Wednesday 26 October 2016

GV3 | Jihan Muse Tukang Alert Nabil Ahmad

Assalamualaikum w.b.t.. Memang tak malu mengaku yang Eraz memang follow program Gegar Vaganza setiap minggu bermula musim kedua baru ni.. Tarikan utamanya ialah tidak lain dan tidak bukan, Jihan Muse dan Nabil Ahmad.. Gaya pengacaraan mereka setakat ni memang tak dapat nak ditandingi lagi walaupun nampak ada yang seakan-akan, tetapi tidak berjaya dan boleh buat kita tengok tu menyampah.. Tapi bukan Jihan dan Nabil di Gegar Vaganza..

Selain Jihan dan Nabil, layanan Dato' Ramli MS terhadap gurauan spontan mereka kepadanya pun salah satu tarikan.. Tok' Ram yang dikenali sebagai seorang yang serius telah berjaya 'ditundukkan' oleh mereka sejak memulakan Gegar Vaganza 2 yang lepas.. Next, semestinya barisan peserta terutama yang dalam kategori 'underdog'.. Kalau musim kedua kita tengok Siti Nordiana dan Haiza.. Musim ketiga ni mungkin Elly Mazlein.. Kak Lina Boom Meletop! Haha..


Berbalik kepada tajuk entri ni, Jihan Muse Tukang Alert Nabil Ahmad.. Perangan Nabil memang tak terkawal.. Apa yang keluar dari mulut dia memang sesuatu yang spontan dan kadang-kadang tu tak berniat pun nak menyakitkan hati orang tapi terlepas.. Satu lagi kacau juri memberi komen.. Itu salah satu perangai Nabil.. Terbantut juri nak memberi komen.. Di sini mainnya peranan Jihan..

Kalau korang perasan, Jihan pernah ambil mic Nabil semasa Nabil mencelah juri memberi komen.. Kalau Jihan tak buat macam tu, asyik bercakap je la.. Satu lagi kalau time menyelah juri juga, Jihan akan alertkan juri supaya menghabiskan komen selepas di interrupt.. By the way, Tok' Ram nampak serius kan minggu baru ni.. Macam lain tak nak layan je.. Bad mood kot.. Haha..

Apa-apa pun, program GV ni memang menarik setelah menggabungkan beberapa aspek.. Pengacara, juri, peserta, persembahan peserta, gimik serta Dato' Seri Vida tu sendiri.. Dato'Seri Vida tu pandai berlakon.. Tengok kes rebut mic tu, nampak betul tak.. Padahal berlakon semua tu.. Takkan la nak buat benda tu live kat TV kot.. 

Untuk GV3 Minggu ketiga ni nampak mereka akan menyanyi lagi di luar kebiasaan mereka.. Sebabnya tu temanya 'Ada beran'.. Genre lagi yang berbeza-beza yang boleh buat penyanyi yang berada di tangga selesa Top 3 pun boleh tersungkur kalau tak kena cara persembahan dan nyanyi.. So! Tungguuuuuuu...

6 comments:

  1. Setuju sangat... memang kadang2 tgok diaorg merepek.. tp tu lah tarikkan.. apa pun.. memang jihan nampak matang dalam dunia hiburan..

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat... memang kadang2 tgok diaorg merepek.. tp tu lah tarikkan.. apa pun.. memang jihan nampak matang dalam dunia hiburan..

    ReplyDelete
  3. Koloborasi yang mantap jihan dan nabil tu. Kalaula tukar pengacara GV ni macam mana la agaknya kan

    ReplyDelete
  4. Walaupun kadang2 kasar cara nabil bercakap tapi memang best layan nabil dan jihan.. Susah nak cari pengacara yang mantap macam mereka.. Rancangan yang best bermula dari pengacaranya juga..

    ReplyDelete
  5. yer tanpa pengacara 2 orang tu mesti tak best kan

    ReplyDelete
  6. Huhu....kita tak tgk plak gv ni...tapi betul la memang nabil kalau tak dihentikan dia je nak bercakap sampai akhir rancangan...hahaha

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.