Wednesday, 29 March 2017

Nasi Lemak Gay

Nasi Lemak Gay | Assalamualaikum w.b.t.. Edisi nama Nasi Lemak ni memang dah melampau kot.. Pada mulanya agak ok dengan Nasi Lemak Spiderman.. Lepas tu bermula dengan nama Nasi Lemak Anak Dara.. Lepas tu dah agak melampau dengan Nasi Lemak Pondan.. Seterusnya muncullah Nasi Lemak Gay.. Adoi.. Rasa dah macam melampau-lampau la.. Lepas ni nama apa la lagi.. Ramai dah senaraikan.. 

Nasi Lemak Gay
Nasi Lemak Gay

Yes.. Memang betul.. Dengan meletakkan nama berkenaan, itu salah satu cara nak pasarkan jenama nasi lemaknya dengan mudah, tetapi semua orang boleh terima ke? Bila dah melibatkan isu-isu yang sensitif, for sure ramai netizen yang berkata-kata.. Pemasaran dia berjaya.. Jualan? Tak semestinya kot.. 

Kalau korang la dengar Nasi Lemak Gay.. Apa pertama sekali korang akan fikir? Renung-renungkan.. Dah dapat publisiti percuma pada tuan milik Nasi Lemak Gay ni.. Hehe..

Tuesday, 28 March 2017

Siti Nordiana, Pengacara Gema Gegar Vaganza

Siti Nordiana, Pengacara Gema Gegar Vaganza | Assalamualaikum w.b.t.. Semalam ada terbaca pasal program terbaru dari Astro ni.. Gema Gegar Vaganza.. Katanya salah seorang pengacaranya ialah Siti Nordiana.. Betul ke wartawan ni tulis.. Betul ke Siti Nordiana.. Salah tulis ke? Macam tak percaya.. Tapi sekali lagi terbaca berita yang sama di mStar.. So betullah Siti Nordiana akan bergandingan dengan Achey Bocey serta Fikri (Lawak Solo) sebagai pengacara program Gema Gegar Vaganza yang akan di tayangkan di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) pada setiap hari Sabtu, 9 malam bermula 08 April 2017..

Siti Nordiana, Pengacara Gema Gegar Vaganza
Siti Nordiana, Pengacara Gema Gegar Vaganza

Gema Gegar Vaganza ini seakan sama dengan program Gegar Vaganza tetapi akan mempertaruhkan lagu ketuhanan yang mana akan disertai oleh artis yang pernah mempunyai nama sebelum ini iaitu Kumpulan Hijjaz, Kumpulan Saujana, Kumpulan Mirwana dan Kumpulan UNIC manakala peserta sola ialah Hafiz Hamidun, Ana Raffali, Bienda, Azmi Caliph Buskers, Izam (EYE) dan Wani.. Juri tetap untuk program ini ialah Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi..


5 Langkah Tempah Hotel di Trivago Secara Online

5 Langkah Tempah Hotel di Trivago Secara OnlineAssalamualaikum w.b.t.. Kalau korang nak pergi bercuti, for sure mesti banyak pilihan laman web yang boleh dipilih untuk membuat tempahan kan.. Dalam banyak-banyak tu mesti ada yang terbaik kan.. Antara yang Eraz pernah guna ialah Trivago.. First time guna masa Eraz ke Kuala Terengganu.. Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah bermula dari mencari nama-nama hotel yang berdekatan, sampailah ke saat pembayaran.. Bila semua dah settle, sampai masa, pergi check in je.. Bayaran semua dah settle kan.. Alhamdulillah.. So korang pun boleh la guna Trivago.. Insyallah puas hati punya..


So, kenapa sebenarnya memilih Trivago? Sebabnya Trivago merupakan satu laman web carian hotel murah terhebat di dunia kerana boleh membenarkan kita untuk memilih hotel-hotel terbaik dunia.. Melalui online sahaja, korang boleh pilih hotel-hotel yang ada di Malaysia mahupun luar pada Malaysia.. Singapura ke, Jepun ke.. Mana-mana lah.. Caranya tersangatlah mudah..

5 Langkah Tempah Hotel di Trivago Secara Online

1. Pergi ke laman web www.trivago.com.my.. Lepas terus pilih kawasan tempat korang nak bercuti.. Nanti Trivago akan senaraikan untuk korang..


2. Mencari hotel penginapan anda

Bila korang dah masukkan tempat korang nak bercuti, boleh la masukkan teruskan tarikh nak check in dan nak check out.. Jenis bilik pun kena pilih terus sebab mana la tahu ada masa pergi dengan kawan-kawan mesti bilik kecil sikit kan, tapi kalau dengan family, mesti bilik besar sikit.. Terus SEARCH..


3. Menempah hotel pilihan anda

Selepas selesai buat pilihan lokasi hotel berkenaan, Trivago akan senaraikan hotel yang ditawarkan dan korang boleh buat membuat pilihan mengikut populariti, harga dan jarak.. Semua atas keselesaan dan ciri-ciri yang korang nak..

Untuk melihat perincian berkenaan, anda boleh klik bahagian filter OK..


4. Membuat bayaran tempahan

Selepas puas hati dengan pilihan hotel, korang boleh terus klik pada pilihan korang dan laman web terus akan bawa korang ke laman web untuk membuat bayaran.. Di situ, korang boleh membuat pilihan untuk tempah hotel bersama sarapan atau tidak.. Bergantung kepada pilihan masing-masing.. Simple je.. 

5. Selepas dah pilih semua dan tetapkan cara nak buat bayaran, ikut je arahan yang ditetapkan dan biasanya tak sampai 5 minit, tempahan selesai.. Email pun korang akan terima.. So tunggu masa je la untuk bercuti.. Hehe..

Semoga info membuat tempahan menggunakan Trivago ini berguna kepada korang.. Pilihlah Trivago!!!!

Untuk maklumat lebih detail lagi, korang boleh la ke laman web INI.. Terima kasih..

Friday, 17 March 2017

MAHALNYA ! Pisang Goreng 4 Keping = RM 2

Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam sesuatu lak tajuk entri kali ni.. Tapi itulah hakikatnya.. Baru ni Eraz singgah beli Pisang Goreng di tempat biasa tetapi sangat terkejut dengan harganya.. Pisang Goreng 4 Keping = RM 2.. Kita beli untuk staf office yang ada hanya 2, 3 orang hari tu.. Beli la kerepok lekor RM 2 dan Pisang Goreng RM 2.. Biasa dah cukup dah.. Dan mungkin tak habis.. Tapi yang berlaku hari tu memang buat kita terkejut..


Kenapa? Sebabnya biasanya memang suka singgah beli kat makcik ni dan sebelum memang sedap la.. Tapi kenapa la kali ni terkena lak macam ni.. RM 2 bersamaan 4 keping.. Masa order beritahu harga RM 2 keropok dan RM 2 pisang goreng.. So tengok dia letak kerepok dah pelik.. Kenapa sikit kan.. Lepas tu bilang dia letak pisang goreng, eh! 4 je.. Sebelum balik tu dan nak bayar, tanya sekali lagi, berapa harga ni makcik.. RM 4.. Errrmmmm.. Baiklah..

So mungkin hari tu pisang mahal kot.. Dan mungkin hari sebab makcik dan potong kecik-kecik pisang tu.. Dan mungkin hari bla bla bla.. Itulah yang difikirkan dalam kereta.. Hakikatnya zaman sekarang, banyak barang dah mahal.. Rasa macam berbeza sangat sangat sangat dari dulu.. Apa boleh buat.. Ini di zaman kita dewasa.. Kalau di zaman anak kita pulak dewasa, tak tahu la kan.. 

Wednesday, 15 March 2017

Cara Bagi Anak Berkelakuan Baik Di Kedai Makan

Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang ni, kalau nak makan satu keluarga di luar, memang kami memerlukan sesuatu yang boleh buat anak rasa tenang sementara menunggu makanan siap dan sampai ke meja makan.. Kakak Zara dah ok sekarang.. Tapi adik Adam yang semakin membesar ni memang perlukan sesuatu.. Kalau tak, memang dia tak selesa menunggu lama.. Ya lah, budak kecil kan.. Mana boleh duduk diam lama-lama kecuali tidur..


Kalau sebelum INI Eraz pernah cerita berikan Galaxy Tab sementara nak nunggu makanan, kalau yang terbaru ni, Eraz terpaksa jalan sikit pergi beli buku mewarna dan crayon walaupun di rumah dah ada banyak.. Daripada bagi mereka pegang alat elektronik bercahaya, baiklah kita bagi buku kan.. Mata pun tak terjejas..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan lepas makanan sampai, mereka dapat makan dengan tenang.. Dalam kepala, lepas ni ada tahu nak bawa apa-apa siap-siap.. For sure mereka berdua akan syok punya main.. Apa dia? Magic Book.. Korang boleh tengok videonya di sini..

Tuesday, 14 March 2017

Siti Nordiana - Terus Mencintai

Siti Nordiana - Terus Mencintai | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya selepas menang Gegar Vaganza Musim Kedua yang lepas, Siti Nordiana cuba berubah arah genre muziknya dengan muncul dengan lagu Pesanan Teragung.. Tapi tak tahu mana silapnya, lagu tu meletop! Mungkin penerima peminatnya kurang suka kot muzik tu.. Tapi kalau dengar lagu Pesanan Teragung tu, memang best.. Ciptaan pun dari orang yang bukan calang-calang.. Lirik ke arah ketuhanan.. Mungkin bukan rezeki Nana., Tapi..

Siti Nordiana - Terus Mencintai

Tapi pada bulan Mac 2017 ni, Nana muncul dengan single terbaru iaitu Terus Mencintai.. Sekali dengar, memang dah tahu itu Nana.. Nana kembali dengan lagu sezamannya dulu dan dengan kali lain, dengan lagu 'leman' dia.. Kalau lagu ni jadi OST mana-mana drama, sure meletop.. Dan rasanya macam tak mustahil, lagu ni akan popular.. Memang mendayu-dayu kalau dengar.. Harapnya lagu ni dapat masuk AJL.. Tak sabar juga nak tengok Nana bersaing untuk dapatkan title vokal terbaik selepas menang di Gegar Vaganza sebelum ni..


Lagu Terus Mencintai ni hasil ciptaan Nana dan Nana katakan itu adalah kisah cinta nya sendiri.. Kira macam kisah lama la.. Selalunya kalau cipta lagu kisah sendiri ni, best.. Contoh Shila Amzah.. Siap menang AIM lagu.. Tapi untuk Nana, belum nampak lagi la sebab baru seminggu kot lancar.. Di youtube dah banyak video berserta lirik dan rata-rata komennya sangat bagus..

Siti Nordiana - Terus Mencintai

Pada yang masih belum dengar lagi, kat sini Eraz masukkan video dari Youtube ni.. So try la korang dengar.. Cuba komen apa pendapat korang.. Cool..

Sunday, 12 March 2017

Rayuan BR1M Dibuka Mulai 3 April - 31 Mei 2017

Rayuan BR1M Dibuka Mulai 3 April - 31 Mei 2017 | Assalamualaikum w.b.t.. Baru ni kecoh dalam media sosial pasal ramai giler yang tak berjaya dapatkan BR1M.. Mungkin ada yang mendapat keputusan yang tak memuaskan.. Ada juga yang mungkin salah faham.. So kepada yang masih berminat untuk membuat rayuan, Rayuan BR1M Akan Dibuka Mulai 3 April - 31 Mei 2017.. Boleh setkan reminder ok..

Berdasarkan alasan yang diberikan baru ni, mengikut apa yang Eraz baca, korang boleh la bawa bersama dokumen yang berkaitan contohnya Salinan SSM, Salinan Penyata Akaun Perniagaan, Salinan Penyata Gaji Pemohon / Pasangan / Tanggungan..

Rayuan boleh dibuat di Lembaga Hasil Dalam Neger (LHDN), Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).. Lebih detail, korang boleh hubungi 1-800-88-2716..

 

Saturday, 11 March 2017

Anak-Anak Ber'Family Day', Bapak Kerja !

Assalamualaikum w.b.t.. Pejam celik pejam celik, dah masuk pertengan Bulan Mac 2017.. Ya Allah, masa sangat cepat berlalu.. Sekejap je.. Tanpa kita sedar.. Setuju tak? Adakah masa sekarang ni memang cepat atau kita yang banyak perkara perlu diselesaikan setiap hari? Renung-renungkan.. Berbalik kepada tajuk entri hari ni.. Anak-Anak Ber'Family Day', Bapak Kerja !.. Inilah yang terjadi kalau si bapa memang kena berkerja di hujung minggu.. Kerja hakiki ya.. Bukan part-time ke apa.. Si ibu dan family lain-lain pula bercuti pada hujung minggu..


Hari ni, anak-anak dan isteri join family day yang dianjurkan oleh tempat kerja Tok Ma Zara dan Adam.. Wife of course la join sebab budak-budak pergi kan.. Si Papa ni pula dalam hati nak sangat pergi tapi apa kan daya, apply cuti memang tak lepas.. So bergembira la anak-anak tanpa Papa di sisi.. Cewah.. Nasib baik dan Alhamdulilah sebab selain wife dan Tok Ma sepupu, tiga mak saudara mereka join dan sepupu mereka... Kira dah ramai juga la geng nya..

Bila la sampai masanya nak 'stop' kerja hujung minggu ni.. Doakanlah semoga Eraz murah rezeki untuk 'berhijrah' ke dunia yang baru.. Amin..

Friday, 10 March 2017

Stok Makanan di Pejabat

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau kerja, ada ketika tu memang terlupa untuk breakfast atau dengan kata lain, makan la.. Itu kes yang terlupa.. Ada juga kes yang tiba-tiba lapar walaupun dah makan pun ada kan.. Macam kes la ada kiranya.. Dan setiap orang memang akan ada jenis makanan yang mereka gemar yang boleh dimakan sewaktu membuat kerja di pejabat..


Bagi Eraz.. Biskut adalah pilihan yang terbaik.. Dah la kenyang kan.. Lepas tu senang nak makan.. Simpan pun senang.. Kalau sebelum ni, bukan favourite sangat pun biskut ni.. Tapi lepas Zara yang suka makan biskut ni sebelum pergi Tadika, bila Papanya try baru ni, rupanya sedap juga biskut Jacobs ni.. Patut la ex-boss wife bawa bertin tin biskut di office dia.. 

Kalau pilihan korang, makanan apa yang menjadi bekal di pejabat?

Wednesday, 8 March 2017

Bila Adam Fitri Muntah Lebih 8 Kali

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam masa Eraz jaga Adam di rumah, sekali pun tak muntah.. Suhu badan biasa sahaja.. Tetapi hari ni tak tahu kenapa, dari pagi Adam muntah sampai ke petang sambung sampai ke malam.. Mulanya kami bawa ke Klinik Rak*** di sini tetapi doktor yang merawat tu memang tak meyakinkan.. Tak check up semua pun dah buat keputusan yang meragukan.. Bila ada jawapan kurang pasti, memang tak puas hati..

So kami bawa Adam ke Klinik TMC di KOta Bharu ni.. Memang biasa ke situ sebab Dr. Zam.. Walaupun ramai yang tak berapa suka dengan cara dia bercakap, tapi ilmu dia tip top.. Kami dah berapa kali ulang sana.. Dah faham sangat cara dia bercakap dan membuat penerangan..

 

Dr. Zam beritahu biasa kes macam ni disebabkan virus.. So kalau virus, body akan lawan sendiri.. Cuma setiap kali lepas muntah, kena bagi air gram sebanyak 120 ml.. Kalau berlarutan, memang kena bawa ke hospital dan mungkin akan warded sebab nak masukkan air.. Minta jauh..

Setakat malam ni saje dah 2 ke 3 kali Adam muntah.. Tapi air garam tak nak minum.. Sib baik air biasa dia minum.. Susu ok tapi makan tak nak.. Dr. Zam pun ada maklum, orang demam biasa la tak lalu makan kan.. 

Harap bangun pagi esok, Adam kembali ceria..

Tuesday, 7 March 2017

Kepakaran Seorang Isteri Mengikut Citarasa Suami

Assalamualaikum w.b.t.. Masa mula-mula dulu berkahwin, wife buatkan any sup, memang dah kena dengan citarasa.. Dan alhamdulillah, rasa tu kekal sampai ke hari ni.. Eraz ni jenis jarang-jarang je request masak apa-apa.. Kecuali memang rasa nak makan sangat-sangat.. Kalau wife baca ni, semalam Eraz ada request sesuatu.. Sebab memang rasa nak makan dengan air tangan isteri.. Hehe.. Apa dia? Tunggu dia masak kan dulu.. Berbalik kepada sup ni..

Bihun Sup memang favourite Zara ngan Adam.. Kalau buat mee sup je, bihun sup ke, sure mereka makan.. Sama la juga macam Eraz.. Kalau makan dikedai, kadang-kadang memang tak kena pada citarasa.. Ataupun masa first time cuba ok, tapi kadang-kadang bila pergi kali kedua, tak sedap dah.. Lain dengan air tangan isteri atau ibu ni.. Mesti akan sama.. Sebab mereka dah tahu apa yang perlu ada dan banyak mana perlu dimasukkan..

Bihun Sup

Soto Ayam

Bihun Sup memang dah banyak kali buat tapi Soto Ayam tu first time.. Katanya Soto Ayam Singapura.. Jauh tu datang.. Berasaskan sup juga so memang best.. Tapi rasanya dah lain sebab ada nasi impit, begedil.. Begedil ni sebenarnya lagi sedap kalau buat sendiri.. Dan wife hari tu dia 'edit' sendiri resipi dan hasilnya memang boleh 'jual' orang kata.. Ya la, kadang-kadang orang meniaga ni kena fikirkan untung tapi kalau sendiri pun untuk suami dan anak, mesti la lebihkan bahan yang best kan..

Saturday, 4 March 2017

Bila Adam Fitri Jumpa Air

Assalamualaikum w.b.t.. Ini kisah semalam.. Memang dalam kepala dan letakkan dalam kepala, balik kerja, sampai je rumah, nak ajak Zara dan Adam keluar jalan-jalan di sekitar taman ni.. Alhamdulillah berjaya keluar office secara on time dan sampai rumah pun awal.. Tak masuk rumah lagi, terus ajak Zara dan Adam keluar jalan-jalan sampai pergi beli ice blended sorang satu.. Itu salah satu cara nak wujudkan bonding time antara Papa dan anak-anak..

Lepas dah penat jalan-jalan dan nampak cahaya matahari dah nak jatuh, so silau sikit la.. Kami pun balik rumah dan Zara terus masuk rumah sebab dia nak main play doh dia dengan Mama.. Adam masih tak nak masuk rumah dan Eraz dah tahu apa dalam kepala dia.. Mula-mula main pintu pagar rumah dulu.. Lepas tu sikit-sikit dia ke tempat paip.. So sebab memang nak bagi dia main je, so terus Eraz ambil kan bekas, gayung dan paip getah tu..


So bila Adam Fitri dan air bertemu, memang lama la dia menyiram bunga.. 'Siram' kereta.. 'Siram' lantai dan apa yang ada disekeliling la.. So Eraz layan je dia main.. Janji tak bahaya kan dia.. Sampai la satu ketika, dia sendiri dah penat agaknya dan dia sendiri minta buka selipar nak masuk rumah.. Terus angkat masuk bilik air, mandi dan lepas siap pakai baju semua, hisap susu.. Memang penat la tu..

Setiap hari bila nampak ibu bapa postkan aktiviti hujung minggu bersama anak-anak, memang jeles dan kadang-kadang rasa kesian pada anak-anak dan isteri.. Eraz yang memang kena kerja hujung minggu, wife yang cuti hujung minggu, memang susah nak cuti bersama keluar bawa anak jalan-jalan.. 

Friday, 3 March 2017

Bila Ada Anak Perempuan


Assalamualaikum w.b.t.. Ini yang terbaru Papa beli dan bawa balik semalam.. Memang khas untuk kakak Zara.. Dah dapat rasa dia akan excited bila dapat yang baru ni.. Sebabnya play doh yang lama tu dah mengeras.. Tak boleh nak masuk acuan langsung.. Tapi bekas-bekasnya masa selamat.. So sebab kesiankan anak duk main yang rosak, terus beli yang baru.. Alhamdulillah kakak Zara suka..

Dan macam biasa, sejak dua menjak ni memang Zara suka ajak salah seorang dari kami main sekali.. So semalam Papa la kawan sepermainan dia.. Memang acuan ice cream banyak.. So jadilah ice cream yang berwarna warni.. So bila dah sama naik main benda alah tu, macam-macam la terhasil.. 

Inilah yang berlaku bila anak ada perempuan yang sedang membesar.. Seorang lelaki pun kena turut sama main mainan budak perempuan.. Itu belum masa main masak-masak ya.. Kalau tak, kena la berlakon makan roti, minum milo.. Hehe.. Kakak Zara dah ok main benda ni sebab dah besar.. Adik Adam kena monitor lagi sebab risau masuk mulut..