Thursday, 22 September 2016

Zara, Maafkan Papa

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam sempat main 'Play Doh' dengan Zara.. Dah lama beli dan pernah main sebelum beberapa kali.. Tapi lepas tu simpan sebab tak nak bagi Adam 'makan'.. Haha.. Tapi baru ni Zara terjumpa balik dan minta nak main.. Dah bagitahu Zara, boleh main tapi kena Adam tidur dulu.. So semalam, kebetulan Adam tidur awal, so bagilah Zara main.. 

So disebabkan 'Play Doh' tu tak berapa nak mahal sangat, main tetap boleh main, tapi ada la sikit-sikit sangkut dalam kuku Zara.. Lepas hampir dua jam kot main, akhirnya Zara dengar kata Papa supaya stop dan sambung main semula sebabnya dah sampai masa nak tidur.. Esok kena bangun awal sebab nak pergi school kan.. Alhamdulillah Zara ikut perintah..

As usual lepas main, kami akan basuhkan tangan Zara dengan sabun supaya tak bahayakan dia.. Lepas sabun, kalau ada 'Play Doh' tu terselit pada kuku-kuku, kami akan potong kuku mana yang berkenaan.. So semalam, Eraz yang nak potong kan.. Buat kali kedua.. Kali pertama, berjaya dengan jayanya.. Tapi semalam.. Lain pula jadinya..

Dalam pada duduk nak potong kuku tu, tak perasaan yang hujung pengetip kuku tu lekat kat kulit jari sebelah sana.. Lepas tekan, aiyooooo.. Terkena kulit dan isi jari belah sana.. Menangis la Zara.. Adoi.. Rasa  bersalah giler.. Terus pujuk dan pujuk, gosok-gosok apa semua.. Nasib baik tak berdarah kuat.. Tapi budakkan, mesti la sakit.. Tapi Eraz dapat rasa, memang sakit.. 


Mama cuba pujuk, tapi dia tak nak.. Still nak dengan Papa walaupun Papa yang mengakibatkan dia sakit.. Terharu tak situ sikit walaupun rasa bersalah.. Lepas dia tak menangis, dia still letak kepala atas riba Papa dan layan tengok Tv kejap.. Nak hilangkan rasa bersalah sikit, cuba tanya soalan maut sikit pada Zara.. Zara sayang Papa tak? Dia jawab, 'Sayang'.. Alhamdulillah.. Kebahagiaan terpancar.. Zara tak marah la maksudnya..

So next time, tak tahu la nak ketip ke tak lagi kuku anak.. Macam dah 'seram' pun ada.. Tulis entri ni pun duk pejam-pejam mata sebab seriau tengok kat jari dan teringat camne la boleh tak alert masa ketip kuku tu.. Huhu.. Zara, Maafkan Papa ok.. I love U..

Nanti Zara besar nanti, Zara baca balik entri ni ok.. Papa 'diari'kan di sini.. Zara ada, Adam pun ada kisahnya.. Khas untuk anak-anak Papa nanti besar.. 

8 comments:

  1. letak minyak kelapa dara la.. tak pun isi minyak gamat..akak kdg ada gak jd gitu kat anak2.. biasa la bila ketip sorang tp yg lain sama nyibuk..haha..

    ReplyDelete
  2. letak minyak gamat pun ok cepat skit sembuh luka,nak buat cam ne kan tak sengaja.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.