Tuesday 7 February 2017

Zara & Adam | Setelah Sebulan di Tadika & Taska Baru

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Permulaan tahun 2017 yang lepas, memang kami suami isteri akan sentiasa fikirkan keadaan Adam dan Zara sebab mereka mula di tadika dan taska yang baru.. Sebelum ni mereka duduk di nursery yang sama.. Tapi bila Zara masuk tadika, so Adam pun kami tukar juga ke taska yang baru..

Untuk Zara memang kami plan dari awal untuk hantar ke tadika berkenaan bila masuk umur 4 tahun.. Alhamdulillah, keputusan yang kami buat pada awalnya dulu terlaksana.. Tadika berkenaan antara yang terbaik dalam senarai.. So walaupun terpaksa 'belanja'kan bajet lebih, takpe demi masa depan anak.. Alhamdulillah selepas sebulan di situ, Zara memang menunjukkan peningkatan yang sangat baik.. 

Pada awal memang dia menangis bila sampai ke sekolah baru.. Tapi lepas seminggu ke seminggu, dah ok.. Hari ni, Zara dah tersenyum bila nak ke tadika.. Bila cuti panjang sikit, dah tanya bila nak ke school.. Sampai tadika dah heret beg ke tempat yang sepatutnya.. Bila balik tadika, bercerita itu dan ini.. Paling best bila tengok teacher update aktiviti pelajar.. Alhamdulillah.. 

Adam.. Alhamdulillah.. Bila dah masuk bulan kedua ni, Adam dah selesa.. Tak de la menangis bagai drama yang ada.. Cuma bila dah cuti panjang, masa mula-mula kembali ke taska, muncung lebih la.. Paling penting ialah keadaan Adam makin baik.. Kalau dulu, hantar Adam elok-elok ke nursery, balik nanti petang, mesti berhingus.. Tapi sekarang, alhamdullillah.. Bukannya apa.. Adam ni jenis sensitif sikit, kalau beringus lama, sampai keluar melalui telinga.. Nasihat doktor pakar masa tu ialah tukar nursery.. Alhamdulillah sekarang ok..


Paling best juga di taska baru.. Budak tak ramai.. Dalam 10 ke 11 orang je.. Itu pun bukan sentiasa penuh.. Kadang-kadang masa nak ambil Adam, hanya tinggal dua orang je.. Teacher ada dua orang, budak praktikal ada 3 orang.. Memang bahagia la budak-budak kat situ.. Paling penting, masa ambil Zara dan Adam sebelah petang, mereka happy.. Takde masam mencuka atau tak nak ke tadika esoknya.. Alhamdulillah.. 

4 comments:

  1. alhamdulillah..moga diorang selalu happy. itu yang penting

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah budak2 ni biasanya ada yg cepat adapt dgn environment baru dia. btw saya singgah dan follow blog ni ya. jemput melawat blog saya jika sudi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal.. Kita kena lebih bersabar kan..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.