Thursday, 18 May 2017

Iftar Ramadan "Nuansa Aspirasi Ramadan" Di Hotel Perdana Kota Bharu

Iftar Ramadan "Nuansa Aspirasi Ramadan" Di Hotel Perdana Kota Bharu | Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah semalam dapat rasai makanan-makanan sedap di Hotel Perdana sempena review Iftar Ramadan "Nuansa Aspirasi Ramadan".. Terima kasih kepada pihak Hotel Perdana diatas jemputan ini.. Kalau sebelum ni pernah dinner di sini tapi masa tu tak ingat sangat apa rasanya.. Kenapa? Sebab masa tu sibuk duk jaga anak yang masih kecil.. Makan tetap makan, tapi tak ingat dah.. Haha.. Tapi kali ni, tu dia... Meh baca meh..


Iftar Ramadan "Nuansa Aspirasi Ramadan" kali memang meletop sebab ada lebih 188 sajian dari seluruh Malaysia dan signature mereka iaitu konsep kemeriahan bazaar Ramadan memang menjadi.. Menu yang paling diminati dari dulu sehingga sekarang masih dikekalkan.. Paling popular ialah Kambing Panggang atau orang Kelantan sebut, Kambing Golek.. Hehe.. Sehari dihidangkan sebanyak 3 ekor ya..

Selain daripada itu, 5 masakan kawah turut disediakan iaitu Kari Kambing Gearbox, Gulai Kawah Daging Tetel, Kari Kepala Ikan, Gulai Ayam Kampung Sumatera dan Masa Lemak Daging Salai Mangga Muda.. Pernah dengar Sup Torpedo? Kalau tak pernah, try google.. Sup Torpedo pun ada ok.. 

Deep Fried Chicken With Mango

Fried Chinese Beef Stick

Ikan Tiga Rasa

Fried Prawn With Chilli Sauce

Deretan Makanan Tersedia

Sup Belut 

Ulam-Ulam

Lain-lain hidangan memang banyak sampai Eraz tak boleh nak senaraikan semua di sini.. Dari segi ulam-ulam, tauhu sumbat, rojak buah, ais krim sehinggalah kepada pelbagai jenis pencuci mulut dari kuih-kuih kelantan sehinggalah kepada pelbagai jenis kek.. Bila pergi sana, memang rambang mata punyalah..

Tauhu Sumbat

Koleksi-Koleksi Pencuci Mulut

Koleksi-Koleksi Pencuci Mulut

Koleksi-Koleksi Pencuci Mulut

Koleksi-Koleksi Pencuci Mulut

Koleksi-Koleksi Pencuci Mulut

Koleksi-Koleksi Pencuci Mulut

Pelbagai Pilihan Minuman

Jeruk dan Buah-Buahan

Dalam satu masa, seramai 542 pelanggan boleh hadir.. Sangat luas dan selesa.. Dijanjikan juga, ini penting.. Makanan tidak akan habis sehingga tibanya Solat Terawih.. Untuk Sahur, makanan tersedia dari pukul 3.30 pagi sehingga pukul 5.30 pagi bergantung kepada waktu Imsak..

Kesemua aneka hidangan itu hanya RM 79.90 net seorang dan diskaun 50% akan diberikan kepada kanak-kanak berumur 4 - 12 tahun.. Iftar untuk majlis persendirian atau korporat pun boleh diatur di dewan-dewan dengan harga RM 68 nett seorang untuk tempahan minima 50 orang.. Dan dan dan.. Beramal sambil menjamu selera.. Alhamdulillah.. Setiap pembelian RM 1 akan disumbangkan kepada rumah kebajikan yang terpilih..

Instagram : #hotelperdana_kotabharu
untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi Jabatan Jualan 09-7458888

4 comments:

  1. perghh..memang berbaloi kalau mcm ni..:)

    ReplyDelete
  2. Huwaaaaa semua nampak sedap,terliurnyaaa

    ReplyDelete
  3. serius rm65? nasib baik jauh..tengok makanan semuanya sedap..tapi sup belut tu...emmmmm...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.