Saturday, 25 February 2017

Kenapa aku pilih TYZARA

Kenapa aku pilih TYZARA | Assalamualaikum w.b.t.. Sejujurnya setiap kali sapu lantai, samada wife atau Eraz sendiri yang sapu, memang rambut salah satunya 'aset' utama yang masuk dalam bakul sampah.. Merata-rata pula tu.. Di sikat memang tak payah cakap la.. Kami suami isteri memang ada pernah tukar banyak jenis syampoo.. Tapi nampaknya macam kurang menjadi je.. Wife pernah bagitau, rambut gugur lepas bersalin semakin menjadi-jadi.. Terpaksa la fikir alternatif mencari cara rawat rambut gugur.. Memang semua wanita bersalin alami masalah yang sama ke? Itu satu masalah rambut kan.. 

Rambut gugur memang menjadi masalah utama untuk ramai rakyat Malaysia amnya dan juga rakan-rakan sekeliling khususnya.. Jenis rambut yang bermasalah ni banyak kan.. Contohnya rambut gugur yang tak terkawal, rambut rosak / bercabang, gatal kulit kepala dan kelemumur, berminyak, kering, rambut yang tidak sihat dan paling tak best lagi ialah berbau.. Tidak!!! Korang semua gunakan shampoo apa untuk halang semua ni???

Eraz sebagai blogger dan suka blogwalking ke blog-blog, terjumpa satu entri menarik bertajuk, Rambut Gugur? Guna Tyzara Je by MamaKembarTiga… Sejujurnya perkataan Tyzara tu memang kali pertama dengar masa tu.. Sebab memang ada masalah rambut gugur, jadi baca dari A sampai Z.. Apa yang lekat dalam kepala ialah jangan terkejut kalau masa guna tu macam tak de buih sangat dan kulit kepala terasa sejuk dan nyaman, rasa ringan.. Hehe.. 

Kredit Gambar : Qaseh

Kenapa pilih TYZARA? Sebabnya, dengan apa testimoni yang dipaparkan juga bahan-bahan yang terkandung, Tyzara insyaallah dapat bantu selesaikan masalah rambut ni Eraz dan isteri nanti dan juga masalah-masalah rambut rakan-rakan yang lain macam rambut gugur yang tak terkawal, rambut rosak / bercabang, gatal kulit kepala dan kelemumur, berminyak, kering, rambut yang tidak sihat dan berbau.

Tyzara adalah jenama bagi Shampoo Rawat Rambut yang lebih dikenali sebagai shampoo soya.. Bila sebut soya, semua orang tahu la kan.. Tyzara menggunakan bahan yang berkualiti tinggi, PROTEIN SOY.. Ia dihasilkan daripada kacang non-GMO (iaitu kacang yang tidak diubahsuai secara genetik) dan ia diperbuat daripada kacang soya asli.. Di mana protein soy ini memberi tenaga pada rambut kita..

Selain daripada itu, ada juga PANAX GINSENG ROOT EXTRACT yang mana boleh menguatkan akar rambut dan memberikan kesuburan kulit kepala untuk memberi ruang anak rambut baru untuk tumbuh.. Dan juga MAJUS ROOT EXTRACT untuk memberikan vitamin pada akar rambut dan menyahkan kotoran kulit kepala.. Bagus kan..

Tak sabar dah ni nak guna Tyzara Shampoo.. Kita dah tanya serba sedikit pada Tyzara Shampoo ni dengan agent mereka.. Katanya nak kesan berganda, boleh gunakan Serum Tyzara juga.. Harga pun dapat pakej tu.. Lagi-lagi kalau masa promosi, lagi la berbaloi beli.. Hehe..


By the way, korang yang lain juga boleh dapatkan info tentang Tyzara ni melalui platform di bawah :

Hotline : 019-5767697

Dalam masa yang sama, jemput juga join contest ini..

Kenapa aku pilih TYZARA
Kenapa aku pilih TYZARA 

6 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.