Assalamualaikum w.b.t.. Tak sure korang dah baca belum entri SEMALAM, so ini adalah sambungannya.. Jarang sekali kita dengar orang kena Chickenpox masuk wad kan.. Tapi ini yang berlaku pada Eraz.. Hari ketiga Chickenpox, terpaksa ke bahagian Emergency KPJ Perdana Specialist Hospital, Kota Bharu kerana tak tahu sakit perut gastrik.. Chickenpox dah sampai dalam mulut, tak boleh nak makan langsung.. Disebabkan tak boleh nak tahan, terus wife drive bawa ke hospital.. Sampai sana, tunggu turn sekejap, terus doktor check dan demam sudah mencecah 39.7 dan menggigil..
Terus doktor minta dimasukkan ke wad dan masukkan air 4 botol sehari.. Masa tu diri sendiri dah redha dengan apa yang berlaku.. Memang dah tak tahan dah.. Doktor juga terus masukkan ubat gastrik dan alhamdulillah, gastrik semakin baik dan baik.. Tapi still tak boleh makan sebab nya dalam mulut ada Chickenpox dan ulser serta sakit tu dah rasa macam tekak..
Dalam mulut rasa macam ada sampah.. Padahal semua tu disebabkan oleh Chickenpox.. Setiap pagi paksa diri gosok gigi walaupun tak digalakkan oleh doktor.. Tahan je demi keselesaan.. Ada tambahan ubat spray untuk ulser dan ubat matikan kulat yang ada.. Antiobiotik juga diberikan serta vitamin.. Ubat Anti Viral untuk Chickenpox pun ada.. Macam-macam ubat dapat.. Vitamin pun ada.. Redha je la..
Wife yang setiap malan teman di hospital.. Malam pertama, Ma ada sekali.. Anak-anak alhamdulillah ok bersama keluarga ibu mertua dan setiap sebelah petang, mereka datang ke hospital melawat Papa walaupun takut tengok muka bapak sendiri.. Serius memang tak de rupa Eraz dah masa tu.. Muka bengkak sebab Chickenpox.. Sabar je la..
Suhu badan sentiasa tinggi sehingga malam hari Ahad.. Isnin pagi baru tak demam.. Kuat betul penangan Chickenpox ni.. Dah la menyerang lebih di bahagian badan atas, muka dan kepala.. Selama dua hari hp mati tak berbateri.. Selama dua ke tiga juga Eraz tak tengok cermin.. Haha..
Last masuk wad umur 12 tahun sebab appendicitis, so sekarang selepas 11 tahun, baru la masuk wad semula.. Bila demam dah ok, tinggal saje lah Chickenpox di muka, kepala dan badan.. So terus minta keluar wad.. Alhamdulillah, Isnin, 14.11.2016 dah boleh keluar wad.. Terus sambung MC di rumah sampailah 22.11.2016.. Lama kan.. Itu pun masuk kerjap pada 23.11.2016, semua orang tengok pelik je..
Sebabnya biasa muka bersih je, tapi kali ni penuh kena kesan Chickenpox yang tak hilang.. Muka nampak suram dan kotor je.. Kulit muka menjadi sensitif.. Sekarang dalam proses perlahan-lahan parut tu hilang.. Mungkin akan mengambil masa sebulan tu.. So dalam tempoh itu juga la, di blog, media sosial takde gambar Eraz selfie.. Haha..
moga cepat smbuh eraz..
ReplyDeletemoga cepat sembuh ya.. apapun jangan kena hujan dan minum air kelapa karang parut terus kekal camtu
ReplyDelete