Wednesday, 28 September 2016

Kejujuran Seorang Peniaga

Assalamualaikum w.b.t.. Beberapa hari lepas kot, Eraz ada up satu status di Facebook.. Ianya tentang rezeki.. "Rezeki tu dari Allah.. Kalau kita berusaha, insyallah rezeki itu akan datang.. Tapi, kena la jujur.. Kalau tak jujur, mungkin sekarang rezeki itu milik anda, tapi esok-esok? #Fikirkan.." Semua tu terlintas bila terfikir ada orang atau peniaga yang tidak jujur dalam mencari rezeki.. Kenapa? Sebabnya mereka main harga.. Biasa la kalau HQ bagi harga sekian-sekian, tapi sesetengah orang itu menjual dengan harga yang sangat rendah dan menampakkan orang lain jual mahal.. 
Nampakkan kewajaran.. Tambah-tambah kalau meniaga base online.. For sure la banyak pilihan.. Itu hak pengguna.. Tak boleh salahkan mereka.. Yes, memang orang kata pilih orang yang menjual lebih murah berbanding orang yang menjual harga mengikut peraturan.. Tapi sampai bila nak bersaing yang tidak sihat macam tu wahai peniaga.. Apa kesannya yang kita tak nampak berlaku pada rakan-rakan yang patuh? Renung-renungkan.. Di masa sekarang dan selepas sekarang.. Ini khas kepada peniaga yang menjual barangan yang bawah tersasar dari peraturan yang diletakkan oleh stokis HQ.. Fikirkan.. 


Friday, 23 September 2016

Klip Video Anuar Zain - Andainya Takdir

Anuar Zain - Andainya Takdir | Assalamualaikum w.b.t.. Masa on the way office tadi, dengar Hot FM.. Tetamu hari ni Anuar Zain.. Dia bercerita tetang single terbaru dia, Andainya Takdir dan akan lancarkan video klipnya hari ni juga.. Bila dengar-dengar mereka bercerita tentang jalan cerita, pengarah, pelakon dan lain-lain tu, rasa macam nak tengok la pulak kan.. Tak tahu hasilnya..


Pelakonnya selain Anuar Zain sendiri, ada Sharifah Sakinah dan Puteri Balqis.. Puteri Balqis memang kita tahu kalau bab berlakon, memang first class la tambah-tambah kalau cerita sedih-sedih ni.. Sharifah Sakinah walaupun giler-giler sikit, kalau bab berlakon, memang menjadi.. Anuar Zain sendiri ada basic berlakon masa dia muda-muda dulu kan.. Berlakon filem jugak tu.. Diaorang bercerita tentang pengarah nama Amor.. Tak ingat nama penuh.. 

So! Sampai je office, masa bukak Facebook di phone, ada kawan yakni peminat setia Anuar Zain dah share video tu.. Eh! Macam tahu-tahu kan aku nak tengok.. So layan sekejap sebab beberapa minit je pun.. Jalan cerita memang tak susah nak paham.. Tapi memang boleh 5 bintang dari segi lakonan pelakon-pelakon yang ada, scene yang ada, tambah-tambah ada lagu lagi, sedih wei.. Haha.. 

Mesti lepas ni view berjuta-juta ni.. Tengok la kalau tak percaya.. Kalau siapa-siapa belum tengok, boleh tengok di sini.. Layaaaaaannnnn...

Thursday, 22 September 2016

Zara, Maafkan Papa

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam sempat main 'Play Doh' dengan Zara.. Dah lama beli dan pernah main sebelum beberapa kali.. Tapi lepas tu simpan sebab tak nak bagi Adam 'makan'.. Haha.. Tapi baru ni Zara terjumpa balik dan minta nak main.. Dah bagitahu Zara, boleh main tapi kena Adam tidur dulu.. So semalam, kebetulan Adam tidur awal, so bagilah Zara main.. 

So disebabkan 'Play Doh' tu tak berapa nak mahal sangat, main tetap boleh main, tapi ada la sikit-sikit sangkut dalam kuku Zara.. Lepas hampir dua jam kot main, akhirnya Zara dengar kata Papa supaya stop dan sambung main semula sebabnya dah sampai masa nak tidur.. Esok kena bangun awal sebab nak pergi school kan.. Alhamdulillah Zara ikut perintah..

As usual lepas main, kami akan basuhkan tangan Zara dengan sabun supaya tak bahayakan dia.. Lepas sabun, kalau ada 'Play Doh' tu terselit pada kuku-kuku, kami akan potong kuku mana yang berkenaan.. So semalam, Eraz yang nak potong kan.. Buat kali kedua.. Kali pertama, berjaya dengan jayanya.. Tapi semalam.. Lain pula jadinya..

Dalam pada duduk nak potong kuku tu, tak perasaan yang hujung pengetip kuku tu lekat kat kulit jari sebelah sana.. Lepas tekan, aiyooooo.. Terkena kulit dan isi jari belah sana.. Menangis la Zara.. Adoi.. Rasa  bersalah giler.. Terus pujuk dan pujuk, gosok-gosok apa semua.. Nasib baik tak berdarah kuat.. Tapi budakkan, mesti la sakit.. Tapi Eraz dapat rasa, memang sakit.. 


Mama cuba pujuk, tapi dia tak nak.. Still nak dengan Papa walaupun Papa yang mengakibatkan dia sakit.. Terharu tak situ sikit walaupun rasa bersalah.. Lepas dia tak menangis, dia still letak kepala atas riba Papa dan layan tengok Tv kejap.. Nak hilangkan rasa bersalah sikit, cuba tanya soalan maut sikit pada Zara.. Zara sayang Papa tak? Dia jawab, 'Sayang'.. Alhamdulillah.. Kebahagiaan terpancar.. Zara tak marah la maksudnya..

So next time, tak tahu la nak ketip ke tak lagi kuku anak.. Macam dah 'seram' pun ada.. Tulis entri ni pun duk pejam-pejam mata sebab seriau tengok kat jari dan teringat camne la boleh tak alert masa ketip kuku tu.. Huhu.. Zara, Maafkan Papa ok.. I love U..

Nanti Zara besar nanti, Zara baca balik entri ni ok.. Papa 'diari'kan di sini.. Zara ada, Adam pun ada kisahnya.. Khas untuk anak-anak Papa nanti besar.. 

Wednesday, 21 September 2016

Bila Customer Ada Macam Macam Ragam

Assalamualaikum w.b.t.. Bila Customer Ada Macam Macam Ragam.. Ini bukan entri nak memburukkan customer ya.. Tapi saje nak cerita customer ni ada macam-macam.. Tapi sebelum tu, apa yang penting nak beritahu ialah tanpa customer, semua peniaga tidak akan berjaya kan.. Bermula dengan marketing yang baru, datanglah customer.. So customer tu la penutup sale.. Jadi kepada semua peniaga, jagalah customer korang baik-baik..


Kita meniaga ikhlas kerana Allah Taala
Rezeki ada dimana-mana
Kita memudahkan orang
Allah mudahkan urusan kita pula
Insyaallah

Cool kan kata-kata atas tu.. Kalau meniaga dengan ikhlas, insyaallah rezeki tu ada di mana-mana.. Insyaallah.. Berbalik kepada nak cerita ragam customer tadi.. Korang boleh baca kot dalam gambar di atas tu.. Ada enam jenis ragam semua.. Yang paling nak sekali mestilah yang No.6 kan.. Hehe.. Walaupun ragam pertama hingga ke-5 tu tidak berjaya, tapi itu cabaran untuk kita lebih majukan diri dalam usaha mendapatkan customer.. Tak semestinya dia hilang macam tu, sampai akhir dia hilang..

Pernah terjadi pada Eraz sendiri, dalam mencari agent Dropship DeXandra Perfume, ada seorang hamba Allah bertanya tentang macamana nak jadi drophip.. Kita cerita cerita cerita dan cerita sampai habis dan dia faham.. Lepas tu dia beritahu, takpe la,, Lain kali.. Tup-tup lebih sebulan lepas tu kot, dapat whatsapp gambar resit.. Eh! Dia datang balik.. Alhamdulillah.. Kalau rezeki dia dengan kita, insyaallah dia akan datang.. 

So! Siapa-siapa nak jadi dropship untuk DeXandra Perfume yang mana boleh menjadi pendapatan sampai RM XXX dengan menjual beberapa botol, boleh Whatsapp terus ke No. ini 0179773382 untuk maklumat lanjut.. Sekarang ni nama DeXandra Perfume memang meluas.. Iklan TV, Radio, semua dah masuk.. So ianya salah satu membantu pemasaran.. Kalau boleh, boleh terus whatsapp 017973382 ok! Wassalam..

Tuesday, 20 September 2016

Lepak di Kedai Buku ?

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Untuk hilangkan rasa mengantuk tengahari ni, lunch break je terus ke Popular Book Store di Aeon Mall Kota Bharu.. Memang shoot terus ke sana tanpa singgah mana-mana.. Maklum la lunch break hanya satu jam je kan.. Kalu singgah menyinggah, memang tak de lepak di kedai buku.. 

Memang dari dulu sampai sekarang, hobi ni tak hilang lagi.. Amalan dulu, setiap hari cuti terutama hari Ahad, tiga ke empat surat khabar Eraz beli untuk baca di hari cuti.. Tapi aktiviti terhenti selepas Zara lahir.. Sebabnya bila cuti, Zara tak dihantar ke nursery.. Eraz jaga.. So bila jaga anak, memang tak sempat dah nak baca betul-betul.. Lagi-lagi kalau anak tu dah mula 'mengacau' kan.. So baca online je la..


Disebabkan hobi lepak ni juga la buku kat rumah tu makin banyak.. Wife dah siap beli satu almari dan letak di bilik No.2.. Senang katanya.. Tapi banyak dah juga buku terkorban masa banjir besar hari tu.. Macam tadi, buku niat nak beli buku sangat pun.. Tapi sekadar tengok-tengok kot-kot ada buku yang menarik.. 

Eraz buku jenis yang baca buku novel melayu atau omputih.. Tapi dalam rekod pernah la beli novel Harry Potter dalam english dan 2012 dalam BM.. Buku lain-lain ialah yang kemajuan diri.. Banyak aspek la kan.. Ada juga kadang-kadang fikir membazir sebab ada juga yang masih belum sempat di baca.. Tapi.. Buku ni tak membazir kalau simpan dengan baik kan.. Lepas ni, Zara dan Adam pun boleh baca..

Monday, 19 September 2016

Ini namanya anak Lelaki, Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t.. Bila namanya anak lelaki, memang keaktifannya sangat berbeza dengan kakak dia.. Kalau masa kakak dia membesar di tahap dia, memang orang kata terkawal sangat.. Tapi dia, memang kami jaga dengan perlu ada tahap kesabaran yang berganda.. Itulah anak teruna kami, Adam Fitri.. Budak muka cute ni memang leh buat orang hilang marah kalau buat salah apa-apa.. Dia senyum je.. Haha..


Kat atas tu salah satu aktiviti dia.. Karbinet TV itu macam tu je panjat.. Sofa pun dah boleh panjat dah sekarang.. Kipas berdiri pun dah berapa kali jatuh.. Extension Wire pun memang selalu je jadi mangsa mainan dia kalau letak kat bawah.. Kawasan dapur? Memang salah satu tempat dia mengemas.. Bilik air, pun sama.. Kalau tak tutup pintu bilik air, memang dia mandi la sorang.. Memang selalu kena beringatlah orang kata..

Tapi keaktifan macam tu baik sebenarnya.. Untuk perkembangan otak dia juga kan.. Terfikir juga.. Aktif dia tu sama macam aku dulu ke.. Hehe.. Aku pun pernah la juga terjatuh dari tingkap sebab main kapal terbang terbang kertas.. Ko rase? Haha.. Selamat membesar dengan penuh kenangan la Adam.. Papa sayang Adam.. 

Thursday, 8 September 2016

Alahai iPhone 7 & iPhone 7 Plus

Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya iPhone 7 dan iPhone 7 plus dah nak sampai di Malaysia.. Bila tengok sekali imbas gambar dan spesifikasi, terus terdetik di hati nak dapatkan.. Tambah-tambah phone sekarang ni memang dah ada masalah speaker dan skrin pecah sebab terjatuh! Tapi tengokkan harga tu, kena fikir sejenak.. Dan bila fikir nak gunakan duit untuk buat hal yang lebih penting lagi, dua kali fikir lagi.. Hehe.. Perasaan teringin tu free je, so boleh la fikir kan.. Haha..


Mengikut sumber yang Eraz baca di SINI, harga iPhone 7 bersamaan dengan RM 2626 manakala harga iPhone 7 Plus pula RM 3111.. Haha.. So? Simpan impian takpe.. Mana tahu tahun depan ke dapat kan.. Kot-kot masa tu dah keluar iPhone 8.. Haha..

Monday, 5 September 2016

HP Murah, Makan Diri

Assalamualaikum w.b.t.. Isu ni pernah kedengaran seminggu dua ni tapi hari ni nampaknya dah masuk dalam akhbar nampaknya.. Bila dah baca, memang seriusnya bunyinya sebab mereka yang menjual di IG hanyalah ala-ala dropship kepada seorang agent yang sama.. Dalam Harian Metro tu tulis, kalau dicampurkan semua, kerugian mereka mencecah sampai RM 1 Juta.. Mak ai!!

Dalam tiga laporan dalam Harian Metro hari ni kata, antara mereka kerugian sampai RM 250 K.. Ada yang RM 100 K.. Duit hilang macam tu je.. Sampaikan ada mak ayah mereka jualkan tanah untuk bayar balik kepada customer.. Ya la, mereka tu kebanyakkannya budak U yang nak mencari rezeki tampung keluarga.. Tak sangka jadi cam tu kan..

Ada yang diugut rogol, tunggu depan rumah, dikacau gangster, banyak lagi.. Ya la, bayangkan sorang2 dari RM 200 ke RM 900 sorang.. Camne mereka yang tak de pendapatan tetap tu nak ganti kan.. So hati-hati la korang semua ya..


Friday, 2 September 2016

Cara Didikan Ibu Garang Agar Anak Jadi 'Orang'

Assalamualaikum w.b.t.. Semasa kita belum menjadi ibu bapa, mana la kita faham kenapa Ma Abah kita macam ni, tapi Ma Abah orang lain macam tu kan.. Budak kecil for sure la suka banding-banding kan atau bercakap sesama mereka bagaimana keadaan mereka dengan ibu bapa mereka.. Dan semestinya cara didikan ibu bapa ni sangatlah berbeza.. Mereka mesti ada cara didikan mereka  yang tersendiri..

Tak semua ibu bapa menggunakan pendekatan terlalu garang mendidik anak sehingga rotan  dan sebagainya.. Tapi ada yang gunakan kaedah itu bila perangai anak tu sememangnya memerlukan cara itu.. Ada ibu bapa yang tak pernah memukul anak jika anak melakukan apa-apa kesalahan tetapi anak itu still berjaya.. So, cara didikan anak ini bergantung kepada ibu bapa itu sendiri dan keadaan anak itu sendiri..

Tapi dibawah ni Eraz letakkan Cara Didikan Ibu Garang Agar Anak Jadi 'Orang' yang ada di page Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.. So, korang leh try cara-cara ini..