Tuesday, 6 June 2017

Biniku Ninja

Assalamualaikum w.b.t.. Biniku Ninja.. Bagi seorang yang tak baca novel ni, memang asing la.. Tetapi selepas Jihan Muse ada keluarkan kenyataan yang dia akan ke Eropah selama 45 hari untuk menjalani penggambaran drama bersiri, Biniku Ninja untuk siaran Astro Oasis, baru la tahu kisah novel ini dan ceritanya.. Tapi masa tu memang tak tahu sangat jalan cerita.. 

Tengok Jihan duk update gambar di Instagram, boleh bayang sikit2.. Watak Jihan seorang pelajar yang bertudung.. Dan adakala nampak dia bertudung labuh.. Ok.. Patut la pihak Astro Prima letakkan syarat yang mana hero dan heroin mesti suami isteri.. So berlakon pun kalau bersentuhan, tak de masalah la kan..

By the way, drama dan novel Biniku Ninja ni merupakan satu kisah benar.. Kalau kepada yang tak pernah tahu kisah benar ni, dan tak membaca novel ni, mesti tak tahu.. Sama macam Eraz.. Tapi lepas drama ni ditayangkan, baru tahu kisah siapa.. Meh Eraz bagitahu korang.. Ini merupakan kisah seorang lelaki bernama Andi Shah Azlan yang telah viral tahun 2015 pasal backpackers yang berkahwin selepas kenal 3 minggu sahaja.. Haaa.. Itu betul.. Satu kisah ni dah berjaya buat Eraz dan wife nak follow drama ni.. 


Kalau korang ke twitter Saudara Andi Shah Azlan tu, korang akan jumpa satu pos yang dipinkan.. Post bergambar tu ada selitkan 4 keping gambar yang mana gambar sebenar Andi Shah Azlan bersama isteri dan scene lakonan antara Jihan Muse dan suaminya, Ungku Hariz.. Ok, Eraz tepek kat sini..





Amacam? Sama tak? Tapi korang ada follow ke cerita ni.. Rasanya semalam baru Episod ke 4.. Biasa Eraz memang tak sempat tengok masa tayangan tu.. Tapi biasa la rekod kan.. Dan kalau korang terlepas dan tak dapat rekod, korang boleh tengok masa waktu sahur.. Ada ulangan.. 

Bagi Eraz, cerita ni menarik.. Kalau korang tengok 3 episod pertama, mereka tak ditemukan pun lagi.. Bermula dengan telefon serta video conference lebih kurang, Azlan terus tertarik dengan Sabatini dan terus melamar untuk berkahwin walaupun hanya kenal 3 minggu dan tak pernah bersua muka.. Azlan terus call bapa Sabatini untuk minta izin dan juga family.. Kisah selanjutnya, Eraz pun tak tahu lagi. Kena tengok dulu la.. Hehe..

Ok lah.. Tayangannya pada setiap hari Isnin hingga Rabu, Pukul 9.00 malam di Astro Prima dan Maya HD kalau tak silap.. Setengah jam sahaja.. Pergi terawih? Takpe, boleh rekod atau tengok ulangan ok.. Untuk tarik korang tengok, meh nak belanja sinopsis sikit..
Mengisahkan Azlan berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke UK setelah mendapat tawaran menyambung ijazah dalam aliran seni.
Azlan telah berjumpa dengan seorang gadis niqabis bernama Sabatini, semasa terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu Azlan kemudian menikahi gadis tersebut dan perkara itu membuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar.
Sebagai pasangan yang gemar mengembara, mereka mengembara ke negara-negara asing selain kemelut yang dilandai mereka sepanjang mereka hidup berdikari diluar negara

8 comments:

  1. saya nak follow drama ni sbb jihan yg berlakon. baru dpt tgk 2 ep

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Abe mula2 tgk pun sebab Jihan jugak.. Haha..

      Delete
  2. Cerita menarik.. Mengujakan untuk diketahui jalan cerita dalam tv

    ReplyDelete
  3. Ye lah adaptasi kisah benar pernah baca....

    ReplyDelete
  4. wahh nti la tengok . tp tengok online je la.. hehehhe.. tk suka iklan..

    ReplyDelete
  5. Ala jarang dapat tengok drama ni. Nanti nak cari novel ni la

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.