Assalamualaikum w.b.t.. Kereta Bujang vs Kereta Orang Berkahwin & BerAnak.. Boleh agak tak nak cerita apa bila baca tajuk entri ni? Sebenarnya cerita ni muncul dalam kereta masa drive nak datang kerja.. Rasa macam nak selfie dengan Adam Fitri.. Sekali tengok dalam kereta, alahai.. Jauh bebenor bezanya dari masa bujang-bujang dulu berbanding sekarang yang dah kahwin dan ada anak dua.. Apa ceritanya?
Masa mula-mula beli kereta dulu, hidup pun bujang, semua rakan-rakan dan family puji kereta sangatlah bersih luar dan dalam.. Selalu juga basuh kereta.. Tak basuh sendiri, g car wash kan.. Dalam kereta? Memang tak bersepah dengan barang la.. Semua macam clear je.. Al-maklum la sorang-sorang je selalu kan.. Bonet? Pun sama.. Memang clear la.. Kalau ada pun semua barang-barang yang perlu dan penting je..
Sambung lagi.. Kalau nak pergi mana-mana atau bercuti ke, kosong je bonet kereta.. Kira macam banyak space la boleh isi dengan benda lain.. Kalau pergi sesuatu tempat, kira boleh la beli barang banyak-banyak lagi.. Tapi SEKARANG?! Haha.. Firstly, tengok dulu gambar di bawah ni.. Mesti dah boleh agak apa yang berlaku sekarang.. Haha..
Bila dah kahwin, rasanya ok la lagi.. Terkawal.. Ya la, masih berdua.. Yang dua tu pun semua dah dewasa kan.. Kira macam still sama la.. Tapi bila dah ada ada, pertama sekali keretaku sudah dipenuhi dengan semua barang anak.. Car seat itu wajib.. Sekarang dah siap ada tilam kecil dan tak la tebal sangat untuk Zara sebab Adam dah duduk car seat.. Bantal semestinya ada.. Itu yang wajib-wajib kan.. Yang tak wajibnya ialah ....
Yang tak wajibnya ialah kadang-kadang ada la terselit tisu, kertas, plastik, makanan pun ada kadang-kadang tu, macam-macam la.. Bukan nak kata anak suka buat kotor, tapi sebab ada kalanya tak sengaja.. Memang dah cuba didik anak-anak supaya berhemah dalam kereta.. Tapi bila masih kecil, ada ketika 'terlepas' juga kan.. Tak boleh la nak marah selalu.. Kakak Zara dah pandai merajuk sekarang.. TAPI semuanya masih terkawal.. Tak de la bersepah giler-giler kan.. Kalau kemas, sekejap je clear..
Bab bonet, ini satu hal.. Sama macam dalam gambar kat atas tu.. Kalau empat beranak berkemas nak ke mana-mana, memang hampir penuh la.. Tapi still ok lagi la.. Ada space kosong kalau nak letak apa-apa.. Tapi kalau ada ketika bawa juga ahli family lain, memang full.. So sekarang dah ada yang nasihatkan kami tukar kereta MPV pulak.. Luas la sikit.. Idea memang bagus, tapi rasa macam bukan sekarang la..
Anak masih dua.. Tak tahu la lagi lepas Adam dah besar, dah tak duduk dalam car seat, mesti tak selesa mereka nak tidur di seat belakang.. Zara memang selesa sekarang tidur baring sebab Adam dalam car seat kan.. Tapi lepas ni, errrmmmm.. Akan difikirkan kemudian la..
By the way, adakah ini terjadi juga pada anda?
Assalammualaikum... eraz,
ReplyDeletemselim3 pun sama.. bila dah ader anak nie..kereta penuh aje tak sama masa bujang dulu... hhehhe
mselim3
kereta cik nor bersepah mcm ada anak 10..haha..dgn psir pnuh..hujung minggu kereta cik nor jadi mangsa nak g mana2..hhaha
ReplyDeletepaham sangat...nisa ni baru anak sorang dah penuh satu bonet...
ReplyDeleteHello ! This is not spam! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
ReplyDeleteRegister in comments: blog name; blog address; and country
All entries will receive awards for your blog
cordially
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
+++++
Hello! Ini bukan spam! Matlamat hanya jemputan untuk menyertai kami di "Direktori Blogspot" untuk membuat blog anda di 200 Negara
Mendaftar dalam komen: Nama blog; alamat blog; dan negara
Semua penyertaan akan menerima anugerah untuk blog anda
hormatnya
Chris
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
bakal hadapi ni hehehhe
ReplyDeleteHaha....terbayang bayang keteta kecil kami kalau balik kampung
ReplyDelete