Assalamualaikum w.b.t.. Semalam masa Eraz jaga Adam di rumah, sekali pun tak muntah.. Suhu badan biasa sahaja.. Tetapi hari ni tak tahu kenapa, dari pagi Adam muntah sampai ke petang sambung sampai ke malam.. Mulanya kami bawa ke Klinik Rak*** di sini tetapi doktor yang merawat tu memang tak meyakinkan.. Tak check up semua pun dah buat keputusan yang meragukan.. Bila ada jawapan kurang pasti, memang tak puas hati..
So kami bawa Adam ke Klinik TMC di KOta Bharu ni.. Memang biasa ke situ sebab Dr. Zam.. Walaupun ramai yang tak berapa suka dengan cara dia bercakap, tapi ilmu dia tip top.. Kami dah berapa kali ulang sana.. Dah faham sangat cara dia bercakap dan membuat penerangan..
Dr. Zam beritahu biasa kes macam ni disebabkan virus.. So kalau virus, body akan lawan sendiri.. Cuma setiap kali lepas muntah, kena bagi air gram sebanyak 120 ml.. Kalau berlarutan, memang kena bawa ke hospital dan mungkin akan warded sebab nak masukkan air.. Minta jauh..
Setakat malam ni saje dah 2 ke 3 kali Adam muntah.. Tapi air garam tak nak minum.. Sib baik air biasa dia minum.. Susu ok tapi makan tak nak.. Dr. Zam pun ada maklum, orang demam biasa la tak lalu makan kan..
Harap bangun pagi esok, Adam kembali ceria..
Semoga Adam Fitri cepat sembuh la ya :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Hari ni, Jumaat, Adam dah ok.. Alhamdulillah..
Deletebudak memang tak akan minum air garam.. dkna pun tak minum kalau kes macam ni hahaaaa..
ReplyDeleteapa pon semoga cepat sembuh.. pastikan dia minum air supaya air dalam badan tak kering, atau bagi dia makan buah tembikai..pon ok jugak tu
Alhamdulillah.. Hari ni, Jumaat, Adam dah ok.. Alhamdulillah..
DeleteAdam hari tu muntah sekali atas badan Mama dia.. Yang kedua, atas paha Eraz.. Selamat lantai..
ReplyDelete