Saturday, 17 June 2017

Bojen Raya | Elak 'Last Minute'

Bojen Raya | Assalamualaikym w.b.t.. Setiap tahun kalau nak raya, for sure semua lelaki tak kira budak2, remaja, tua, muda nak bojen raya kan.. Ya la, masa hari raya, nak la smart2.. Tak kan nak serabai dengan rambut tak teruruskan.. Tapi tak semua orang la.. Bagi yang tak kisah, diaorg ok la.. Tapi bagi yang biasa bojen cun punya, mesti akan ke kedai gunting atau salon juga sebelum hari raya.. Dah boleh agak la kan apa maksud bojen kan.. Bojen tu bahasa Kelantan.. Orang luar panggil, fesyen la.. Itu je..

Eraz sendiri semestinya ada pengalaman tak sempat nak gunting rambut ni.. Ya la, bila dah nak raya, penuh la kedai2 gunting dan salon.. Kalau mood malas menunggu, redha dan pasrah je la.. Huhu.. Tapi siap sedia la kena sikit dengan Abah.. Abah paling tak suka anak lelaki atau cucu lelaki dia berambut tak kemas.. Membebel la sikit.. Dah biasa kena.. Haha..


Tapi tahu ni, kita tukar plan sikit.. Gunting rambut awal.. Pertama sekali, settlekan anak lelaki yakni Adam Fitri dulu.. Ini kali ke lima rasanya dia gunting rambut.. Yang pertama, Eraz sendiri yang botakkan.. Dibantu oleh isteri.. Lama juga nak siapkan.. Kali kedua dah pergi kedai gunting.. Kali kedua, menangis! Tapi tetap settle.. Kali ketiga, ok pula dia tak menangis.. So kami mengandaikan seterusnya akan ok la.. Tapi sebenarnya kali keempat dan kelima, masih menangis.. Haha.. Tapi tetap settle gunting.. Dia menangis je.. Tak sampai menghalang pakcik tu gunting rambut.. 

Papanya sendiri.. Dalam gambar tu masih berambut panjang.. Tapi alhamdulillah, kali ni settle awal juga.. Tak tunggu 2, 3 hari nak raya.. Seminggu raya tu kira awal la bagi Eraz.. Selalu last minute.. Hehe.. Korang dan anak2 macamana? Cu citer..

32 comments:

  1. Biasa kedai gunting rambut akan full ha time2 dekat nk raya ni ..make sure kena buat pesediaan cepat2 kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal.. Kalau tak nak menunggu lama, better la pergi awal kan.. Hehe..

      Delete
  2. saya dah gunting rambut 2 minggu lebih awal..

    takut tak sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus2.. Awal2 la bagus.. Tapi ada juga jenis lelaki yang cpt naik rambut.. Kang smpi raya, dah tak kemas balik.. :)

      Delete
    2. Rambut saya lambat tumbuh bro.. Usia dah tua juga nie..

      Delete
    3. Saya lagi tua kot.. Hehe..

      Delete
  3. Oo maksud bojen berfesyen. Ingat ape la tadi. Sorry kinah tak tau huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kin Naz, saya pun tadi tak tau makna bojen.

      Delete
    2. Kin Naz, haah.. Maksud fesyen.. Hehe..

      Delete
    3. Adam, Kelantan je kot guna perkataan tu.. Mungkin la..

      Delete
  4. Tak kira lelaki perempuan, tua muda, rambut mesti kemas. Rambut sebahgian dari penampilan. Saya bergunting enam bulan sekali. Walau pun nampak panjang tapi saya jaga dgn kemas. Raya ni saya tak bergunting sebab masih pendek.

    Anak kecik elok berambut pendek supaya dia tidak rimas. Pun nampak lebih cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6 bulan skali tu agak lama.. Tapi mcm sy kata kat atas, atas org kan.. :)

      Delete
  5. mmg full house la kedai gunting dkt raya ni...

    ReplyDelete
  6. Baru tau makna bojen tu apa....
    Tengok rambut Eraz tu oklah tak lah serabai pun.

    Suami hakak sebok nak botak Raya ni....hish tak suka tau. Kang spoil gambo Raya pertama hihi....

    Salam Lailatul Qadar Eraz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Botak? Eraz tak pernah botakkan kepala lagi.. Hehe..

      Delete
  7. Rambut adik lelaki sy cepat panjang. Baru potong 2 minggu lepas, dah panjang. My mom suh bergunting lagi. Terus adik jadi stress asyik bergunting 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas sebenarnya p kedai gunting ni sebenarnya.. Kalau boleh gunting sendiri, kan senang.. Hehe..

      Delete
  8. bljr bahasa baru, bojen hihi..
    salam ramadhan eraz, lama xjenguk blog ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan.. Nanti kita blogwalking ok.. 😊

      Delete
  9. Syafi dah ayahnya mama dah nyanyi suruh potong rambut awal sampai harini x potong lagi huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe.. Soon sblm Raya mesti settle tu.. Hehe

      Delete
  10. huh..ye ko papa zara ngn adam ni?hihi

    ReplyDelete
  11. Bojen tak pernah dengar baru tahu hari ni heheheheh...

    ReplyDelete
  12. Baru ni potong rambut n cuci rambut... dah kene RM 52 boleh tahan mahal juga yea... kedai bukan salon femes pon , kedai biasa sahaja.

    ReplyDelete
  13. 6)semua barbershop...salon wanita penuh..fullhouse..nak raya kata :)
    bet..tganu tmbh g je "bojeng"...siap anjur free utuk sstgh kg..:)

    ReplyDelete
  14. lelaki ni rambut cepat panjang nti tk nampak potongan rambut tu. better gunting 2-3 hari sebelum raya... tp jgn salah gunting sudah hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau salah gunting, spoil la mood raya.. Hehe..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.