Tuesday, 30 May 2017

Kecoh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia

Kecoh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia | Assalamualaikum w.b.t.. Kecoh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia? Itu berita yang Eraz baca di mStar Online baru je tadi.. Kecoh ke? Kenapa Eraz tak nampak pun berita ni? Katanya Ahad lepas dah tersebar.. Ke di Malaysia baru nak viral? Lepas baca artikel tu, tiba-tiba adik ipar tanya dalam group whatsapp, betul ke Shah Rukh Khan dah meninggal dunia? Eh! Memang dah mula viral la tu berita ni.. Sib baik dah baca dulu dalam mStar tadi.. Terus copy paste berita di bawah ni :

Kecoh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia
Kecoh Shah Rukh Khan Meninggal Dunia

KHABAR angin tentang kematian aktor Bollywood terkenal Shah Rukh Khan mendapat perhatian selepas ia tersebar di laman sosial Facebook pada Ahad lalu.
Sebuah laman Facebook R.I.P Shah Rukh Khan yang diwujudkan oleh individu tidak bertanggungjawab tersebut telah menarik perhatian netizen sehingga menerima hampir satu juta like.
"Pada kira-kira 11 pagi, Ahad lalu (28 Mei 2017), pelakon yang kita cintai Shah Rukh Khan meninggal dunia. Shah Rukh Khan dilahirkan pada 2 November 1965 di New Delhi. Pemergiannya akan dirindui tapi tidak akan dilupakan.
"Sila tunjukkan simpati dan takziah anda dengan menulis komen di laman Facebook ini," tulis status pada berita palsu tersebut.
Beratus-ratus peminat aktor berkenaan meninggalkan komen dan ucapan takziah dengan menyatakan rasa sedih terhadap berita berkenaan.
Bagaimanapun, segelintir peminat tidak mempercayai berita palsu tersebut berikutan terlalu banyak berita palsu tentang kematian artis terkenal.
Mereka berkata, berita penting itu seharusnya dilaporkan oleh media-media utama di India dan bukan hanya sekadar di laman Facebook.
Pada Isnin lalu, wakil kepada pelakon Kuch Kuch Hota Hai menerusi satu kenyataan menafikan perkara berkenaan.
"Beliau kini turut termasuk dalam senarai panjang selebriti yang menjadi mangsa penipuan ini. Dia masih hidup dan berada dalam keadaan baik. Berhenti mempercayai apa yang anda baca di Internet," ujarnya.

Berita palsu macam kematian ni memang banyak la duk viral.. Kesian la kat orang yang kena tu.. Biasanya memang artis la.. Ada sekali tu sampai dua kali berita palsu kematian dia.. Tapi orang tu sihat walafiat je.. Isk2.. Tak baiknya pada siapa yang mula viral kan perkara tak benar ni.. Macam kes video artis Malaysia yang Eraz tak nak sebut nama,, Dah la video lama, sekarang baru upload.. Kesian betul pada artis tu.. 

Apa-apa pun, segala berita, pastikan dulu kebenaran, baru sebar ok.. Kalau tak pasti, jangan duk share je.. Wassalam..
Read more ...

Harga Paling Rendah DEXANDRA PERFUME Tawarkan Untuk PROMOSI RAYA !

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa ada pengalaman guna DeXandra Perfume? Eraz sendiri memang dah lama 'jatuh cinta' dengan DeXandra Perfume.. Kenapa? Sebab memang banyak pilihan bau yang ada.. Yang lelaki dan wanita.. Kira macam kalau mula2 beli Invictus by Paco Rabbanne, lepas je habis, terus je beli lain yang lagi best macam Bond No. 9, The Scent of Peace For Him.. Penting ialah boleh bawa solat.. Dan semestinya harga la.. Kalau beli yang original, mahu sampai beratus-ratus dan ribu ok.. Tapi dengan DeXandra dengan bau yang sama, tahan lama, memang berbaloi-baloi.. So memang akan setia la..


Tengok banner di atas? Perhatian kepada semua pengguna DeXandra Perfume ataupun bakal pengguna DeXandra Perfume, inilah masanya korang nak dapatkan DeXandra sebabnya harga tengah rendah giler.. Berbaloi-baloi orang kata kalau nak beli.. Kalau memang korang setia dengan DeXandra, better beli lebih dari satu untuk simpan stok perfume lepas habis sebab bila tarikh promosi tamat, still boleh beli tapi dengan harga biasa la..

Harga Biasa :

Semenanjung : RM 65 sebotol / RM 120 dua botol
Sabah / Sarawak : RM 70 sebotol / RM 130 dua botol

HARGA PROMOSI SALES RAYA :

Semenanjung : RM 55 sebotol / RM 100 dua botol
Sabah / Sarawak : RM 60 sebotol / RM 110 dua botol

Jauh lebih rendah kan.. So tunggu apa lagi.. Dapatkan sekarang ok.. DeXandra Perfume yang dikenali ramai yang memang tahan bau sampai 8 jam dan boleh dibawa solat.. So nak pergi Solat terawih tu, boleh sembur dan bau akan bertahan sampai ke tengah malam la jawabnya.. Hehe.. Pelbagai pilihan ada yang korang boleh pilih.. Tengok senarai di bawah :


Nak dapatkan FREE POSTAGE? Boleh.. Takde masalah.. By the way kalau free postage ni kira macam korang pergi beli dikedai la kan.. Ini lagi best, order je online then perfume sampai depan mata tanpa bayar duit pos pun.. So special kepada pembaca blog ini akan dapat FREE POSTAGE.. So untuk tahu korang dapat tahu maklumat dari blog ini, korang ikut arahan ini semasa whatsapp :

TAIP, "DEX ERAZFADLI.COM" dan hantar ke 0179773382

Mereka akan reply message korang dan layan apa sahaja korang nak tanya ok.. So tunggu apa lagi.. Dapatkan DeXandra Perfume korang sekarang.. Inilah masanya korang nak beli kalau dah nak hampir habis atau nak try kan.. Kena cepat.. Walapun promosi bermula 27 Mei sehingga 03 Julai, kalau korang tunggu last minute, tak mustahil perfume pilihan korang dah habis, out of stock.. Sayang kan.. Jangan tunggu dekat raya sebab nanti Pos Laju stop penghantaran.. Rugi.. So! 

TAIP, "DEX ERAZFADLI.COM" dan hantar ke 0179773382 SEKARANG!!!




Read more ...

Monday, 29 May 2017

Happy 2nd Birthday, Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Tanggal 28.05.2017 semalam, ssia Adam Fitri genap 2 tahun.. Macam tak sangka pun ada.. Rasa macam dia baby je lagi.. Haha.. Mempunyai karekter yang sedikit berbeza dengan kakak, memang menampaknya dia ala-ala adik bongsu.. Suka bahasakan diri sebagai 'adik'.. Tak tahu la bila leh hilang panggilan tu.. Hehe.. Kalau Kakak Zara, sebelum umur 2 tahun, dah dapat adik dah.. Adik adik? Errmmm.. Insyallah kalau ada rezeki..

Apa-apa pun, Papa dan Mama doakan semoga Adam membesar dengan sihat walafiat, happy dan menjadi anak yang soleh.. Amin.. Nanti dia besar, mesti akan baca entri-entri Papa tulis ni.. So boleh tahu la cerita pembesaran dari kecil hinggalah masa saat Adam baca ni.. Hehe.. Gambar di bawah ni ialah pada Khamis lepas.. Celebrate di Taska awal sikit sebab birthday jatuh dalam Ramadhan..


Alhamdulillah semalam juga kami belikan satu lagi kek untuk Adam.. So tiup lilin la sekali lagi semalam.. Sebab dalam bulan Ramadhan, lepas berbuka baru la leh keluarkan kek.. Adam dan Zara, dua2 excited duk tiup lilin.. Kak Zara dah banyak kali tanya bila birtday dia.. Hehe..

Read more ...

Friday, 26 May 2017

Happy 6 th Anniversary !

"Ku melihatmu sempurna tak terungkap kata.. Saling menjaga dan setia untuk selamanya.."


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Hari ni, 26 Mei 2017, genap 6 tahun usia perkahwinan kami suami isteri.. Alhamdulillah.. Dengan usia perkenalan yang tak lama, terus bertunang pun tak lama, terus berkahwin.. Semua sekejap-sekejap.. Alhamdulillah aturan yang ditakdirkan oleh Allah ini betul-betul melengkapi hidup ini.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Zara Faleesya pun dah besar dan nak masuk 4 tahun.. Adam pula nak masuk 2 tahun dah.. Alhamdulillah.. Itu antara hadiah yang paling bermakna buat Eraz.. Walaupun kami diuji sebelum dikurniakan anak sulung, berkat kesabaran, Allah berikan rezeki itu.. Terima kasih semuanya..

Sayang,
Happy 6th Anniversary..
6 year down,
Forever to go!
I LOVE U..
Read more ...

Thursday, 25 May 2017

Kuih Keria Gula Melaka di Kota Bharu

Kuih Keria Gula Melaka di Kota Bharu | Assalamualaikum w.b.t.. Kuih Keria memang dah biasa dan ada di mana-mana kan.. Tapi bila Kuih Keria Antarabangsa di Melaka tu tiba-tiba popular sampai orang beratur panjang, teringin juga nak cuba kan.. Tapi takde la sampai nak pergi Melaka yang jauh nun di sana dari Kelantan ni kan.. Nak buat sendiri, tak de kesempatan dan tak pernah pun request dengan isteri.. Tapi tiba-tiba pada suatu petang..

Kuih Keria Gula Melaka di Kota Bharu
Kuih Keria Gula Melaka di Kota Bharu

Tiba-tiba masa on the way balik rumah satu petang, ternampak satu iklan di FB yang ada COD Kuih Keria Gula Melaka.. Eh! Nampak gambar macam sedap.. So boleh la try sikit dulu.. Terus whatsapp no. yang berkenaan.. Walaupun minimum kena order dua boxes, so kita try la.. Mana tahu sedapkan.. Sebab COD hanya pada hari Ahad, kena tunggu la beberapa hari.. Hehe..

Dapat je Ahad tu, memang panas-panas.. Ternyata best.. Mungkin sebab masih panas.. Ranggup tu ada.. Manas tu ada.. Alhamdulillah.. Berbaloi.. Insyallah lepas ni boleh order lagi.. Tapi kalau korang makan masa dah sejuk, rasa dia dah bertukar.. Still leh rasa gula melaka tu, tapi tak sesedap masa makan panas-panas.. 
Read more ...

Wednesday, 24 May 2017

SimetriSiti | Kini Kau Disisi

Assalamualaikum w.b.t.. Siti Nurhaliza, Dulu, Kini dan Selamanya.. Haha.. Memang dari Album Pertama Siti Nurhaliza tahun 1995 kot, Eraz berjaya kumpul.. Mula-mula dulu hanya kaset.. Tapi bila dah kerja, dan masa tu kaset masih ada, so Eraz beli kaset dan CD sekali.. Tapi sekarang, hanya CD yang available.. Kalau ada kaset pun, memang tak patut beli dah sebab nak play kat mana kan.. Hehe.. So tepat la hanya CD dikeluarkan..

Bila Dato' Siti Nurhaliza umum nak keluar album, memang dah pasang niat nak beli awal.. Tapi masa Siti release Pre Order di Lazada, memang tak dapat maklumat langsung.. Kalau tak, memang Eraz akan termasuk dalam golongan yang beli di Lazada.. Dapat tahu tu di Meletop tetapi semua dah habis yang special edition.. So decide beli di Kota Bharu ni je la..

Segala Perasaan.. Lagu dari SimetriSiti yang pertama Eraz dengar di ABPBH 3.0 baru ni.. Sekali dengar, memang dah terus 'jatuh cinta' katanya.. Terus rasa nak drive dan beli CD SimetriSiti ni.. Tapi semalam baru sempat keluar untuk dapatkan kan.. Alhamdulillah masih available di situ.. Nampaknya artis lain pun ramai keluarkan album tahun ni.. Tapi maaf, hanya satu ni je Eraz beli..


Dah rasmi dengar dalam kereta.. Ternyaya itu memang Siti.. Haha.. Segala Perasaan memang terbaik dan lagu-lagu lain tu memang serasi dengan pendengaran ni.. So maaf la kalau siapa naik kereta En. Eraz Fadli, dengar la lagu-lagu terbaru Siti Nurhaliza ya.. Cool..

Read more ...

Tuesday, 23 May 2017

Bila Search Keyword | Kayu Apa Paling Popular

Bila Search Keyword | Kayu Apa Paling Popular - Assalamualaikum w.b.t.. Kadang-kadang, apa yang kita taip di search keyword google, tak keluar apa yang kita nak kan.. Betul tak? Tapi banyaknya menetapi la kecuali memang tak de dalam online tu.. Tapi kadang-kadang keluar result yang kita memang tak sangka.. Contohnya di bawah ni.. Sebenarnya tak salah En. Google pun.. Hehe..

Cuba korang search 'Kayu Apa Paling Popular'.. Tengok apa yang En. Google keluarkan.. Sungguh tak sangka gambar di bawah yang akan keluar.. Kepada peminat Fattah Amin, jangan sentap ya.. Mungkin artikel ucapan Fattah Amin semasa menang Bintang Paling Popular baru ni membanti carian keyword ini., Adoi..


Read more ...

Monday, 22 May 2017

UNIC - Juara Gema Gegar Vaganza

UNIC - Juara Gema Gegar Vaganza | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya untuk Gema Gegar Vaganza Musim Pertama ni milik UNIC.. Pada mulanya, ramai yang mengandaikan Hijjaz akan menjadi juara.. Tapi selepas semua membuat persembahan semalam, nampaknya persembahan unik UNIC menajadi pilihan juri.. Sebenarnya kesemua peserta semalam memberikan persembahan yang terbaik dan sampai ke hati penonton.. Tapi biasa adat pertandingan, mesti ada tempat masing-masing kan walaupun mungkin berbeza markah yang tak banyak.. 


Berikut ialah senarai penuh pemenang Gegar Gegar Vaganza Musim Pertama

Juara - Unic (RM100,000)
Naib Juara - Hijjaz (RM30,000)
Ketiga - Mirwana (RM25,000)
Keempat - Azmi (RM20,000)
Kelima - Hafiz Hamidun (RM10,000)
Keenam - Saujana (RM5,000)

Kategori Khas

Persembahan Pilihan Penonton - Hijjaz (RM5,000)
Anugerah Gema Terindah - Azmi (RM15,000)

Lagu-lagu semalam (persembahan lagu pertama) memang sangat-sangat memberi kesan kepada penonton.. Dengan alunan suara dan persembahan mereka, ramai yang mengalirkan air mata.. Program GGV ni memang berjaya memberi impak kepada penonton terutama anak2 muda zaman sekarang yang dahulunya bukan membesar di zaman muzik Nasyid yang meletup dulu..

Untuk persembahan battle, mereka diberikan lagu berunsur Rap.. Bayangkan ahli kumpulan Nasyid menyanyi lagi genre ini terutama Hijjaz.. Tapi disamping memberi hiburan kepada penonton, mereka memang memberikan persembahan yang baik yang diselit dengan unsur ketuhanan.. Tidak lupa persembahan yang melekat dalam hati ialah persembahan Dato' Siti Nurhaliza dengan lagu Aku Bukan Malaikat dan dari Siti Nordiana & Oki Setiana Dewi untuk lagu Ketika cinta bertasbih..

Mungkin ada yang tahu tentang kisah salah seorang ahli UNIC iaitu Bazli.. Dalam pada beliau berjuang untuk GGV, beliau juga sangat tabah dalam menghadapi menjaga anaknya, Syahid yang berjuang menghadapi kanser.. Kemenangan semalam memang menjadi sebak tambahan ramai yang mengetahui kisah ini.. Kejayaan UNIC semalam juga ditujukan kepada anak Bazli.. Alhamdulillah.. Jom baca entri terbaru di Instagram Bazli UNIC sebelum konsert akhir bermula..


Repost from @bazliunic 
Demi cinta Kerana cinta Untuk cinta.. Kerana kau yang tercinta.. Ayah pergi berjuang dulu naaak. Ayah akan buat yang terbaik utk syahid malam ni. Ayah nak buktikan ayah juga pejuang gagah mcm syahid.
Sedih xdapat bawa isteri bersama memberi semangat krn komitmen menjaga syahid d hospital. Walaupun @asiahabubakar90 xd disisi tp asiah sentiasa dalam hati abg. Terima kasih krn mudah berbincang memahami tugas dan kerja abg. Moga ada sinar baru utk kita akan datang.. Amin.
#syahid #bintangsyurga #cancer #lymphoma #ggv #ggvunic #gemagegarvaganza
Sama-sama kita doakan semoga kesihatan Syahid bertambah baik dan baik sampai sampai sembuh sepenuhnya..
Read more ...

Sunday, 21 May 2017

Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa

Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa | Assalamualaikum w.b.t.. Tips ni sebenarnya bukan hanya untuk pembaca blog ERAZFADLI.COM, tapi untuk diri sendiri juga.. Eraz memang salah seorang manusia yang tak cukup minum air sehari-hari.. Kalau hari biasa dah macam tu, bulan Puasa memang lagi la.. Tapi kali ni kita cuba ubah ok.. Ini Eraz share Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa.. Insyaallah dapat membantu kita semua ok..

Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa
Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa

Gelas Pertama : Selepas Bangun Sahur
Gelas Kedua : Selepas Sahur
Gelas Ketiga : Selepas Azan Maghrib
Gelas Keempat : Selepas Solat Maghrib
Gelas Kelima : Selepas Makan
Gelas Keenam : Selepas Solat Isyak
Gelas Ketujuh : Selepas Solat Terawih
Gelas Kelapan : Sebelum Tidur

Alhamdulillah.. Kalau kita semua boleh ikut jadual tu, cukuplah LAPAN gelas sehari.. Tak cukup air ni bahaya juga sebenarnya.. Apa kesannya? Banyak kot kalau nak cerita kat sini.. Try google, mesti jumpa punya.. Ulser mulut pun senang dapat.. Apa-apa pun, selamat mencuba semua ok! Untuk diri sendiri juga.. Insyaallah..
Read more ...

Saturday, 20 May 2017

Bila Hari Raya Aidilfitri Jatuh Hari Ahad

Assalamualaikum w.b.t.. Sedia maklum yang Raya Aidilfitri tahun 2017 ni jatuh hari Ahad kan.. So kalau di Kelantan, cuti hanya Ahad dan Isnin je la.. Kalau HR tak umum Selasa cuti, Selasa dah mula kena buka office.. So kena lah bergilir kerja walaupun di hari raya ketiga.. Teringat zaman bujang dulu, memang takde masalah sangat la bekerja di hari raya ketiga.. Tapi dah kahwin ni, kebetulan pula kampung wife di Terengganu, so memang susah sikit la nak kerja hari ketiga, keempat dan kelima.. Hehe..

Bila fikir kena masuk kerja awal dan susah nak atur cuti, Eraz sendiri berpendapat, baiklah kerja sampai hari terakhir puasa dari kerja bermula Hari Raya ketiga.. Hehe.. Tapi itu Eraz la yang kerja dekat dengan kampung sendiri.. Tapi bagi yang bekerja diperantauan, kena la ambil awal sehari at least nak bagi sampai sehari sebelum raya atau malam raya..


Bila Hari Raya Aidilfitri Jatuh Hari Ahad.. Itu masalahnya kalau staf tak ramai.. Hari Raya kot.. Ada yang nak bersama family, ade yang balik kampung jauh2 kan.. Jadual cuti belum start bincang lagi.. Biasanya pada awal puasa baru bincang.. Eraz sendiri paling tidak kena cuti sampai Raya kelima sebab plan ke Terengganu pada Hari ketiga hingga kelima.. Esoknya terus kerja, insyaallah ok la.. Tak sanggup dah nak sambung cuti sedangkan ada staf yang dah mula bekerja pada Hari Raya ketiga kan..

Korang macamana? Kalau bukan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor, korang kena kerja bermula hari apa? Maksudnya office buka paling awal bila? Cuti korang macamana? Jangan stress2 ya.. Mesti ada dikalangan korang yang kena kerja Hari Raya ke tiga.. Sebabnya baru dah nampak satu status di FB katanya Raya Kedua dah kena bertolak dari kampung sebab esoknya kerja.. Sabar la ya..
Read more ...

Friday, 19 May 2017

Bonding With Our Kids at BB World KB Mall

Assalamualaikum w.b.t.. Dalam pada bersiap nak keluar rumah pagi semalam, dalam kepala duk fikir mana nak bawa budak2 ni have fun sikit.. Si Papa baru ok dari demam so baru ni memang tak sempat nak bawa keluar ke mana2.. Kalau dalam seminggu tu tak bawa keluar have fun at least seminggu sekali, rasa macam tak sanggup.. Hati seorang Papa dan Mama kot.. So tengah bersiap pagi tu, terus beritahu wife, kita keluar lepas habis kerja ke satu tempat dan terus la berbuka puasa di luar..


So terus fikir je KB Mall je la sebab semalam hujan la pula.. Main kat luar memang lepas la.. So semalam keluar dengan sebuah kereta, then petang tu ambil Adam dulu, then Zara Faleesya dan terus Mama di tempat kerja pula.. Sebab dah solat Asar walau2, terus ke KB Mall saje.. Kalau dah ada tempat halatuju macam tu, senang..


Alhamdulillah, masa pergi semalam, tak seramai biasa.. Mungkin sebab hari kerja.. So memang anak2 main dengan bebas la.. Kita yang tengok ni pun happy.. Lepas tu baru la datang 2, 3 family lain.. Tapi masih terkawal lagi tempatnya walaupun tak sebesar Kidzoona AEON Mall.. Dengan harga yang diletakkan oleh BB World, alhamdulillah, anak2 tak sempat nak boring, kami dah ajak keluar kot.. Hehe..


Tapi tak pernah biarkan anak main sekejap.. At least sejam atau lebih sikit.. Semalam kami biarkan je mereka main sebab menunggu masa nak berbuka puasa.. Walaupun kawasan tak luas, orang tak ramai, anak2 memang tak pernah berjauhan.. Seolah2 macam kami main sekali sebab duk follow ke sana ke mari.. Tak boleh la terlepas pandang sebab hati akan rasa berdebar terus.. Memang dari dulu macam tu.. Kalau bermain di tempat luas, mata ni memang tak pernah lepas anak2.. 

Inilah Adam.. Main gelonsor memang lain dari orang lain.. Orang turun dengan duduk, dia turun dengan meniarap.. Dari kecil macam tu, sampai la sekarang ni.. Alhamdullillah, dengan bawa anak2 keluar macam ni, at least anak2 rasa happy dan bebas.. Takde la duduk dalam rumah je.. Kita orang tua, mungkin ok kan sebab nak berehat ke apa, tapi anak2? Risau mereka rasa terkurung.. At least bagi mereka main di luar sekejap dan ibu bapa harus la ada bersama..

Keadaan sekarang memang sangat berbeza dari dulu.. Kalau zaman kita kecil2, ok je nak kemana-mana tanpa ibu bapa.. Ini contoh Eraz yang hidup di kampung.. Tapi sekarang? Next entri, boleh ceita ini.. Sambung topik Kalau Dulu ni..

Read more ...

Thursday, 18 May 2017

Iftar Ramadan "Nuansa Aspirasi Ramadan" Di Hotel Perdana Kota Bharu

Iftar Ramadan "Nuansa Aspirasi Ramadan" Di Hotel Perdana Kota Bharu | Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah semalam dapat rasai makanan-makanan sedap di Hotel Perdana sempena review Iftar Ramadan "Nuansa Aspirasi Ramadan".. Terima kasih kepada pihak Hotel Perdana diatas jemputan ini.. Kalau sebelum ni pernah dinner di sini tapi masa tu tak ingat sangat apa rasanya.. Kenapa? Sebab masa tu sibuk duk jaga anak yang masih kecil.. Makan tetap makan, tapi tak ingat dah.. Haha.. Tapi kali ni, tu dia... Meh baca meh..


Iftar Ramadan "Nuansa Aspirasi Ramadan" kali memang meletop sebab ada lebih 188 sajian dari seluruh Malaysia dan signature mereka iaitu konsep kemeriahan bazaar Ramadan memang menjadi.. Menu yang paling diminati dari dulu sehingga sekarang masih dikekalkan.. Paling popular ialah Kambing Panggang atau orang Kelantan sebut, Kambing Golek.. Hehe.. Sehari dihidangkan sebanyak 3 ekor ya..

Selain daripada itu, 5 masakan kawah turut disediakan iaitu Kari Kambing Gearbox, Gulai Kawah Daging Tetel, Kari Kepala Ikan, Gulai Ayam Kampung Sumatera dan Masa Lemak Daging Salai Mangga Muda.. Pernah dengar Sup Torpedo? Kalau tak pernah, try google.. Sup Torpedo pun ada ok.. 

Deep Fried Chicken With Mango

Fried Chinese Beef Stick

Ikan Tiga Rasa

Fried Prawn With Chilli Sauce

Deretan Makanan Tersedia

Sup Belut 

Ulam-Ulam

Lain-lain hidangan memang banyak sampai Eraz tak boleh nak senaraikan semua di sini.. Dari segi ulam-ulam, tauhu sumbat, rojak buah, ais krim sehinggalah kepada pelbagai jenis pencuci mulut dari kuih-kuih kelantan sehinggalah kepada pelbagai jenis kek.. Bila pergi sana, memang rambang mata punyalah..

Tauhu Sumbat

Koleksi-Koleksi Pencuci Mulut

Koleksi-Koleksi Pencuci Mulut

Koleksi-Koleksi Pencuci Mulut

Koleksi-Koleksi Pencuci Mulut

Koleksi-Koleksi Pencuci Mulut

Koleksi-Koleksi Pencuci Mulut

Pelbagai Pilihan Minuman

Jeruk dan Buah-Buahan

Dalam satu masa, seramai 542 pelanggan boleh hadir.. Sangat luas dan selesa.. Dijanjikan juga, ini penting.. Makanan tidak akan habis sehingga tibanya Solat Terawih.. Untuk Sahur, makanan tersedia dari pukul 3.30 pagi sehingga pukul 5.30 pagi bergantung kepada waktu Imsak..

Kesemua aneka hidangan itu hanya RM 79.90 net seorang dan diskaun 50% akan diberikan kepada kanak-kanak berumur 4 - 12 tahun.. Iftar untuk majlis persendirian atau korporat pun boleh diatur di dewan-dewan dengan harga RM 68 nett seorang untuk tempahan minima 50 orang.. Dan dan dan.. Beramal sambil menjamu selera.. Alhamdulillah.. Setiap pembelian RM 1 akan disumbangkan kepada rumah kebajikan yang terpilih..

Instagram : #hotelperdana_kotabharu
untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi Jabatan Jualan 09-7458888
Read more ...

Wednesday, 17 May 2017

Jangan Terpedaya Dengan Muka Cute !


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Rasanya dalam seminggu dua ni, Adam Fitri dah nak masuk umur 2 tahun.. Memang rasa cepat sangat masanya.. Rasa macam dia baby lagi.. Berangan je la.. Kalau bab mengusik kakak memang No. 1.. Juga mengusik kawan-kawan taska.. Jangan tertipu dengan muka cute dia.. Walaupun nak mengusik kita, muka cute tu tetap dia akan tunjuk.. Haha..

Berbanding dengan kakak, seusia Adam sekarang, Zara dah dapat adik.. So mungkin disebabkan itu jugalah Zara nampak lebih matang dari Adam.. Dan juga mungkin faktor jantina kan.. Ramai yang kata macam tu.. Kalau anak sulung perempuan, mesti akan lebih matang.. Adam pula, bab manja still ada pada dia.. Tak boleh kakak tinggikan suara sikit, mula la dia buat muka.. Tapi beberapa saat lepas tu, jangan terkejut kalau dia terus pergi kacau kakak pula..

Alhamdulillah.. Allah kurnia dua cahaya mata.. Sepasang pula la.. Sihat walafiat walaupun Adam ni lebih kerap diuji dari kesihatan berbanding kakak.. But overall, alhamdulillah.. So hujung bulan ni birthday Adam.. Memang dah nampak dah apa hadiah paling best untuk dia.. Walaupun birthday kakak lagi dua bulan, tapi Papa tetap kena beli dua hadiah juga sebab mesti kakak merajuk dengan Papa.. Hehe..

Bila birthday kakak, pun Papa kena beli dua.. Kakak dah banyak kali mention birthday dia lambat lagi.. Sekali lagi dia mention, Papa kena terus beli kek la.. Bukan untuk birthday, tapi just for fun.. Hehe.. Hadiah apa untuk birthday Adam? Tunggu Eraz update.. 

Read more ...

Tuesday, 16 May 2017

Hati Berbunga-Bunga Dengan Kempen Cahaya Raya bersama Shopee

Assalamualaikum w.b.t.. Hati Berbunga-Bunga Dengan Kempen Cahaya Raya bersama Shopee? Berbunga-Bunga? Sebab apa? Sebab shopping raya ke? Sebab Shopee ke? Sebab Apps ke atau sebab tawaran yang ada? Hehe.. Kalau nak tahu, korang kena baca entri ni.. Insyallah tersenyum-senyum nanti dan pada yang beli install apps Shoppe, terus akan download.. Hehe.. 

Shopping Raya.. Siapa yang kat sini tak terlibat dengan shopping raya? Hehe.. Tipu la kot.. Saya rasa semua terlibat kot.. Cuma yang berbeza ialah caranya, bajetnya, tempatnya dan beberapa faktor lain lagi.. Dan berapa kat sini yang suka shopping online dan sebaliknya? Bagi Eraz, dua-dua cara Eraz guna.. Online dan walk in.. Tapi di zaman sekarang ni, kalau tak walk in, semua di hujung jari la.. Pilih je nak apa then akan sampai depan mata.. Tambah-tambah masa tu dah rasa macam memang tak sempat dah nak keluar di cari..

Shopee.. Siapa pernah dengar..? Ini good news untuk korang.. Shopee telah melancarkan kempen Cahaya Raya bersama Shopee dengan tawaran potongan harga sehingga 90 % serta hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM50,000.. Uik! Membeli dan dapat hadiah? Menariknya.. Kempen Cahaya Raya bersama Shopee akan bermula semalam, 15 Mei hingga 30 Jun.. Bila ada jenama macam Nestle, Unilever, Senheng, Huawei, Oppo dan Asotv turut serta, memang betul-betul untuk raya ni.. Dengar berita tu, terus download apps Shopee kat phone..


Senang sahaja nak cari.. Search je Shoppe.. Pasti akan tersenarai di bahagian atas sekali.. Dan semestinya FREE je untuk install.. Jujurnya sebelum install apps Shoppe ni, Eraz tak terfikir pun nak letak di handphone.. Tapi bila google ada tawaran yang memang hebat dari yang lain, terus decide download dan rezekinya masa tu internet so marvelous.. Sekejap je, terus siap! Lepas install, step seterusnya sangat senang..


Tadaaaaa.. Settle install.. Settle 'jalani' baca apa yang diterangkan sikit-sikit.. Apa yang penting lain? Korang mesti tak nak terlepas peluang dapat tahu tawaran best dari Shoppe kan.. So set la awal-awal untuk dapatkan notifikasinya.. Allow je.. So bila ada apa-apa 'good news', terus dapat tahu.. Tak perlu la nak tunggu buka apps kan.. Betul tak?


Eraz jujurnya memang salah seorang yang suka shopping secara online.. Tak semestinya tunggu raya.. Bulan-bulan biasa pun 'jalan' guna.. Sedangkan barang keperluan anak pun Eraz akan beli online.. Mainan.. Botol Susu.. Lampin.. Dan lain-lain la.. Bila birthday anak isteri dah dekat, mesti akan buka semua apps yang ada.. Kenapa? For sure la nak menjadi pengguna yang bijak.. Survey harga dulu..

By the way.. Macam yang Eraz sebut mula-mula tadi.. Shoppe baru sahaja lancarkan Cahaya Raya bersama Shopee.. Giler wei.. Harga-harga barangnya memang boleh buat kita bulat mata.. Haha.. 

Cahaya Raya bersama Shopee

Meh sini Eraz share cara-cara mudah korang nak shopping di Shopee ni.. So simple..

1) Pertama sekali korang buka laman web www.shopee.com.my atau melalui Apps yang korang dah insyall tu.. Login tu wajib ya..

2) And then lepas tu, korang boleh pilih kategori barang yang korang nak beli atau search mana-mana barang popular.. 

3) Bila dah jumpa dan yakin dengan barang yang korang beli tu, korang klik je Add To Chart dan seterusnya Checkout as usual.. Then boleh la buat pembayaran.. Bila dah settle bab payment, tunggu je la barang tu sampai depan mata.. Hehe..

Senang kan?

Bila sebut Raya, tak lain dah tidak bukan dalam kepala, mesti la baju raya dulu kan.. Korang berapa pasang? Anak korang berapa pasang? Dan mestilah untuk anak lebih kan.. Tak kan la nak biarkan mereka beli sendiri.. Atau tak kan la nak biarkan mereka beraya yang baca lama kan.. Sedih pula rasa.. Nama pun raya.. Ini koleksi yang Eraz jumpa yang mungkin akan sampai pada Eraz.. Eh!!! Kantoi..



Apa yang korang tengok di bawah ni ialah salah satu interface di Shoppe.. Sangat user friendly.. Korang memang senang nak jumpa apa yang korang nak kan.. Dan kalau korang klik pada bahagian search, mereka akan senaraikan antara keyword yang popular.. Korang tak perlu taip, terus klik je.. Memang memudahkan untuk korang cara barang popular..


Korang.. Shopping raya bukan setakat baju raya je ya.. Barang elektrik atau peralatana rumah pun ada.. So korang explora la betul-betul.. Mata kena alert ya.. Mesti korang tersenyum? Kena senyum? Ya la sebab jumpa barang yang murah dan best kan.. Hehe.. Free shipping pun ada ok.. Okay jom mulakan sesi membeli-belah sempena Hari Raya untuk seisi keluarga di http://cahayaraya.shopee.com.my/ ..

Jangan lupa install Aplikasi Shopee secara PERCUMA di Google Play dan App Store!
Layari www.shopee.com.my untuk maklumat lanjut..

Waiting List untuk diri sendiri*



Read more ...