Friday, 30 June 2017

6 Syawal | Mula Kerja Semula

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Boss luluskan cuti bermula hari Raya sehinggalah semalam, 5 Syawal.. Kira dah panjang la tu bagi Eraz.. Tapi masih ada kawan-kawan yang masih bercuti raya kan.. So selamat berhari raya lagi ok.. Wife dan anak-anak masih lagi bercuti sehingga esok.. So dua hari ni mereka berada di rumah mertua la.. Sorry Papa kena kerja dah.. Huhu..


Alhamdulillah, tahun ni macam tahun-tahun sebelum ni, kami dapat beraya di Machang, Kota Bharu dan Kuala Terengganu tanpa sebarang masalah dari semua perkara.. Semuanya berjalan lancar sahaja.. Masa ke Kuala Terengganu tu ada la sangkut jammed di tempat yang biasa jammed, tapi its ok sebab hari tu memang itu je plannya.. Haha.. Memang dah jangka jammed, so lepas selesai ke majlis kahwin sepupu (Amalina & Haizal) di Machang, kami terus ke Kuala Terengganu lebih kurang pukul 1.30 ke 2,00 kot dan sampai di Kuala Terengganu, pukul 7.00 malam.. Lamakan.. Hehe..

Gambar Bersama Wife Masa On The Way ke Kuala Terengganu

Bila dah mula ke sana ke sini di hari Raya, wife memang dah siap packing baju untuk sehari sebelum hari sehinggalah 5 Syawal.. Terima kasih banyak-banyak sebab bukan senang kan nak buat semua tu.. Dan alhamdulillah semua kelengkapan complete! Takde yang tertinggal pun.. Dan masih ada baju extra.. Tapi kereta memang penuh dengan barang la.. Sib baik anak dua dan masih selesa la mereka di belakang.. Kalau tiga, tak tahu nak kata la lagi.. Hehe..

#Siapa dah kerja hari ni?

Thursday, 29 June 2017

Ganjaran Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum w.b.t.. Masih dalam mood hari raya ke? Ke dah masuk kerja? Hehe.. Eraz sendiri hari ini merupakan hari perjalanan dari Terengganu ke Kelantan dan insyaallah akan memulakan kerja esok! Doakan Eraz selamat sampai ke tempat yang dituju ok.. Berbalik kepada tajuk entri hari ini, Ganjaran Untuk Diri Sendiri..

Selain dapat hadiah dari orang tersayang dan kawan-kawan, tak salah juga untuk bagi ganjaran pada diri sendiri kan.. Hehe.. Dan bagi Eraz, kalau barang tu memang keperluan harian serta barang yang sediada dah rosak, lagi la ok kot.. Just nak share dengan korang, sebelum Raya lepas, Eraz ada belikan dua barang untuk diri sendiri.. Saja up di media sosial berkongsi.. Ianya memang ada dua sebab.. PERTAMA..

Sebab PERTAMA ialah memang dua2 barang di bawah ni Eraz ada tapi berlainan jenis la.. Beg jenis lain.. Kedua-duanya juga dah hampir putus tali.. Beg sandang tu memang dah lama sangat pakai.. Beg galas pula salah percaturan letak barang berat dan hampir putus tali.. So memang dah citer kat wife untuk dapatkan yang baru.. Dan alhamdulillah alasan kedua ni memang membantu.. KEDUA nya sebab...

KEDUAnya sebab alhamdulillah jualan DeXandra Perfume sebagai Agen Berdaftar A2072 meningkat tambahan pula adanya SALE RAMADHAN dan RAYA 2017.. Dengan adanya TEAM ERAZ FADLI, jualan kami semua meningkat mendadak.. So dua hadiah ni untuk bossnya.. Untuk Agent Dropship pula ada ganjarannya khas kepada yang mencapai sale yang ditetapkan.. Kira sama-sama berkongsi rezeki la..

Jenama Polo ni memang menjadi pilihan Eraz dari dulu.. Kualitinya ok dan cantik mata memandangkan.. So kali ni Eraz beli Polo lagi tetapi jenis berlainan la.. 



Siapa nak join TEAM ERAZ FADLI sebagai AGENT DROPSHIP DEXANDRA PERFUME, boleh whatsapp no, ini ok.. 017-977 3382.. Atau klik www.wasap.my/60179773382 untuk terus ke whatsapp ok.. Sama-sama berkongsi rezeki yang ada.. Wassalam..

Tuesday, 27 June 2017

Kuala Terengganu, Tunggu Kami

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Sampai ke Syawal ke 3 hari ni.. Selepas beraya di Kota Bharu dan Machang, hari ni selepas selesai je hadir ke Majlis Perkahwinan sepupu terdekat iaitu Amalina dan Haizal, terus kami drive Kuala Terengganu untuk sambung beraya bersama keluarga sebelah isteri..


Insyaallah hari Khamis ni akan pulang semula ke KB dan mula kerja pada hari Jumaat dan seterusnya.. Doakan semoga perjalanan kami lancar dan selamat sampai ke destinasi.. Insyaallah.. Sekarang mula berhenti untuk Solat Jamak dan Qasar di Masjid.. Selesaikan yang fardu then sambung drive.. Makan? Masih kenyang tapi 'makanan' untuk kereta kena isi.. Mungkin selepas keluar Kelantan..

Korang beraya di mana hari ni?? 

Monday, 26 June 2017

Dapat Gift Hari Raya dari Agen Prudential BSN Takaful

Assalamualaikum w.b.t.. Salam 02 Syawal kepada semua.. So macamana hari ni? Dah siap- siap keluar beraya ke? Biasanya kalau di Kota Bharu ni, semalam (Hari Raya Pertama), trafik atas jalan raya tu takde la teruk sangat.. Kalau nak merasa teruk, haaaa, hari ni la jawapannya.. Try la tanya geng Kelantan yang lain, insyaalah akan dapat jawapan sama.. Hari semua akan berpusu-pusu keluar menuju ke rumah sanak saudara..

Eraz sendiri pagi ni di Kota Bharu tapi lepas Zohor ni insyaallah akan drive ke Machang lagi.. Harapnya tak sangkut lama la.. Bekalan makanan mengunyah memang akan selalu sedia.. Orang kata nak bagi ubat stress dan mengantuk.. Semestinya makanan kegemaran untuk mengunyah la.. Hehe.. By the way, berbalik kepada tajuk entri hari ni, Dapat Gift dari Agen Prudential BSN Takaful..


Alhamdulillah, tak sangka juga dapat gift dari Agen Prudential BSN Takaful kami.. Agen ni memang kawan Eraz masa kami belajar di Kolej Matrikulasi Melaka dulu-dulu kala.. Ada ramai juga kawan-kawan yang jadi Agen Prudential BSN Takaful ni.. Tapi Eraz pilih dia sebab dia kawan dan dia tinggal berdekatan serta buat secara full time.. So senang la kalau jadi apa-apa kan.. Masa Eraz warded di KPJ Perdana Specialist Hospital, Kota Bharu tahun lepas pun, dia sempat datang melawat dengan hamper besar dia.. Hehe..


Bukan senang juga kami sekeluarga nak mulakan dengan Prudential BSN Takaful.. Selepas Adam lahir, barulah decide nak mula.. Juga memikirkan masa depan, so kami spend duit bulanan untuk ini.. Insyallah kalau berlaku apa-apa pada Eraz, anak-anak dan isteri ada back up.. Untuk anak-anak pun ada sekali untuk back up pendidikan mereka selain kami menabung setiap bulan untuk SSPN.. Alhamdulillah.. Terima agen ku untuk gift hari Raya..

Salam 02 Syawal.. Kosong-Kosong..

Sunday, 25 June 2017

Mewangi di Aidilfitri 2017

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Bertemu juga kita dengan 1 Syawal.. Ada ke orang nak baca blog Eraz ni di 1 Syawal? Hehe.. Tapi tak mustahil kan sebab sekarang ni bukan kena duduk depan komputer atau laptop kan.. Dengan handphone pun dah boleh akses semua yang ada di internet.. Tapi kena pastikan kawasan tu ada line internet yang ok la.. Kalau tidak, memang stress la buatnya.. Hehe.. 

Apa-apa pun, Eraz nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang membaca blog Eraz tak kira sekarang dan sebelum-sebelum ni.. Maaf Zahir dan Batin.. Maaf kalau ada tersalah taip ayat2 yang mungkin boleh menyinggung pembaca semua.. Alhamdulillah bermula tahun 2011 ke 2017 ni, blog ni masih sihat walafiat.. Harapnya bekekalan la.. Hehe..


Mewangi di Aidilfitri? Haha.. Harus la.. DeXandra Perfume dengan Eraz memang tak dapat dipisahkan la.. Ke mana sahaja pergi, mesti akan ada.. Bukan satu atau dua, tiga berlainan bau ada standby... Haha.. Senang kan.. Dan.. 

Insyaallah awal Julai nanti, DeXandra Perfume akan terbang mencari tuannya sebab Eraz kan dah janji nak bagi sebotol perfume kepada 2 orang pengomen tertinggi di blog Eraz untuk sepanjang Jun 2017.. So insyaallah paling lewat pun Eraz akan umumkan pada 03 Julai ok.. 

So! SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ok!! Maaf Zahir dan Batin..

Saturday, 24 June 2017

Hari Ni, Hari Wak Tupak Doh !


Assalamualaikum w.b.t.. Hari Ni, Hari Wak Tupak Doh ! Ya betul.. Itu istilah orang Kelantan la.. Kalau sehari sebelum hari raya atau dengan kata lain, hari terakhir Ramadhan, kami memanggil hari berkenaan Hari Wak Tupak.. Kalau nak translate ke bahasa KL, jadi Hari Buat Ketupat la.. Tak tahu mana datang ayat tu sebenarnya.. Tapi dari kecil, memang dah biasa dengar.. Ya la, esok kan dah Raya, so hari ni la orang pulun buat ketupat untuk makan esok kan.. Itu logiknya la... Hehe..

Mesti ramai dah mula cuti kan hari ni sebab semalam Jumaat, dengar masih ada yang bekerja.. So semestinya ada yang akan drive balik kampung hari ni juga ada juga sudah sampai ke kampung halaman.. Alhamdulillah.. Dan juga mungkin ada yang masih bekerja tu tak pe, teruskan kerja.. Jangan lupa tinggalkan komen di sini.. Hehe.. 

So pada yang akan drive balik kampung, hati-hati di jalan raya.. Insyaallah semuanya akan selamat.. So untuk Eraz, hari ni akan balik rumah Ma Abah untuk berbuka di sana serta solat sunat Aidilfitri pagi esok di sana.. So!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog Eraz Fadli.. Maaf Zahir dan Batin..

Friday, 23 June 2017

ZaraAdam | Bila Dapat Topi Baru

Assalamualaikum w.b.t.. Inilah budak-budak.. Bila dapat satu benda yang baru, memang akan ulang la guna or pakai sepanjang petang tu.. Ini kisahnya pada satu hari, kami keluar dan nampak banyak topi.. Design memang untuk budak2 sebab imej kartun.. So memang teruja la terutama Zara bila kami suruh pilih.. So Zara memang terus pilih design Frozen dan warna cantik kegemaran Mama dia iaitu Ungu.. Adam pun sebab dah memang minat Upin Ipin, terus la nak yang tu.. Bila tengok semua gambar watak kat topi, memang semua dia tahu nama la..


Ini Adam.. Sampai je rumah, kami bukak topi.. Then lepas tu, dia cari balik dan bawa naik ke sofa.. Terus pakai sambil tengok Upin Ipin.. Dia tak sedar Eraz snap gambar ni.. Pakai topi style terbalik tu pun dia sendiri pakai.. Pengaruh siapa, tak tahu la.. Banyak juga berjaya snap gambar budak ni main2 dengan topi.. Ke depan, ke belakang, semua ada.. Heppy betul dia.. Tapi yang tak best, malamnya nampak topi tu dah terconteng.. Hehe..


Ini Zara.. Masa duk senyap2 tangkap gambar Adam, Zara nampak.. So mula la suruh Papa ambil gambar dia pula.. Macam2 la pulak Papa kena layan.. Hehe.. Warna topi pun dah matching dengan baju dah.. Disebabkan dia pilih sendiri topi tu, memang dia suka.. Itu semua berlaku pada hari beli ya.. Tapi kalau tengok kan hari, rasanya mereka tak pakai dah.. Cuma bila teringat je cari.. 

Thursday, 22 June 2017

Sneaky Saving Ideas for your New Home Downpayment


Arguably, saving money for a new home may seem to be a tough hurdle for anyone, but if you are determined, you can meet your financial goals worrying easy. Remember, any big purchase needs big savings. But what if you cannot save a significant amount from your earnings? Can you still manage to hit your target? Don’t worry- it will eventually add up.

So, what are some of the best saving tips that will turn your dreams into a reality?  Here are some ideas that might just get you a step closer to getting the Penang properties you have been eyeing on.

1. Sell your old properties

If you go around your home, you will realize that there are valuable things just lying there, but you seldom use them. What if you cash them out? You may find that some old things in your house have appreciated and they are worth more than you imagined – they could be worth a few bucks!

In a nutshell, old things in your house are hidden sources of income, and every commodity you sell is one less item you will have to move when you finally relocate to your new dream home. Whether it is old furniture, used electronics, accessories or just old clothes, you can get top dollar by cashing them out. There’re even a coollist of 22 items from 90’s that worth a fortune today!

2. Change the timelines for buying your new home 

Turns out, savings for a RM 100,000 down payment in just six months is difficult than saving for RM 100,000 over two years. Consequently, you can accomplish your savings objective and still live the best life. So, how can you figure out what your deadline should be? First, evaluate the amount you need to save. For instance, if your goal is to save the aforementioned RM 100,000 for a new house, you must make an estimation of the amount of money you are willing and able to save per month without overstretching your budget. 

Nonetheless, you can invest your cash rather than put it in your savings account, but it is worth noting that investing comes with a risk, and chances exist that you may lose your money instead of earning lucrative returns. Therefore, it is recommended to talk to a financial analyst to help you analyze your investment options. 

3. Look at your daily expenses

It goes without saying that the small amounts that we spend here and there every day may have a drastic impact on your finances in the long term. Whether it is coffee, afternoon snacks or just hourly drinks, they will all add up at the end of the day. Daily expenses can cost you something between RM 25 to RM 50 every day, and do you know what this means?

Therefore, if you breakthe habit of spending on less important things, you will reach your savings goal faster than you thought. You should be picky with what you spend your money on and translate that cash to your savings, and there’s no doubt this will make a difference. You can accomplish this by reviewing your account statement to help you determine the things you could possibly cut from your daily spending habits. 

Fifteen dollars a week, deposited into a savings account instead of being spent on luxuries will sum up to thousands of dollars at the end of the year. Once you get used to this habit, it will become easier to save large amounts over time. 

4. Make direct deposits to your savings account

It is inevitable to spend money when you physically have it, but if you transfer it to your savings account, you will reduce the chances of spending it by more than half. One it is in your savings account, it is possible to pretend that you do not have it. 

Instead of putting your entire check into the checking account, it makes perfect sense to deposit some amount directly into the savings account to make your saving goal for the down payment more realistic and achievable. You can even ask your employer whether it is possible to split your deposit into multiple accounts. 

5. Seek assistance

Everyone would agree that first-time homebuyers need a down-payment assistance for them to make an informed decision. You can also pursue a homebuyer education course to help you decide on how you will save for your home down payment. There are also local, state and federal programs that can offer some invaluable assistance. 

Alternatively, family members, relatives, and friends who have been involved in a saving plan before can prove to be beneficial. 

6. Hide your home savings 

As you save for your new home, your savings account will begin to grow, and this is more likely to tempt you to spend the funds on other things. For instance, you may opt to buy the latest trending car at the expense of your new home’s down payment. Alternatively, you may be tempted to spend the funds for a vacation with your family. 

Spending the funds on other things will mean that you will start saving over again and this will make your dreams more difficult or even impossible. Therefore, it is imperative to stay on track and ignore other luxuries that may tempt you to withdraw the funds. 

Hiding your savings account can play a pivotal role in making your savings goal more realistic and achievable. As the saying goes, “out of sight is out of mind. Your bank settings allow you to hide specific account balances, and you will unhide the account when the right time for making the down payment comes. 

7. Examine your transport budget 

Having your own car will definitely give you more freedom, and it will make life more exciting, but if you want to save up for a downpayment on a new home, it is inevitable to take an alternative path. Car ownership entails extra expenses that may be costly at the end of the month. What if you decide to get to work using public transport at the expense of your car? Yes, this may look a little bit annoying, but it will help you in your savings goal in the long term. If you can manage to do this, you can cut down the expenses considerably and transfer the extra funds to your savings account. Read this article from RinggitPlus that helps you better understand whetherto buy a car or a house.

8. Invest in stock exchange market and bonds

There’s no doubt that investing your savings is an excellent way to take your financial security to a whole new level. It may sound like staking your funds, but if you are choosy in what you invest in will make your dreams achievable. Remember, this strategy comes with an inherent risk, but if you work with a professional financial manager, you should be able to double your savings over a short period. You can start off small before you can invest your life savings, but don’t be so overambitious – you must be realistic, and this will make a significant difference. 

Final Verdict 

Saving for a home down payment may not be as hard as it looks or sounds at first. It entirely depends on how you plan for it. Once you get started, as long as you employ the best strategies, and you remain realistic to your purpose, you will find it easy than you never thought. The highlighted tips in this article will help you to reach your saving objective as quickly as possible. In fact, it will take you less than two years to accomplish your goals if you stay focused. Try it!

Tuesday, 20 June 2017

Dapat Kejutan Di Hari Bapa 2017

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau Mei, Hari Ibu kan.. Dah Jum pula, Ahad lepas merupakan Hari Bapa 2017 untuk rakyat Malaysia.. Alhamdulillah, tahun 2017 ni merupakan tahun ke 5 Eraz bergelar seorang bapa kepada dua orang cahayamata.. Syukur Allah mengurniakan rezeki ini walaupun bukan senang untuk mendapat gelaran itu.. 

Selepas berkahwin, Allah uji kami dengan isteri keguguran selepas sebulan ke dua bulan kahwin.. Then kami menunggu selama 2 tahun selepas itu, barulah ada berita gembira dari Nya.. Alhamdulillah.. So kepada pasangan yang belum dikurniakan cahayamata, jangan putus asa ok.. Insyaallah rezeki korang akan sampai.. Kami doakan juga..


So pada hari Bapa baru ni, Zara yang dibantu Mama menulis sendiri di satu kertas 'Happy Father's Daya Papa".. Walaupun dibantu, ianya jadi suprise sebab dia faham.. Then dia simpan lagi kertas tu dan pagi esoknya, dia salin lagi sekali dan kali ni tanpa bantuan Mama.. Baru 4 tahun, kiro ok la progress nya.. Semoga Zara dan Adam membesar dengan baik, sihat serta soleh solehah.. Amin.. Zara buat suprise tunjukkan pada Papa sejurus saje Papa selesai solat Asar.. Hehe.. 


Dan dari isteri pula, Eraz ada up di IG satu gambar di bawah.. Wife ada beli sesuatu masa dia ke Jovian Mandagie Boxing Day baru ni di Kota Bharu.. Dan dia sempat belikan satu baju.. So hari Ahad lepas la baru buka bungkusan dan alhamdulillah size dan baju tu memang kena dengan citarasa.. So bertambahlah satu lagi baju raya tahun ni.. Jovian Mandagie tu.. Hehe.. Thank you sayang.. 


----
ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017 - Hadiah apa dan macamana nak dapat, boleh baca entri berkenaan ya.. 

Monday, 19 June 2017

ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017

Assalamualaikum w.b.t.. Salam Isnin.. Macamana? Masuk kerja hari ni, mood ok lagi ke? Atau dah mula terbayang-bayang nak balik kampung? Mesti dah ada juga yang sudah pasang lagu Raya kat office atau dalam kereta ni.. Tapi berdasarkan satu status yang up di facebook semalam, ramai lagi sebenarnya yang masih belum dapat mood raya.. Sama la macam Eraz sebenarnya.. Masih akan bekerja macam biasa sehinggalah Khamis ni.. Hehe..

By the way, terfikir dalam hati ni rasa macam nak bagi hadiah la sikit kepada semua pembaca blog Eraz Fadli ni.. Tambah-tambah sekarang bulan Ramadhan dan nak puasa ni kan.. Khas untuk pengomen-pengomen semua yang setia membaca entri blog Eraz walaupun update blog sekarang tak macam dulu.. Kalau dulu, tiga ke empat entri tu biasa.. Tapi sekarang ni, satu entri tu, alhamdulillah.. Hehe.. 

So! Sebagai hadiah hari Raya yang korang akan dapat awal Julai nanti ialah DeXandra Perfume 35ml.. Hehe.. Best apa DeXandra Perfume kan.. Tapi dapat lepas raya dah la ya.. Macamana nak dapat.. Senang sahaja.. Eraz tak mau buat cabutan bertuah.. Eraz akan bagi pada sesiapa yang meninggalkan komen terbanyak sepanjang bulan Jun 2017 ni.. Ok kan? Itu pun kalau ada yang sudi tinggalkan komen di entri Eraz la.. Tak kisah la entri tu baru ke, lama ke.. Janji rekod tinggalkan entri pada bulan Jun 2017..


Nanti pada pada awal Julai, Eraz senaraikan Top 5 dan untuk kali pertama serta sempena Raya ni, Eraz akan bagi pada dua orang maksudnya Top 2 la dapat.. Sorang satu ya.. Eraz akan pos kan pada korang semua.. Di harapnya ianya dapat mengembirakan pengomen-pengomen di blog ERAZ FADLI yang tak seberapa ni ok.. TQ..

Sunday, 18 June 2017

Zakat Fitrah 2017

Zakat Fitrah 2017 | Assalamualaikum w.b.t.. Zakat Fitrah.. Rasanya tiap2 tahun akan ada entri pasal Zakat Fitrah ni.. Ya la.. Salah satu perkara wajib dalam dah masuk dalam bulan Ramadhan, sehinggalah ke hari raya kan.. Mana boleh terlepas benda wajib ni.. Cumanya antara bayar awal atau bayar lambat je.. Macam2mana pun, kena juga selesai akhirnya.. Betul tak?

Alhamdulillah, untuk tahun 2017 ni merupakan tahun yang paling awal Eraz tunaikan Zakat Fitrah.. Plan setiap tahun memang nak bayar awal.. Tapi selesainya ada je yang menghalang.. Hehe.. Tapi alhamdulillah tahun ni, Allah permudahkan.. Memang baru buat entri hari ni, tapi resit ni dah dikeluarkan seminggu lebih sebenarnya.. Ada up dalam blog je..

Zakat Fitrah 2017

Zakat Fitrah 2017

Kenapa nak up dalam blog? Untuk rekod peribadi dan juga untuk peringatan kepada kawan2 yang masih belum menunaikannya.. Mana tahu baru2 dah ingat, tapi kebelakangan ni lupa sebab sibuk seharian kan.. Dan insyaallah, jika terbaca entri ni, saudara berkenaan ingat dan terus menunaikannya.. Siapa tahu kan.. Kira untuk peringatan manja2 la.. Untuk diri sendiri juga bagi tahun2 yang akan datang..

Eraz sendiri masa nak bayar tu, tak plan pun.. Hari tu ke KB Mall sebab nak terminate akaun broadband dan register yang baru.. Alih2 masa berjalan, ada kaunter Zakat Fitrah.. Tanpa fikir panjang, terus je duduk.. Lega rasa sebab selesaikan awal sebab ada pernah satu kali tu last minute sangat2.. Nervous rasanya masa tu..

Kelantan ni tak macam sesetengah negeri luar.. Ada yang siap guna 'drive thru' kan.. Di sini, kalau pengalaman Eraz, biasa pihak berkenaan akan buka booth di mall contohnya di Mydin, KB Mall, Tesco dan mungkin ada lagi tempat lain.. Dan juga solution lain ialah pergi masjid.. Lepas solat fardhu atau sebelum, selalunya imam akan buka kaunter.. So korang dah selesai ke belum? Hehe.. Wassalam..

Saturday, 17 June 2017

Bojen Raya | Elak 'Last Minute'

Bojen Raya | Assalamualaikym w.b.t.. Setiap tahun kalau nak raya, for sure semua lelaki tak kira budak2, remaja, tua, muda nak bojen raya kan.. Ya la, masa hari raya, nak la smart2.. Tak kan nak serabai dengan rambut tak teruruskan.. Tapi tak semua orang la.. Bagi yang tak kisah, diaorg ok la.. Tapi bagi yang biasa bojen cun punya, mesti akan ke kedai gunting atau salon juga sebelum hari raya.. Dah boleh agak la kan apa maksud bojen kan.. Bojen tu bahasa Kelantan.. Orang luar panggil, fesyen la.. Itu je..

Eraz sendiri semestinya ada pengalaman tak sempat nak gunting rambut ni.. Ya la, bila dah nak raya, penuh la kedai2 gunting dan salon.. Kalau mood malas menunggu, redha dan pasrah je la.. Huhu.. Tapi siap sedia la kena sikit dengan Abah.. Abah paling tak suka anak lelaki atau cucu lelaki dia berambut tak kemas.. Membebel la sikit.. Dah biasa kena.. Haha..


Tapi tahu ni, kita tukar plan sikit.. Gunting rambut awal.. Pertama sekali, settlekan anak lelaki yakni Adam Fitri dulu.. Ini kali ke lima rasanya dia gunting rambut.. Yang pertama, Eraz sendiri yang botakkan.. Dibantu oleh isteri.. Lama juga nak siapkan.. Kali kedua dah pergi kedai gunting.. Kali kedua, menangis! Tapi tetap settle.. Kali ketiga, ok pula dia tak menangis.. So kami mengandaikan seterusnya akan ok la.. Tapi sebenarnya kali keempat dan kelima, masih menangis.. Haha.. Tapi tetap settle gunting.. Dia menangis je.. Tak sampai menghalang pakcik tu gunting rambut.. 

Papanya sendiri.. Dalam gambar tu masih berambut panjang.. Tapi alhamdulillah, kali ni settle awal juga.. Tak tunggu 2, 3 hari nak raya.. Seminggu raya tu kira awal la bagi Eraz.. Selalu last minute.. Hehe.. Korang dan anak2 macamana? Cu citer..

Friday, 16 June 2017

Susu Kambing Hayra Campuran Kurma dan Tomato ?

Susu Kambing Hayra Campuran Kurma dan Tomato ? | Assalamualaikum w.b.t.. Apa tanggapan pertama untuk ramai orang bila sebut kambing atau spesifik lagi kepada susu kambing.. "Alamak, mesti berbau".. "Nanti mesti tak boleh minum".. "Tidak".. Betul tak? Kalau setuju, senyum je la.. Nak like tak boleh.. Hehe.. TAPI.. Untuk pertama kalinya, Eraz nak perkenalkan pada korang susu kambing yang sangat wangi, sedap di minum dan banyak giler khasiat.. Tak percaya? Baca ni..

Hayra Susu Kambing

Hayra Susu Kambing

Alhamdulillah sebelum ini Eraz diperkenalkan dengan Hayra Susu Kambing.. Apa specialnya Hayra Susu Kambing ni sampai Eraz nak syorkan pada korang? Yes.. Sebabnya buat pertama kalinya untuk Eraz jumpa susu kambing yang dicampurkan bersama ekstrak Tomato dan ekstrak Kurma.. Korang rasa? Tiga bahan berkenaan ada khasiat masing-masing kan? Bila dah tahu ada gabungan Hayra Susu Kambing ni, terus terbayang macamana bau, macam rasa kan..


Dan pertama kali try, memang jatuh cinta sebabnya, lepas je kacau, bau wangi ala-ala vanila tu memang menarik perhatian.. Warna putih dan namanya susu kambing kan? Tapi kalau tak bagitahu, memang tak tahu itu susu kambing.. Jujur, kewangian tu menjadi tarikan yang pertama sekali.. Kedua, try la minum.. Jangan takut berbau kambing ke apa sebab rasanya memang mengancam.. Dah tahu ianya campuran ekstrak Tomato dan ekstrak Kurma kan? So memang dapat rasa campuran itu.. Sedap!


Masa sahur tu, bagilah wife try sekali.. Wife Eraz memang seorang yang BUKAN penggemar kambing.. Kalau gulai kambing ke, apa-apa menu kambing, memang dia akan pilih last sekali.. Tapi untuk Hayra Susu Kambing, dia boleh minum.. Terbukti memang Eraz yakin, ramai yang diluar sana akan jatuh cinta dengan Hayra Susu Kambing ni.. So apa sebenarnya khasiat gbungan susu kambing HAYRA dengan ekstrak kurma dan tomato ni?


Khasiat Gabungan Susu Kambing HAYRA dengan Ekstrak Kurma dan Tomato

Khasiat Susu Kambing
  • Menguatkan tulang & gigi
  • Membantu merawat pelbagai penyakit kulit
  • Baik untuk kesihatan keseluruhan
  • Baik untuk gastrik
  • Baik untuk kesihatan dalaman
  • Kulit lebih berseri & halus
  • Mencantikkan kulit & merawat sel kulit mati
  • Memulihkan tenaga & awet muda
  • Sesuai untuk ibu hamil
  • Sesuai untuk ibu menyusu
  • Sesuai untuk seisi keluarga

Khasiat Tomato
  • Mengandungi Vit A & Vit C
  • Mengecilkan pori-pori di muka
  • Menghaluskan kulit
  • Memutihkan kulit
  • Mengatasi kulit berminyak
  • Menggebukan kulit
  • Mencerahkan kulit

Khasiat Kurma
  • Menguatkan daya ingatan
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Merawat asma & kahak
  • Mengatasi ekzema

Baca habis tak khasiat tu? Kalau Eraz explain details, berjela2 nanti.. Alhamdulillah.. Ianya mungkin boleh membantu semua orang yang ingin cuba menyelesaikan masalah masing2.. Seperti yang korang sedia maklum, susu kambing dan kurma kan makanan sunnah dan pada Eraz yang memang ditanam dari kecil, info kepada tomato memang banyak khasiatnya terutama kulit.. Selain orang dewasa macam Uncle Eraz ni, Hayra Susu Kambing boleh diminum oleh :
  • Bayi (6 bln keatas) & Kanak-Kanak
  • Ibu Mengandung
  • Ibu Menyusu
  • Warga Tua
  • Penderita Penyakit
  • Ahli sukan
  • Pelajar & Pekerja
  • Wanita yang Pentingkan Kecantikan
  • Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Alhamdulillah.. Ramai generasi boleh minum.. Dan paling penting juga lagi, Hayra Susu Kambing ni memang senang untuk disediakan.. Nak bawak travel pun sebang.. Hanya perlu ada cawan, sudu dan air suam atau panas je.. Simple.. So ini cara penyediaanya..

Cara Penyediaan 
  • Campurkan 1 sachet ke dalam 200ml air suam atau panas
  • Minum sebelum sarapan atau sebelum tidur
  • 1-2 sachet sehari

Macamana? Menarik kan? Hayra Susu Kambing ni memang boleh dipilih untuk dijadikan ala-ala supliment harian kita.. Banyak khasiat.. Insyaallah, orang kata, usaha itu tanda kejayaan kan.. Ok, untuk maklumat lanjut pada Hayra Susu Kambing ni, korang boleh hubungi atau layari media sosial mereka.. Rujuk di bawah.. Selamat mencuba.. Wassalam..


Untuk maklumat lanjut:

Susu Kambing HAYRA

Pembelian: Whatsapp 019-918 8525

Sunday, 11 June 2017

Bila Anak Perempuan Dah Besar

Assalamualaikum w.b.t.. Entri ni merupaka entri pertama Eraz taip menggunakan apps yang baru Eraz install ni.. Kalau android, memang dah biasa dengan satu apps tu.. Tapi untuk Apple, tak pernah jumpa yang ok.. uTapi nak try yang ni macamana.. Kalau la ok, kita teruskan je la.. Kalau tak ok, terpaksa la cari lain.. Korang yang guna iPhone, ada tak suggestion apps untuk buat entri blogspot yang mudah dan user friendly?

By the way, berbalik kepada tajuk entri hari ni.. 'Bila Anak Perempuan Sudah Besar'.. Takde la besar mana pun.. Baru 4 tahun.. Masih di tadika.. Bermula Khamis lepas, dia minta nak pakai tudung.. Biasa hari Khamis ada aktiviti bersama Ustaz.. So mungkin teacher ada maklumkan untuk memakai tudung.. Tudung untuk Zara memang kami standby kan awal lagi.. Hujung tahun lagi.. So bila dia minta nak pakai, memang terus boleh sediakan kan..

Tiba-tiba dia sendiri request nak pakai tudung lagi.. Alhamdulillah.. Terus Mama dia carikan tudung.. Jumpa yang Mama dan Zara so iron dan pakaikan.. Bukan main suka lagi dia.. Minta nak snap gambar kat luar pun ok.. Selfie pun ok..

Masa on the way ke tadika, tiba-tiba request dengan Papa, nak cermin.. Eh!! Katanya nak baiki tudung.. Amboi.. Memang Ibu Borek Anak Rintik ni.. Haha.. Sebab takde cermin, so bagi la handphone.. Bukan main lagi dia betulkan tudung.. Nak tengok gambar..? Ini dia..


Tu dia.. Happy je kita tengok.. Dan tak sangka anak perempuan dah besar.. Bukan baby lagi.. Hehe.. Sekejap je masa berlalu.. Alhamdulillah kami berjaya besarkan mereka di depan mata.. Alhamdulillah.. Semoga mereka membesar dengan baik, sihat, happy serta soleh dan solehah.. Amin..

Saturday, 10 June 2017

Mancis Cap Lada | The Legend

Assalamualaikum w.b.t.. Sesuai tak? Mancis Cap Lada, The Legend.. Hehe.. Mancis ni wujud di zaman Eraz sendiri pun tak wujud lagi ni.. Korang? Kalau google pasal Mancis Cap Lada ni, Kilang Mancis Cap Lada ada di Kelantan.. Tapi Eraz tak pernah pergi la.. Hehe.. Ia merupakan kilang mancis paling lama dan tertua di Malaysia.. Seperti yang dijangka la kan.. Ia dibuka sejak tahun sebelum merdeka iaitu pada 1933 sehinggalah sekarang dan paling penting ialah ianya masih beroperasi..


Kalau tak beroperasi, macamana Eraz boleh beli semalam kan.. Mancis ni memang berguna kalau masa-masa tertentu dan keadaan tertentu.. Tapi harap maklum, tak semua kedai runcit jual walaupun di Kelantan ni sendiri.. Macam Eraz pergi semalam, ada kedai runcit yang biasa kami beli barang, tak jual.. Tapi nasib baik jumpa kedai yang masih ada stok dan order stok.. 

Ini yang Eraz beli untuk mertua.. Di rumah mertua memang perlu ada stok mancis.. Wajib.. Satu kotak kecik ni, korang rasa berapa harga? Seringgit? Dua ringgit? Bukan.. Hanya 20 sen sahaja.. Tapi sekali tengok, kualiti dulu memang lagi baik dari sekarang la.. Tapi still boleh guna la..

Korang kalau luar Kelantan, guna Mancis cap apa? 

Friday, 9 June 2017

Air Soda Herbs

Air Soda Herbs | Assalamualaikum w.b.t.. Semalam kita cerita pasal terfikir-fikir kenapa Roti Viral / Roti Viral Golok tu.. Hari ni pula nampak kat Facebook, ramai pula kawan-kawan kita duk share gambar dan video Air Soda Herbs ni.. Korang dah tengok belum videonya? Serius nampak sedap giler tambah-tambah kalau korang tengok masa siang hari.. Ini bulan puasa.. Haha.. Mesti korang rasa balik nanti, terus nak buat.. Tapi bahan ada ke semua.. Dalam gambar di bawah ni bahannya.. Nak details lagi?


Ok lah.. Ini detailsnya.. Risau juga kalau tengok gambar je, nanti salah beli barang pula kan.. Eraz sendiri tengok mula-mula tang buah tu, ingatkan buah longan.. Tapi buah laici rupanya.. Hehe.. Tak best juga kalau tukar ke buah longan kot.. Favourite.. Hehe.. So ini bahan bahan yang betul-betul diperlukan : 

1 botol besar air aiskrim soda

1 tin laici / longan (citarasa Eraz) tapi korang hanya perlu ambil buahnya sahaja

2 batang serai yang perlu dititik

Daun pudina.. Jumlah? Terpulang kepada korang nak berapa helai

1 biji lemon yang perlu dihiris nipis

5 biji asam boi putih

DAN semestinya ketulan ais secukupnya ok


Cara-caranya pula, korang boleh tengok video di bawah.. Kalau korang tengok entri ni di siang hari, jangan salahkan Eraz ok.. Haha.. Eraz sendiri tengok pun, alahai.. No komen.. Hehe.. So selamat menonton video cara-cara buat ni dan selamat mencuba juga la.. Eraz pun tak sabar dah nak buat ni.. Senang je kot.. Hehe..

Thursday, 8 June 2017

Apa Istimewanya Roti Viral / Roti Viral Golok ?

Roti Viral / Roti Viral Golok | Assalamualaikum w.b.t.. Roti Viral, Roti Viral, Roti Viral.. Atau, Roti Viral Golok.. Serius macam ramai je orang duk bercakap dan up dalam media sosial.. So Eraz memang pasang niat nak try la walaupun tak tahu apa sebenarnya keistimewaan roti viral tu.. Tapi takde la sampai keluar mencari.. Kira macam kalau terserempan depan mata, so kita beli.. Hehe..

So semalam semasa nak beli benda lain, terjumpa depan mata roti viral ni.. Nampak memang sedap, tapi rasa tak pasti lagi la.. Satu RM 8.50.. Ada 6 roti dalam tu.. Tak pasti samada mahal atau tidak.. Dan tak pasti juga samada di kedai lain, harga sama atau lebih murah ataupun lebih mahal.. Tapi disebabkan ada depan mata dan nak bagi juga anak bini rasa, kita rembat dulu.. Disebabkan bulan puasa, kena tahan dulu la nafsu makan tu.. Malam baru boleh rasa..

Roti Viral / Roti Viral Golok

Roti Viral / Roti Viral Golok

Lepas je berbuka, apa lagi, terus la try.. Banyak kali dah berlaku, beli sesuatu untuk makan malam sikit, tapi akhirnya sahur juga muncul untuk makan.. So malam ni kita try dulu at least satu sebelum solat Maghrib.. Dan rasanya ialah ....

Sebelum cerita rasa, nak tanya korang.. Pernah rasa roti inti krim?? Hehe.. Sebabnya bagi Eraz, rasa roti viral ni sama macam roti inti krim cuma bezanya roti viral ni, krim ala2 majerin diletakkan atas roti lepas tu tabur gula.. Tapi roti krim, majerin tu digaulkan dengan gula sampai sebati then di masukkan dalam roti.. Bagi Eraz, itu je beza.. Rasa tetap sama.. So roti viral boleh kata macam roti krim..

Disebabkan roti yang Eraz beli tu memang lembut, so boleh kategori sedap la.. Korang dah rasa belum Roti Viral / Roti Viral Golok ni? Komen sikit.. Hehe..

Wednesday, 7 June 2017

10 Perkara Ibubapa Perlu Tahu

10 Perkara Ibubapa Perlu Tahu | Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya Eraz pun baru baca je pasal info-info lepas wife share dekat Facebook.. So rasanya macam menarik juga kalau kongsikan dengan korang semua.. Mungkin ada beberapa info yang kita terlepas pandang kan.. Ini catatan untuk diri sendiri dan juga untuk pembaca blog erazfadli.com semua.. Ditujukan khas kepada ibu bapa sekalian.. Tahukah anda bahawa :



10 Perkara Ibubapa Perlu Tahu

1. Anak tunggal selalunya lambat cakap.. 

2. Anak perempuan cakap banyak 3 kali daripada lelaki..

3. Bermain dengan anak2 meningkatkan kegembiraan emosi mereka..

4. Anak lelaki suka fizikal touch dgn bapa.. Main ultraman, pergi padang.. Kalau anak lelaki tak dpt fizikal touch die akan suka bergaduh dgn adik2 dia..

5. Interaksi antara ibu bapa dan anak dengan bermain akan membina bonding antara anak dan ibubapa..

6. Anak2 pun stress sebab tak keluar rumah.. So cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah..

7. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)..

8. Anak lelaki mempunyai potensi yang lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang).. Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal.. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka..

9. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik..

10. Kanak-kanak yang sering berdamping rapat dgn bapa mereka didapati lebih berdaya saing dalam banyak hal.. Lebih berkeyakinam diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yg baik..

Menarik kan info-info ni.. So kalau ada senarai di atas yang belum kita buat, kita sama-sama try buat.. Demi masa depan anak2 dan kebahagiaan keluarga kita juga kan.. Semoga entri ni membantu kita semua.. Terasa rindu kat budak2 la pulak.. Haha..

Tuesday, 6 June 2017

Biniku Ninja

Assalamualaikum w.b.t.. Biniku Ninja.. Bagi seorang yang tak baca novel ni, memang asing la.. Tetapi selepas Jihan Muse ada keluarkan kenyataan yang dia akan ke Eropah selama 45 hari untuk menjalani penggambaran drama bersiri, Biniku Ninja untuk siaran Astro Oasis, baru la tahu kisah novel ini dan ceritanya.. Tapi masa tu memang tak tahu sangat jalan cerita.. 

Tengok Jihan duk update gambar di Instagram, boleh bayang sikit2.. Watak Jihan seorang pelajar yang bertudung.. Dan adakala nampak dia bertudung labuh.. Ok.. Patut la pihak Astro Prima letakkan syarat yang mana hero dan heroin mesti suami isteri.. So berlakon pun kalau bersentuhan, tak de masalah la kan..

By the way, drama dan novel Biniku Ninja ni merupakan satu kisah benar.. Kalau kepada yang tak pernah tahu kisah benar ni, dan tak membaca novel ni, mesti tak tahu.. Sama macam Eraz.. Tapi lepas drama ni ditayangkan, baru tahu kisah siapa.. Meh Eraz bagitahu korang.. Ini merupakan kisah seorang lelaki bernama Andi Shah Azlan yang telah viral tahun 2015 pasal backpackers yang berkahwin selepas kenal 3 minggu sahaja.. Haaa.. Itu betul.. Satu kisah ni dah berjaya buat Eraz dan wife nak follow drama ni.. 


Kalau korang ke twitter Saudara Andi Shah Azlan tu, korang akan jumpa satu pos yang dipinkan.. Post bergambar tu ada selitkan 4 keping gambar yang mana gambar sebenar Andi Shah Azlan bersama isteri dan scene lakonan antara Jihan Muse dan suaminya, Ungku Hariz.. Ok, Eraz tepek kat sini..





Amacam? Sama tak? Tapi korang ada follow ke cerita ni.. Rasanya semalam baru Episod ke 4.. Biasa Eraz memang tak sempat tengok masa tayangan tu.. Tapi biasa la rekod kan.. Dan kalau korang terlepas dan tak dapat rekod, korang boleh tengok masa waktu sahur.. Ada ulangan.. 

Bagi Eraz, cerita ni menarik.. Kalau korang tengok 3 episod pertama, mereka tak ditemukan pun lagi.. Bermula dengan telefon serta video conference lebih kurang, Azlan terus tertarik dengan Sabatini dan terus melamar untuk berkahwin walaupun hanya kenal 3 minggu dan tak pernah bersua muka.. Azlan terus call bapa Sabatini untuk minta izin dan juga family.. Kisah selanjutnya, Eraz pun tak tahu lagi. Kena tengok dulu la.. Hehe..

Ok lah.. Tayangannya pada setiap hari Isnin hingga Rabu, Pukul 9.00 malam di Astro Prima dan Maya HD kalau tak silap.. Setengah jam sahaja.. Pergi terawih? Takpe, boleh rekod atau tengok ulangan ok.. Untuk tarik korang tengok, meh nak belanja sinopsis sikit..
Mengisahkan Azlan berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke UK setelah mendapat tawaran menyambung ijazah dalam aliran seni.
Azlan telah berjumpa dengan seorang gadis niqabis bernama Sabatini, semasa terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu Azlan kemudian menikahi gadis tersebut dan perkara itu membuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar.
Sebagai pasangan yang gemar mengembara, mereka mengembara ke negara-negara asing selain kemelut yang dilandai mereka sepanjang mereka hidup berdikari diluar negara

Monday, 5 June 2017

Kulat Sisir Goreng Bersama Telur

Assalamualaikum w.b.t.. Di musim-musim bulan Ramadhan, kalau tengok di media sosial, memang banyak la gambar-gambar makanan di masukkan.. Eraz sendiri pun tak ketinggalan.. Tapi kalau di media sosial, kalau nak upload gambar makanan, memang tunggu saat nak berbuka atau sahur je.. Sebab kalau selain masa tu, macam tak sesuai je.. Tapi hari ni, untuk entri blog, kira ok la kan update masa-masa mana pun kan.. So! Ini salah satu masakan favourite Eraz..

Kulat Sisir Goreng Bersama Telur
Kulat Sisir Goreng Bersama Telur

Tak pernah terfikir pun masa pergi beli barang dapur tu, nak beli sekali kulat sisir.. Tapi kebetulan hari tu memang ada.. Sekopi tu RM 3.. Untuk kami sekeluarga yang tak ramai ni, sekopi tu cukup la.. Ramai juga yang gulai.. Tapi bagi Eraz, goreng lagi sedap.. Goreng tu se simple yang boleh pun ok.. Janji ada manisnya, masinnya, telur dan bawang, dah memadai.. Ada juga yang goreng letak kunyit.. Yang sikit-sikit, tak nampak la kekuningan.. Tapi kalau yang banyak, memang nampak la kuning.. So semalam, memang rezeki tersepak jumpa di pasar basah..

So petang tu terus wife gorengkan kulat sisir tu.. Alhamdulillah menjadi dan habis.. Tapi still sempat untuk sahur la..  Ditambah pula menu semalam ada gulai ketam dan ikan goreng.. Memang lengkap untuk berbuka semalam.. Nasi pun licin.. Alhamdulillah.. Bila dah tulis entri ni, terus terbayang menu apa petang ni wife nak masak.. Hehe..

Saturday, 3 June 2017

Bawal House | Koleksi Persalinan Raya Terkini

Assalamualaikum w.b.t.. Bab baju raya ni, ada setengah orang suka siapkan awal-awal maksudnya beli sebelum puasa atau awal puasa.. Tapi ada yang suka shopping baju raya last minute.. Alasannya? Mesti ada alas an tersendiri kan.. Shopping awal boleh elak dari ramai orang dan shopping lewat mungkin leh dapat harga lebih murah kan.. Tapi kedua-dua alasan tu tak semestinya tepat ya.. So korang pulak macamana? Dah settle belum?

Ok! Kepada yang masih belum mendapatkan baju raya masing-masing atau nak tambah lagi baju raya untuk diri sendiri atau family, meh nak cadangkan satu butik yang boleh korang cuci mata dan shopping terus.. Selesa pun selesa, suasana butik pun, sedap mata memandang.. Banyak koleksi pakaian yang korang boleh dapatkan di sini.. Kira banyak pilihan la..

Bawal House

Bawal House, memang satu nama yang sangat sinonim bila di sebut.. Berada di kawasan Rumah Kedai Lembah Sireh, sebelah Pustaka Sri Dunia dan berhampiran Tesco, pasti korang senang nak cari.. Koleksi Kebarung ada.. Nak yang jenis baju raya untuk couple bahagia pun ada.. Untuk lelaki ada koleksi jubah dan kurta.. Tudung pun ada.. Haa.. Cukup lengkap kan.. Senang nak cari baju untuk diri sendiri dan pasangan..

Kalau nak tampil bergaya dengan koleksi kebarung yang bereka bentuk terkini, inilah tempatnya korang boleh datang.. Rekaannya memang mengikut trend sekarang.. Dari segi warna pula, ada banyak pilihannya.. Antaranya ialah merah, biru, hitam,hijau gelap dan merah jambu.. Lagi satu kalau fikir bab pakaian, mestilah pasal saiz kan.. Jangan risau, ada pelbagai saiz dari S ke XL.. So tak de masalah la kan kalau ada bentuk badan jenis apa pun.. Hehe..

Satu lagi yang korang perlu tahu ialah setiap rekaan kebarung di Bawal House ni, ianya dihasilkan dari fabrik yang sangat berkualiti serta bermutu tinggi.. Dan yang susah nak jumpa di tempat lain ialah, kebarung berkenaan direka bersama dengan tudung bawal yang dijahit terus dengan inner.. Lain dari yang lain kan..

Mungkin korang tak akan jumpa koleksi kebarung ni di tempat lain? Kenapa? Sebabnya semua koleksi yang ada sebenarnya di reka sendiri oleh pengasas Bawal House iaitu Puan Ain.. So tunggu apa lagi, meh usha gambar-gambar di bawah, mana tahu ada yang berminat nak dapatkan..









Eraz ada sebut di atas tadi pasal baju raya untuk couple bahagia kan.. Hehe.. So ini antara yang boleh korang dapatkan di Bawal House ok.. Ini sebahagian sahaja.. Ada banyak lagi koleksi lain yang korang boleh dapatkan di situ.. Korang boleh ke butik dan try dengan pasangan masing-masing samada sesuai ke tidak.. Tak sesuai? Leh try yang lain pula kan.. 




Kalau ada yang terlepas baca di atas atau terlupa apa yang dibaca tadi, jangan ingat di Butik Bawal House tu ada persalinan wanita sahaja yang boleh dipilih.. Untuk lelaki-lelaki idaman malaya pun ada.. Bukan hanya ada satu jenis, tapi banyak jenis warna yang sesuai dengan korang boleh dipilih.. Peminat Kurta pun boleh pergi, peminat jubah pun boleh pergi.. Sado ke, kurang sikit ke, kurus ke, semua ada.. Tak percaya? Meh tengok gambar-gambar di bawah ni..




Ok.. Korang rasa macamana? Eraz tak boleh nak upload semua gambar di sini.. Tapi korang boleh tengok koleksi lain lagi di laman sosial Butik Bawal House ni.. Kalau risau koleksi pilihan korang habis, better cepat-cepat pergi sekarang.. Di mana korang nak tengok koleksi lain atau nak ke sana? Boleh rujuk maklumat di bawah.. Selamat Berpuasa dan Berhari Raya ok!!!

Alamat : 
Butik Bawal House 
PT 345, Tingkat Bawah
Rumah Kedai Lembah Sireh
15050 Kota Bharu, Kelantan
No. Telefon : 016-9258244
Facebook :  bawalhouseofficial
Instagram : bawalhouse
Email : bawalhouseofficial@yahoo.com