Tuesday, 25 October 2016

Bila Zara & Adam Jumpa Didi & Friends

Assalamualaikum w.b.t.. Didi & Friends.. Budak kecil mana yang tak kenal? Orang dewasa lagi kenal kalau anak mereka duk sentiasa lain.. Kedua-dua anak Eraz sendiri salah seorang yang minat.. Masa awal-awal dulu memang setiap hari tengok Didi & Friends.. Tapi sekarang, Zara dah jarang la tengok.. Tapi Adam still kami on bila perlu..

Sekarang ni, selain Didi & Friends, mereka ada beberapa pilihan lain contohnya Doraemon, Minions, Frozen, Super Wings, Robocar Poli dan ada beberapa lagi.. Kira tak de la duk ulang cerita sama je setiap hari.. Kadang-kadang Ultraman pun Zara lain.. Adam masih lagi fokus pada Didi & Friends, Doraemon, Minion.. Semua tu kire stok untuk bagi mereka duduk diam seketika berehat sambil tengok tv atau masa menunggu kami bersiap keluar rumah pagi untuk kerja..


By the way.. Sebelum ni pernah ada event yang jemput Didi & Friends ke Kota Bharu.. Tapi masa tu Eraz kerja kot dan wife pun malas la nak keluar.. Kat anak-anak pun tak beritahu.. Tapi baru ni, sekali lagi ada event di Aeon Mall Kota Bharu yang jemput Didi & Friends ke situ.. Ada 3 slot rasanya dan kami plan nak bawa anak-anak ke slot pertama..

Demi Adam dan Zara terutamanya, Eraz apply cuti.. Lepas je Solat Jumaat, terus kami keluar rumah dan pergi Aeon Mall Kota Bharu.. Biasa la sebelum pukul 3, kanak-kanak dah penuh kawasan stage.. Nama pun kanak-kanak, for sure la ibu bapa penjaga pun ada.. Pukul 3 tak sampai lagi.. Takpe, demi anak juga, tunggu.. 

Ini merupakan kali pertama kami pergi ke event macam tu.. Sampaikan sebab lama sangat menunggu, kami duduk bersila je depan stage.. Ada hikmahnya juga.. Haha.. Bila Didi muncul, memang Zara happy la.. Adam pun tengok-tengok je.. Sebab nak bagi anak puas hati datang, Mamanya terus bawa Zara ke stage dan Eraz pegang Adam di bawah..


Alhamdulillah.. Zara nampaknya puas hati dan bila anak puas hati, kami lagi la puas hati.. Adam pun tak meragam masa orang ramai.. Sebelum sempat habis majlis, kami terus keluar dulu sebelum orang lain berpusu-pusu keluar kan.. Terus isi perut dulu then bertolak balik kampung pulak.. 

Berbalik ke apply cuti, alhamdulillah, memang berbaloi baloi.. Bila lagi kita nak layan anak kita untuk perkara yang dia suka kan.. Masa mereka kecil ni la boleh bawa macam ni, peluk cium, bergurau senda dan semua.. Bila dah besar? Mama Papa akan sentiasa berdoa agar Zara dan Adam menjadi anak yang soleh dan solehah.. Amin.. Zara dan Adam wajib baca ni.. Blog ni bagaikan diari yang Papa tulis untuk korang..

1 comment:

  1. Rasa bahagia je bila tengok anak anak happy...x sia sia cuti....

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.