Assalamualaikum w.b.t.. Entri ni sangat sesuai dibaca oleh orang Terengganu atau Kelantan dan juga secara amnya kepada semua rakyat Malaysia lah sebab masing-masing ada pendapat kan.. Alkisahnya, awal pagi ni ada terbaca di Facebook Saudara Adha kita pada identiti dan jati diri di antara orang Terengganu dengan orang Kelantan apabila mereka berkahwin dengan orang luar.. Apa kaitannya?
Malam ini saya nak kupas sedikit mengenai identiti dan jati diri di antara orang Terengganu dengan orang Kelantan apabila mereka berkahwin dengan orang luar. Orang Terengganu apabila mereka berkahwin dengan orang sama negeri, walaupun tinggal di luar, mereka tetap akan kekal jati diri dan masih bertutur dialek Terengganu. Tapi bila orang Terengganu berkahwin dengan orang luar Terengganu (kecuali Kelantan) dan mereka tinggal di luar, hampir majoriti akan hilang jati diri dan biasanya mereka sudah tidak boleh bertutur dialek Terengganu apabila pulang ke kampung..
Berbeza dengan orang Kelantan yang berkahwin dengan orang luar, mereka akan kekal dengan jati diri dan tidak lupa untuk bertutur dialek Kelantan walaupun sudah berpuluh tahun berada di luar. Ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan orang Terengganu / Kelantan yang berkahwin dengan orang luar. Mungkin anda ada pandangan kenapa mereka jadi begitu?
Kredit : Facebook Mohd Adha
So apa pendapat korang terutama orang Terengganu atau Kelantan? Korang ada pengalaman masing-masing ke? Eraz boleh cerita sikit sebagai orang Kelantan.. Setakat ni rasanya memang betul kenyataan di atas tu tentang orang Kelantan.. Kalau bukan 100% pun, mesti % tu banyak la.. Hehe.. Contoh abang kepada Eraz sendiri yang berkahwin dengan orang Subang Jaya.. Di sana memang mereka bercakap KL la.. Tapi bila balik kampung, slang or dialek tu memang kekal Kelantan.. Dah lama kot mereka tinggal kat sana.. Dan dah ada rumah dah..
Majoriti kawan pun sama.. Masih kekal dengan dialek Kelantan.. Macam Eraz bagitau tadi, bukan 100% la.. Kes kawan-kawan tu kalau tersasul pun, sikit-sikit je la kan.. Tapi still berbahasa Kelantan.. Untuk orang Terengganu, Eraz tak sure.. Ada orang Terengganu boleh komen? Hehe..
Hehehe akak org ganu kawen pon ngan org ganu tapi menetap kat pahang... nak cakap camne eaa utk topik ni hehehe.. Setakat yang ada depan mata kak lya la kan eraz... ada la kot sesetengahnya gtu tak tak semua laa camtu..majoriti masih kekal lagi berbahasa teengganu walaupon dah lama hidup kat luar dan kawen ngan org luar teganu..
ReplyDeleteKan.. Actually betul dan tidaknya.. Not 100% kan..
Deleteorang ganu mmg la..baru nak naik bas g kl, tuko lalu doh cakap kl..nok2 kalu orang puan..berat nanang mung tobak ar..
ReplyDeletePengalaman sendiri ke ni?
Deletetak tau nak komen sangat tapi dari pemerhatian rasanya cam ada banyak betulnya
ReplyDeleteMungkin ada betulnya tapi bukan 100% la kot.. Hehe..
DeleteAda kwn cmtu ke? ☺️
ReplyDeleteSy org ganu.lama doh dok luar dr trg.sejak dr sklh menengah.kawen ngn org kl.tp ngn family mst ckp trg.sama jgk ngn kwn2 ganu. Cuma ngn org luar je ckp luar.tp kadang2 kuar gak kang kang kt blkg tu.haha.jd x semua kot mcm tu.depands pd stp individu sendiri.
ReplyDeleteHaah tak semua.. Pendapat Eraz pun sama.. Cuba entri ni petik kata2 di FB.. :)
Deletesetuju..:)
ReplyDeleteHehe.. Cool Cik Nor..
Delete