Saturday, 31 December 2016

Subway di Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan ?

Subway di Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan ?
Subway di Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan ?

Assalamualaikum w.b.t.. Baru-baru ni, rasanya dalam 26 Disember lepas, viral di Facebook katanya Subway (Sandwiches & Salads) akan buka cawangannya di bandar Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan ni.. Semua info viral ni dari page Maafsebut di Facebook.. Kalau betul la apa yang admin mereka war-war kan, maka betul la kenyataan entri ni.. Kalau mereka main-main, Eraz minta maaf awal-awal ok.. Kalau belum Subway akan dibuka, ianya merupakan cawangan yang pertama di Kelantan setakat ni..

Eraz teruja nak buat entri ni sebab Eraz merupakan salah seorang yang suka terjah Subway ni kalau ke KL atau Penang.. Al-maklum la di Kelantan takde kan.. For sure kalau confirm buka, memang beratur panjang la di sini nanti.. Tambah-tambah bila baru buka kan.. Kawasan mana di Kubang Kerian tu memang tak dapat info apa-apa lagi.. 

Bandar Kubang Kerian ni memang menjadi-jadi sekarang.. Kalau kena memang masa waktu puncak, memang jammed dibuatnya.. Sekarang pun boleh tahan banyak kenderaan tambahan orang ramai masih lagi keluar membeli untuk melengkapkan barang sekolah anak-anak kan.. By the way, bila dengar Subway nak buka ni, teringat pada Tutti Frutti.. Kenapa?

Sebabnya, masa mula-mula Tutti Frutti dibuka di Kelantan dulu, memang ramai orang pergi.. Lepas satu, satu cawangan di buka.. Pertama sekali kalau tak silap di tempat berhampiran Taman Tengku Anis.. Lepas tu ada di Kubang Kerian dan kawasan Tesco.. Tapi nasib kurang menjadi, selepas pada tu, semua tutup satu persatu.. Mungkin ada saingan lain dan mungkin harga agak kurang berpatutan di sini..

Apa-apa pun berkaitan dengan Subway, harapnya ia menjadi kenyataan.. 

Read more ...

#THROWBACK | Happy Birthday to ERAZ FADLI

Assalamualaikum w.b.t.. I am so so sorry kepada pembaca erazfadli.com (jika ada) sebab untuk Disember 2016 ni memang tak dapat luang masa untuk update entri terkini seperti sediakala.. Tetapi dengan azam dan harapan baru untuk tahun 2017 ini, insyaallah blog erazfadli.com akan 'hidup ceria' seperti sebelum-sebelum ini.. So di 31 Disember ni, hari terakhir 2016, Eraz nak buat entri ringkas sempena tarikh 22 Disember yang lepas..

Alhamdulillah sekali lagi.. Tarikh 22 Disember muncul sekali lagi pada hari Khamis yang lepas.. Alhamdulillah.. 22.12.2016.. Masih lagi diberikan masa dan peluang dari Allah untuk hidup di muka bumi ini.. Dalam pada family, kawan-kawan duk wish Selamat Hari Lahir, samada melalui whatsapp mahupun media sosial.. Happy Birthday ya ke TIGA PULUH TIGA !! 33 dah.. Memang kena percaya.. Umur hanya angka kan, yang penting hati.. Haha.. So mesti ramai yang telah tahu Eraz ni dah masuk pangkat abang atau uncle ya.. Uncle? Errrmmmmm..

Tahun ni dapat suprise yang memang mengejutkan dari wife.. Nak tahu? Insyaallah Eraz cerita untuk entri seterusnya ok.. 

Salah satu ucapan Happy Birthday dari Osaka Jepun
Read more ...

Tuesday, 13 December 2016

Isu Penukaran Kad ATM

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau bercakap hal tukar kad atm baru di bank sekarang ni, boleh kata orang akan member jawapan yang sama je.. Orang ramai giler.. Kena tunggu berjam-jam.. Itu ok, ini tak ok.. Semua hal la ada.. Betul tak? Kalau tak diri sendiri yang alami, mesti ahli keluarga atau kawan-kawan yang alami.. Lain bank, lain caranya.. Kalau sama bank pun, kalau berlainan cawangan, lain caranya juga untuk urusan pertukaran kad atm baru ni..


Pertama sekali memang nak ucap tahniah kepada Maybank sebab adakan cara pertukaran kad secara online.. Ada yang berbayar, ada yang tak kan.. Yang berbayar tu semestinya ada request la kan macam contoh nak guna gambar sendiri.. Kalau tukar biasa, free je kan.. Tak kisah la ambil masa sikit untuk dapat, janji tak perlu bersesak di bank dan ambil masa yang lama.. Kiosk pun mereka perkenalkan lepas tu kan.. Walaupun ada la dengar juga ada beberapa masalah, tapi tak pe la, at least ada kemudahan yang memudahkan pelanggan..

Gambar di atas tu Eraz snap di CIMB.. Itu di CIMB cawangan Wakaf Che Yeh Kelantan.. Eraz pernah ke CIMB cawangan KuBang Kerian, walaupun ramai orang, tetapi sedikit sistematik sebab mereka berikan no. giliran dan kita boleh agak no. giliran kita tu lambat lagi atau tak lama dah.. So kalau lambat giler lagi, boleh la buat kerja lain dulu kan.. Tapi berbeza di cawangan Wakaf Che Yeh.. Mereka tak menggunakan no. giliran.. Isi form dan submit di meja staf yang incharge..

Satu staf sahaja yang uruskan dan memanggil nama secara manual juga.. Ada yang datang pada pukul 9.30 pagi lagi tak dapat ke mana kerana risau nama terlepas dan tak boleh nak agak adakah nama dia akan dipanggil dalam masa terdekat.. Pelik kan sistem mereka.. At least, kalau no. beratus pun, kalau kita tahu no. kita lambat lagi, boleh la minum-minum dulu ke atau buat la apa-apa..

Ini lihatlah hasilnya, pelanggan berdiri disekeliling meja staf berkenaan sampai menunggu nama.. Kalau berdiri sampai 3 jam pun, 3 jam la jawabnya.. Hehe..

Yes, memang mungkin salah pelanggan sebab membuat keputusan nak tukar kad tu last minute.. Tapi kalau sistem tu sistematik, ok je rasanya.. Apa-apa pun, lepas ni, kalau berlaku macam ni lagi, mungkin boleh elakkan kejadian last minute dan memilih bank yang menggunakan cara sistematik..

BTW, kalau boleh pihak bank elakkan berlaku tidak adil.. Contohnya kalau ada kawan yang pergi nak tukar kad, buatkan dulu walaupun dia baru datang.. Itu tidak adil.. Ada kes, kawan datang, staf di kaunter tolong buatkan walaupun sebenarnya bukan tugas dia.. Kalau nak tolong, tolong la yang lain juga yang mana mereka dah berdiri selama berjam-jam.. Orang kurang upaya, orang tua, wanita mengandung, berilah laluan istimewa.. 

#Sekadar pandangan
Read more ...