Tuesday, 20 September 2016

Lepak di Kedai Buku ?

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Untuk hilangkan rasa mengantuk tengahari ni, lunch break je terus ke Popular Book Store di Aeon Mall Kota Bharu.. Memang shoot terus ke sana tanpa singgah mana-mana.. Maklum la lunch break hanya satu jam je kan.. Kalu singgah menyinggah, memang tak de lepak di kedai buku.. 

Memang dari dulu sampai sekarang, hobi ni tak hilang lagi.. Amalan dulu, setiap hari cuti terutama hari Ahad, tiga ke empat surat khabar Eraz beli untuk baca di hari cuti.. Tapi aktiviti terhenti selepas Zara lahir.. Sebabnya bila cuti, Zara tak dihantar ke nursery.. Eraz jaga.. So bila jaga anak, memang tak sempat dah nak baca betul-betul.. Lagi-lagi kalau anak tu dah mula 'mengacau' kan.. So baca online je la..


Disebabkan hobi lepak ni juga la buku kat rumah tu makin banyak.. Wife dah siap beli satu almari dan letak di bilik No.2.. Senang katanya.. Tapi banyak dah juga buku terkorban masa banjir besar hari tu.. Macam tadi, buku niat nak beli buku sangat pun.. Tapi sekadar tengok-tengok kot-kot ada buku yang menarik.. 

Eraz buku jenis yang baca buku novel melayu atau omputih.. Tapi dalam rekod pernah la beli novel Harry Potter dalam english dan 2012 dalam BM.. Buku lain-lain ialah yang kemajuan diri.. Banyak aspek la kan.. Ada juga kadang-kadang fikir membazir sebab ada juga yang masih belum sempat di baca.. Tapi.. Buku ni tak membazir kalau simpan dengan baik kan.. Lepas ni, Zara dan Adam pun boleh baca..

4 comments:

  1. Taw tak pe...feel yaaaa..pasni boleh menulis english pulak

    ReplyDelete
  2. Taw tak pe...feel yaaaa..pasni boleh menulis english pulak

    ReplyDelete
  3. dalam erti kata lain...eraz ni ulat buku hahahaa

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.