Wednesday, 17 May 2017

Jangan Terpedaya Dengan Muka Cute !


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Rasanya dalam seminggu dua ni, Adam Fitri dah nak masuk umur 2 tahun.. Memang rasa cepat sangat masanya.. Rasa macam dia baby lagi.. Berangan je la.. Kalau bab mengusik kakak memang No. 1.. Juga mengusik kawan-kawan taska.. Jangan tertipu dengan muka cute dia.. Walaupun nak mengusik kita, muka cute tu tetap dia akan tunjuk.. Haha..

Berbanding dengan kakak, seusia Adam sekarang, Zara dah dapat adik.. So mungkin disebabkan itu jugalah Zara nampak lebih matang dari Adam.. Dan juga mungkin faktor jantina kan.. Ramai yang kata macam tu.. Kalau anak sulung perempuan, mesti akan lebih matang.. Adam pula, bab manja still ada pada dia.. Tak boleh kakak tinggikan suara sikit, mula la dia buat muka.. Tapi beberapa saat lepas tu, jangan terkejut kalau dia terus pergi kacau kakak pula..

Alhamdulillah.. Allah kurnia dua cahaya mata.. Sepasang pula la.. Sihat walafiat walaupun Adam ni lebih kerap diuji dari kesihatan berbanding kakak.. But overall, alhamdulillah.. So hujung bulan ni birthday Adam.. Memang dah nampak dah apa hadiah paling best untuk dia.. Walaupun birthday kakak lagi dua bulan, tapi Papa tetap kena beli dua hadiah juga sebab mesti kakak merajuk dengan Papa.. Hehe..

Bila birthday kakak, pun Papa kena beli dua.. Kakak dah banyak kali mention birthday dia lambat lagi.. Sekali lagi dia mention, Papa kena terus beli kek la.. Bukan untuk birthday, tapi just for fun.. Hehe.. Hadiah apa untuk birthday Adam? Tunggu Eraz update.. 

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.