Thursday 23 February 2017

Selepas Hampir 4 Bulan Kena Chicken Pox

Assalamualaikum w.b.t.. Chicken Pox ni adalah perkara biasa yang kita dengar dijangkiti kepada bayi, kanak-kanak dan budak-budak kan.. Tapi kalau orang tua macam Eraz yang bergelar pakcik dah ni memang jarang.. Dan amat jarang juga berlaku, Chicken Pox menyerang banyak pada muka.. Tetapi ianya berlaku juga kepada Eraz.. Memang dari dulu mengelak untuk kena Chicken Pox sebab masa budak-budak dulu tak kena.. Tapi jika terkena pada anak sendiri, memang tak mengelak la.. Sayang mengatasi segalanya..

Zara dan Adam pada mulanya kena Chicken Pox ni.. Rujuk entri INI.. Selepas dua minggu atau lebih beberapa hari, tanda-tanda awal muncul pada bapaknya pula.. Nasib baik maknya dah pernah kena.. Hehe.. Ingat kan biasa-biasa la kan sebab tengok keadaan anak sebelum ini ok.. Tapi parah rupanya.. Rujuk entri INI.. Kepada Eraz kategori kan parah? Sebabnya Eraz sampai masuk wad selama 5 hari di KPJ.. Rujuk entri INI.. Selepas 20 tahun lebih tak masuk wad, akhirnya tidur juga di wad kali ni..

Paling terkesan ialah muka sebab banyak serang di situ.. Muka sampai bengkak dan sampai ke dalam mulut ada Chicken Pox.. Kami ke hospital disebabkan oleh Eraz tak boleh nak makan sebab sakit dan terus kena gastrik terlampau.. Sampai tak boleh nak bangun bagai.. Sangat teruk.. Alhamdulillah ada wife yang memang banyak bekorban, ada anak yang memahami walaupun kecil.. Sepanjang wife jaga Eraz kat wad, anak-anak tinggal di rumah mertua.. Ibu Eraz sendiri pun sempat bermalam satu malam di hospital.. 

Selepas dua minggu habis MC, memang terpaksa pergi kerja dengan muka yang lain dari dulu.. Semua orang yang berurusan tengok pelik je.. Ya la, sebelum ni ok je kan, tapi masa tu, sangat teruk rasanya.. Down giler rase tapi, bila fikirkan orang lain lagi teruk, semua tu hilang.. Kehidupan berjalan seperti biasa.. Eraz memang biarkan parut tu hilang sendiri walaupun tunggu berbulan.. Last-last parut tu kelihatan macam parut jerawat..

Selepas hampir 4 bulan..

Selepas hampir 4 bulan, parut tu masih ada.. Kalau dulu tak berapa berani sangat nak selfie.. Tapi sekarang dah ada keyakinan sikit.. Parut still ada, tapi tak ketara macam dulu.. Sudah selesa dengan keadaan 4 bulan yang lepas, tak kisah la orang nak tengok pelik pun.. Yang jadi pelik tu sebab sebelum ni memang Eraz jaga sangat penampilan muka.. Tapi bila dan berparut, memang orang cam la kan.. Mungkin juga Allah nak uji aset 'utama' Eraz di pandangan orang.. Kan? Positif..

6 comments:

  1. InsyaAllah nanti lama2 akan pulih..cuma kalau parut yang terlalu dalam tu kekal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Lama sikit.. Tapi bukan kekal.. Syukur...

      Delete
  2. Takpe .. nanti lama2 ok la parut tu eraz..insyaallah bokeh baik seperti sediakala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Makin hari makin ok.. Cuma lambat je.. :)

      Delete
  3. Eraz cuba guna Cosmoderm Vit E Lotion & oil, elok untuk hilangkan parut tu

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.