Saturday, 22 October 2016

Suri Hati Mr Pilot kurang menyengat?

Suri Hati Mr Pilot kurang menyengat?

Assalamualaikum w.b.t.. Suri Hati Mr Pilot kurang menyengat? Ini pendapat sendiri ya.. Lain orang mungkin lain citarasanya.. Pada awal permulaan drama ni, memang hangat.. Neelofa kot.. Sekian lama tak berlakon, tup tup akan muncul dalam drama bersiri dan pertama kali berlakon dengan Fattah Amin.. Mula je pengambaran, mereka semua terus update di media sosial masing-masing membuatkan ramai tak sabar nak tonton.. Promo di TV pun awal.. 

Minggu pertama memang best.. Kenapa? Mungkin salah satunya ialah promosi yang dilakukan oleh pelakon melalui media sosial mereka serta ahli produksi yang lain termasuk pengarahnya, rasa macam nak tengok.. Gambar dan scene yang menarik.. Maaf Eraz pun pembaca novel Suri Hati Mr Pilot ni.. So jalan cerita pun memang tahu tahu.. Still boleh follow jalan cerita pada minggu pertama.. Tapi tak tahu kenapa, bila masa ke minggu ke dua, perasaan tu hilang slow slow.. Tak rasa nak menunggu next episod.. 

Mungkinkah disebabkan oleh saingan dari drama Patahnya Sebelah Sayap di TV3? Tapi drama bermula awal dari Suri Hati Mr Pilot.. Mungkin jalan cerita yang boleh dijangka atau pendedahan terlalu banyak oleh dua pelakon utama mereka di media sosial dan akhbar.. Sampaikan ramai yang menyatakan mereka sememangnya betul-betul bercinta.. Tetapi di nafikan..

Ada yang memberitahu mereka dibayar untuk bercinta? Tak kan kot.. Tapi kalau bercinta betul tu, itu tak mustahil.. Di luar lokasi drama macam penampilan di Meletop dan tontonan video-video sebalik tabir, memang nampak seakan-akan mereka betul-betul bercinta.. Tak salah pun kalau mereka bercinta sebab dua-dua single kan.. Tapi mungkinkah disebab kan terlampau mendapat pendedahan tentang kisah mereka membuatkan ada yang hilang kehangatan untuk tengok drama tu?

Terpulang.. Ini hanyalah pendapat peribadi.. Ramai juga yang baca entri ni adalah peminat tegar drama Suri Hati Mr Pilot.. Eraz sendiri pun tak tahu mana silap rasa tak best tu.. Tapi wife pun kata tak best dah.. Opps! Bye!! By the way, siapa nak dapatkan Novel Suri Hati Mr Pilot secara PERCUMA, boleh join Giveaway di IG.. Link : http://bit.ly/2egCEaq

#Ada beberapa scene yang Eraz rasa macam tak sesuai dengan Neelofa dan patut dielakkan.. Tapi..

2 comments:

  1. Alamak ai...kita tak layan plak cite ni...so no komen la...haha

    ReplyDelete
  2. Saya tak nak komen pasal Lofattah...Cuma seperti biasa,jalan cerita sudah boleh diagak pengakhirannya...Dan yang menyebabkan masalah rumah tangga mereka ialah mereka sendiri...Isu kecil pon jadi masalah besar...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.