Monday, 20 February 2017

Sekali Lagi Ke BB World KB Mall

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah semalam Kelantan diumumkan cuti peristiwa sempena Himpunan RUU 355.. So dapat la cuti sekali dengan wife dan anak-anak.. Memang dalam plan nak balik rumah Ma Abah tapi sebelum tu bawa anak-anak have fun dulu.. Plan asal nak bawa kat satu tempat di Kubang Kerian, tapi bila ke sana, tutup.. So terus la kami ke KB Mall.. Boleh la lunch terus.. 

BB World KB Mall
BB World KB Mall

Kenapa tak perlu Aeon Mall yang ada di Kidzoona? Sebelum ni memang dah pergi dua kali.. Memang luas.. Orang pun ramai.. Tapi bila dah pergi ke Aeon Mall, jawabnya memang bukan ke kidzoona sahaja la.. Mesti akan ada sampingan lain.. Silap-silap balik lewat la ke rumah Ma Abah.. So play safe, terus kami ke KB Mall ke untuk main kat BB World KB Mall..

Kawasan memang tak luas, tapi alhamdulillah masa pergi tu tak ramai kanak-kanak ada.. Then lepas tu, terus sorang demi seorang dapat.. Tapi tak penuh la.. Paling penting tak de jumpa budak-budak yang jenis suka bergaduh dan berebut barang.. Itu paling penting.. Alhamdulillah, lepas sejam kot, pujuk dua beradik tu balik.. Hehe.. Diaorang ok, then terus lunch sekejap sebelum drive balik rumah Ma Abah..

Seperti yang dijangka, memang budak-budak tidur sampailah ke destinasi yang dituju.. Perut kenyang, penat main, semua bercampur la tu..

7 comments:

  1. Selamat bcuti ... bule luang masa dgn fmily

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Hari ni kerja.. Itu semalam.. Hehe..

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah.. Hari ni kerja.. Itu semalam.. Hehe..

      Delete
  3. Memang.. Tapi terpaksa guna taktik memujuk.. Hehe..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..happy anak2 dapat main

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Tempat ni tak luas sangat.. Senang nak monitor..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.