Assalamualaikum w.b.t.. Sebagai seorang lelaki, memang Eraz tak malu nak mengaku yang Eraz memang seorang yang menggunakan pencuci muka setiap kali bersihkan diri dan sewaktu dengannya.. Ya la, dalam keadaan udara dunia sekarang dan sangat sensitif dengan debu, pencuci muka memang wajib digunakan seharian.. Kalau tak guna, memang muka akan jadi tak bersih dan kalau tak bersih, semestinya jerawat dan adik beradiknya akan muncul.. Terbaru! Eraz ada terima melalui Pos Laju sekotak Set Penjagaan Muka Deeja Cosmetic untuk dicuba.. Alhamdulillah..
Deeja Cosmetic - Keayuan Semula Jadi Dalam Masa 5 Hari.. Keayuan? Haha.. Jangan salah faham.. Baca betul-betul kat kotak tu, sesuai untuk Lelaki dan Wanita.. Jadi, bila dapat kotak dari Pos Laju tu, memang teruja la nak try.. Pertama sekali yang Eraz buat ialah cuba krim dan try bau.. Jujurnya memang best giler bau. Bau penting ok sebab mesti bau best, tahap keselesaan kita sebagai pemakai tu memang tinggi la kan.. Persoalan juga adakah akan bertambah kacak selepas pakai Set 5 Dalam 1 Deeja Cosmetic ni ni kan? Hehe.. Jawapannya YES!
Nampak kan Eraz selfie dengan semua produk yang ada dalam kotak Set Deeja Cosmetic – Set 5 dalam 1 tu.. Meh Eraz nak cerita serba sedikit, satu persatu untuk bacaan korang semua beserta dengan pengalaman Eraz sendiri semasa pakai dan selepas 2 minggu pakai..
Set Deeja Cosmetic – Set 5 dalam 1
Sabun Pembersih Muka
Sangat senang korang nak pakai.. Cuma basahkan dengan air je.. Terus akan berbuih dan sapukan di muka.. Bau? Macam Eraz beritahu tadi, serius wangi dan harum.. Letak air sikit je, memang jimat.. Sejak wife pregnant anak pertama dulu, kami memang lebih gunakan pencuci muka yang organik.. So untuk Sabun Pembersih Muka Deeja Cosmetic ni memang sangat sesuai la..
Bila sebut toner, automatik orang tahu perlu pakai selepas cuci muka bersih-bersih kan.. Seeloknya gunalah tisu muka sebab senang nak bagi toner nano berkesan ke muka.. Lepas korang kenakan ke muka, muka akan rasa sejuk dan segar je.. Toner ni memainkan peranan penting untuk bantu menegangkan kulit muka, melembutkan dan semestinya boleh mengelakkan proses penuaan tu cepat berlaku.. Insyaallah.. Bau Air Mawar dan Aloe Vera tu memang bet giler!
Krim Siang.
Krim Malam
Terakhir,
Krim Nano (Malam)
Bagi kaum wanita, Krim Siang ni memang diaorang tak kan lupa la.. Kalau lelaki, bergantung.. Eraz memang cuba pakai Krim Siang ni lepas kenakan toner.. Semua ni boleh elakkan kulit kita dari kusam dan menggelupas.. Korang sapu sikit je.. Dah boleh rasa kesannya.. Lepas tu ratakan ke bahagian yang diperlukan.. Pakailah sebelum keluar rumah ya..
Selesai untuk Set Siang hari.. Sekarang kita pergi ke Set Malam pula..
Nama pun krim malam, so korang kena la pakai malam je.. Jangan nak pakai siang pula.. Atau tertukar ok.. Krim ni pun sama, tak perlu pakai tebal-tebal, nipis-nipis pun cukup.. Khasiatnya pada kulit muka adalah sebab Krim Malam ni dirumus khas daripada Alpha Hidroxy Acid (AHA), Vitamin E, Retinoid Acid dan Gliseren.. Bangun pagi memang akan rasa ada satu kelainan pada kulit muka.. Serius..
Terakhir,
Krim Nano (Malam)
Kena beritahu awal-awal, korang jangan terkejut kalau kulit muka korang jadi kuning.. Haha.. Sebabnya Krim Nano (Malam) ni mengandungi kunyit dan minyak jojoba.. Krim ni last sekali ok.. Tak perlu pakai banyak juga, hanya letakkan dan sapu sikit sahaja selepas kenakan Krim Malam.. Pada yang ada masalah muka sebelum ni macam bekas jerawat atau adik beradiknya, insyaallah dapat membantu..
Pengalaman Penggunaan
Jujurnya Eraz memang jenis yang pakai pencuci muka setiap hari tapi bukan yang selalu gunakan toner dan krim.. Tetapi selepas mendapat Set Deeja Cosmetic ni, memang Eraz try dan ada rasa satu kelainan pada muka.. Bila pakai toner, kulit pun akan rasa sangat selesa begitu juga selepas pakai Krim Siang.. Malam? Ada ketika memang terlepas tapi sebab rasa ingin cuba tu, memang try pakai..
Bila bangun pagi, kulit muka kita memang rasa berlainan.. Berbeza dengan sebelum ni yang tidak pakai tetapi sekarang pakai Krim Malam dan Krim Nano tu.. Kulit muka rasa segar je.. Tak kering.. Tak berminyak.. Alhamdulillah.. Sangat selesa.. Korang pun kena try pakai ni..
Baiklah, kalau korang nak cuba dapatkan Deeja Cosmetic - Set Penjagaan Wajah 5 Dalam 1 ni, korang boleh dapatkan melalui maklumat di bawah :
Harga
RM85.00 (SM)
RM90.00 (SS)
FACEBOOK : Deeja Cosmetic HQ
INSTAGRAM : @deeja_cosmetic_hq
WHATSAPP : 019 - 694 5950
Ingat ya, itu harga satu set ya.. Kalau korang beli satu persatu satu, harganya akan berbeza ya.. So better korang beli satu set terus.. Boleh ke FB, IG atau terus whatsapp pada no. yang diberikan.. Selamat mencuba.. Sama-sama serlah kan keayuan dan kekacakan korang yang sedia ada.. Insyaallah..
Harga ni untuk satu set , kalau rasa nak beli asing-asing pun boleh .. tapi better beli je satu set terus .. nak cantik tak ? haaa untuk maklumat lanjut korang boleh layari facebook page dan instagram Deeja Cosmetic ..
setuju... DC mmg pilihan yg tepat.. ss mula2 dlu was2 jugak nak guna... tp skrg puas hati
ReplyDeletekebetulan mmg tgh survey2 set skincare jugak ni :)
ReplyDelete3 hari guna sabun dia jerawat terus kecut! Puas hati guna :)
ReplyDeleteFuyooo makin hensem laaa pasni ya eraz..mmg deeja cosmetic ni best pakai..akk pakai mmg suka laa ngan produk ni..nnt nak teruskan ngan deeja jer laa
ReplyDeletehai abam flawless..
ReplyDelete