, insyaalah akan dapat jawapan sama.. Hari semua akan berpusu-pusu keluar menuju ke rumah sanak saudara..

Eraz sendiri pagi ni di Kota Bharu tapi lepas Zohor ni insyaallah akan drive ke Machang lagi.. Harapnya tak sangkut lama la.. Bekalan makanan mengunyah memang akan selalu sedia.. Orang kata nak bagi ubat stress dan mengantuk.. Semestinya makanan kegemaran untuk mengunyah la.. Hehe.. By the way, berbalik kepada tajuk entri hari ni, Dapat Gift dari Agen Prudential BSN Takaful..


Alhamdulillah, tak sangka juga dapat gift dari Agen Prudential BSN Takaful kami.. Agen ni memang kawan Eraz masa kami belajar di Kolej Matrikulasi Melaka dulu-dulu kala.. Ada ramai juga kawan-kawan yang jadi Agen Prudential BSN Takaful ni.. Tapi Eraz pilih dia sebab dia kawan dan dia tinggal berdekatan serta buat secara full time.. So senang la kalau jadi apa-apa kan.. Masa Eraz warded di KPJ Perdana Specialist Hospital, Kota Bharu tahun lepas pun, dia sempat datang melawat dengan hamper besar dia.. Hehe..


Bukan senang juga kami sekeluarga nak mulakan dengan Prudential BSN Takaful.. Selepas Adam lahir, barulah decide nak mula.. Juga memikirkan masa depan, so kami spend duit bulanan untuk ini.. Insyallah kalau berlaku apa-apa pada Eraz, anak-anak dan isteri ada back up.. Untuk anak-anak pun ada sekali untuk back up pendidikan mereka selain kami menabung setiap bulan untuk SSPN.. Alhamdulillah.. Terima agen ku untuk gift hari Raya..

Salam 02 Syawal.. Kosong-Kosong..

7 comments:

  1. Ada takaful sebagai persediaan untuk menghadapi masa masa yang tidak terduga..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah.rezki kek syawal tu...mmg kna bt persediaan utk sebrg kmungkinan...btw..slmt gumbira dgn sanak saudara😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kire macam saving la untuk mereka kalau apa2 berlaku kan..

      Delete
  3. wahhhh best gift tu...raya kelate ke...sama la kita..ni pun bru balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelantan dan Terengganu.. Hari ni dah masuk kerja.. :)

      Delete
  4. Dapnya kek. Insurans sangat penting untuk cover sebarang kemungkinan yang kita tak jangka. Tak semua orang tahu benefit insurans ni kan

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.