Assalamualaikum w.b.t.. Selepas balik dari Kuala Terengganu baru ni, badan Zara panas balik.. Sebelum tu memang dah panas.. BIla suhu tinggi, kami bagi ubat.. Lepas je habis tempoh dos tu, panas balik.. Jarang-jarang berlaku.. Tapi sehari sebelum pergi Terengganu, dah ok.. So kami teruskan plan ke Terengganu.. Tapi..
Tapi lepas je sampai dari Terengganu, badan dia panas balik.. Sebab risau, kami berdua terus decide bawa ke Perdana Specialist Hospital di Kota Bharu.. First time kami terus ke sana.. Ingat nak guna PRUDENTIAL BSN TAKAFUL kami.. Tapi tak boleh.. So guna yang company punya.. Mula-mula staf tu kata boleh, tapi lepas tu baru kata kena ada refer letter dulu.. So bincang dan decide ke tempat emergency dulu jumpa MO tengok suggestion samada perlu berjumpa pakar atau tidak.. Bincang dan bincang, kami decide untuk jumpa pakar juga..
Bukan apa, pelik kan kenapa tak kebah-kebah demam dan risau denggi ke apa ke.. So bila berjumpa pakar, memang hilang risau tu.. Doktor tu nama Dr. Ahmad Nasran, pakar Paediatric kat situ.. Nampak cara dia handle Zara memang profesional.. Cara check keadaan, bertanya soalan.. So Dr., beritahu biasanya bukan denggi macam ni.. Kalau Chickenpox tu mungkin sebab Chickenpox ni lambat naik.. Demam dulu seminggu dua.. Kenapa dengan Chickenpox? Sebabnya di nursery Zara ada yang kena Chickenpox..
Last sekali doktor bagi dua jenis ubat.. Tak ingat jenis apa nak explain.. So sekarang Zara nampak dah ok cuma kadang-kadang tu sensitif sangat.. Hehe.. Kaitan tajuk entri? Zara Bijak, Adam Bijak & Jinak.. Itu sebenarnya doktor pakar yang bagitahu.. Dia beritahu Zara budak yang bijak ni.. Dan Adam pun sama, bijak tapi jinak sikit.. Jinak tu maksudnya mudah sesuaikan diri dengan orang.. Apa-apa pun, alhamdulillah, dapat tengok anak sihat, kita pun lega..
Bila anak demam, tidur malam pun tak tenang.. Kerja pun kena ambil cuti bergilir-gilir memikirkan risau suhu badan anak panas tanpa orang sedar kan.. Macam-macam.. Tapi biasa lah kalau duduk di nursery.. Pergi dengan sihat walafiat, tak mustahil balik dari nursery petang tu, badan mula panas atau hidung beringus.. Perkara biasa..
risau gak klu dmm lama2
ReplyDeleteAllah..risaunya kalau demam laam2..semoga cepat baik
ReplyDelete